Nak Souvenier best?

PENGUMUMAN PUASA 2011/1432H. KELEBIHAN SOLAT TERAWIH. (gambar)

PENGUMUMAN PUASA 2011/1432H. KELEBIHAN SOLAT TERAWIH.
Diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (yang baru)..


1 RAMADHAN 1432H bersamaan
1 OGOS 2011. ISNIN.
\~salam ramadhan dan selamat menunaikan ibadah Puasa..

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

9 comments:

Cik tikah said...

ala.. dah tukar org baru ke? hehe... suka yg lama. haha... selamat berpuasa :)

Unknown said...

penyimpan mohor besar yg baru tahun ni...

Sharinginfoz said...

selamat berpuasa, anyway hadis ni sahih ke sebab banyak yang kita dengan mengenai hadis ini, bukan nak pertikai tapi ingin kepastian. Apa-apa pun selamat berterawih juga

다(da)양(yang) said...

selamat berpuasa! semoga Ramadhan kali ni lebih baik dr sebelumnya :)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

selamat b'puasa! ;)

Anonymous said...

hadis di atas bukan hadis sahih...namun demikian solat terawih banyak pahalanya, jadikan lah solat terawih rutin harian sepanjang ramadhan.

b®e4kE®84 said...

salam...
empuya post..
yang pasal fadhilat teraweh tu tak betul la..
rasenya dah lama dibincangkan...
mohon untuk remove, sebab takut org percaya, nnt sedare gak yang dapat sahamnya nanti...
sekian..

mawarseri said...

Salam Ramadhan....salam kenal...

CIK PARO! said...

tadi tengok jugak..dah tukar orgnye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...