Nak Souvenier best?

MAIN 6 JAM.. FUYOHH

~KITA YANG NAK BERSENAM 30 MINIT PUN DAH PANCIT.. MEMANG HEBATLE DIORANG DUA ORANG NI..

Djokovic mengatasi pemain Sepanyol itu dalam pertarungan lima set, perlawanan akhir paling lama dalam sejarah grand slam, 5 jam 53 minit bagi menempatkan namanya sebagai pemain kelima yang berjaya merangkul tiga gelaran grand slam berturut-turut.

“Anda dalam kesakitan, anda dalam derita, anda tahu anda perlu mencuba menggerakkan kaki anda, anda cuba untuk meraih mata, hanya satu mata dan satu permainan lagi,” katanya.
“Anda terlalu sakit dengan jari kaki berdarah. Situasi amat teruk tapi anda cuba menikmati kesakitan itu.” Pemain berusia 24 tahun itu berkata, kemenangan di Wimbledon tahun lalu istimewa tapi kemenangan di Melbourne lebih istimewa.

“Perlawanan ini yang terbaik kerana kami bermain hampir enam jam dan ia menakjubkan,” katanya.

Vanilla Coklat...

dari: http://nshafea.blogspot.com/2010/02/kek-lapis-coklat-vanilla.html

Seronok Baca Kisah Kejayaan Orang Lain.. Diri Sendiri Bila Lagi?

“SAYA pernah menaiki kereta Kancil yang memuatkan tujuh orang dari Bukit Beruntung, Selangor ke Johor Bahru untuk pulang ke kampung.
“Bayangkan selama lebih dua tahun (sehingga 2008), kami terpaksa menaiki kereta berhimpit-himpit kerana kesempitan hidup memandangkan suami tidak lagi bekerja.

Mula-mula saya cuba menjual nasi lemak tapi satu bungkus pun tidak terjual.
Kemudian, saya cuba pula menjual kebab dan kali ini berjaya dibeli sebungkus saja. 

“Saya juga terpaksa menjual barang kemas yang ada dalam simpanan bagi menampung kehidupan dan mencari rumah baru yang lebih murah untuk disewa,” jelas Nora.

~SEKARANG OFKOS LA NORA NNI DAH BERJAYA.. RAHSIANYA?.. HMM CARI SENDIRI LA..

Tak Kenal Saudara.. Padahnya..

~LEPAS NI KENA HAFAL SEMUA SAUDARA MARA.. JAUH ATAU DEKAT..

KUALA LUMPUR: Edar kad jemputan dengan parang. Itu taktik digunakan tiga lelaki yang memasuki rumah seorang suri rumah dengan berpura-pura untuk mengedarkan kad jemputan adik mereka sebelum menyamun barang kemas dan wang tunai milik mangsa bernilai RM130,000 di Jalan Hujan Emas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Alisa, 50, berada di rumah bersama cucu lelakinya berusia tiga tahun ketika tiga lelaki yang menaiki kereta Proton Perdana berhenti di hadapan rumahnya.

Menurutnya, tiga lelaki terbabit membawa sedozen air minuman kotak dan sedulang buah-buahan dan menyatakan niat untuk menyerahkan kad jemputan kahwin adik mereka selain mengaku saudara jauh mangsa.
“Sebaik masuk, seorang daripada mereka meminta air selain menyoal sama ada saya berseorangan di rumah.

“Ketika saya hendak masuk ke dapur, tiba-tiba mereka mengeluarkan parang dan mengugut saya menyerahkan semua barangan berharga sebelum menarik saya masuk ke ruang sembahyang,” katanya, semalam.

Katanya, selepas mengambil semua barangan berharga, lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki kereta sama. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling.

Siapa Sebenarnya Buddhi Hekayat.

~OH, BARU KUTAHU.

PETALING JAYA: Penulis lirik lagu Awan Nano, yang menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-26, semalam (Ahad) Nasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat berkata beliau tidak menggunakan bidang seni sebagai medium untuk berpolitik walaupun beliau terlibat dalam bidang tersebut secara langsung.
Nasmi kini memegang jawatan sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Johor.

Menurut penulis lirik itu, dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya.
"Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan.

Dia Pantas Mengomen...

Memang pantas..
Dan..
sangat rajin..

BELIAU

Hari esok ia berulang nada serupa...

Bangga Jadi Pelajar Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Bangga Jadi Pelajar Sekolah Kluster Kecemerlangan.
~MESTILA BANGGA.
SIAPA YANG LEBIH BANGGA?.. GURU ATAU PELAJARNYA?..
“SKK merupakan salah satu laluan yang akan menjurus kepada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di mana SKK yang cemerlang akan dipilih sebagai calon SBT.
“Daripada 52 buah sekolah yang telah diiktiraf sebagai SBT, 31 daripadanya terdiri daripada SKK,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan SKK di sini semalam.
SKK merupakan sekolah-sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya berasaskan aspek akademik, kokurikulum, sahsiah, pengurusan sekolah, budaya, hubungan dengan pihak luar, pembangunan modal insan dan sumber yang ada.

Ia juga dikategori berdasarkan lokasi seperti bandar, luar bandar atau pedalaman serta jenis sekolah dan tahapnya.

Menurut Abdul Ghafar, pada masa kini antara SKK yang menyerlah sehingga ke peringkat antarabangsa ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson dari Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Perak dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu.

LUNCH KAMU MEWAH HARINI?

Tempat makan eksklusif.
berhawa dingin.
Nyaman.

Nasi putih.
Panas ..
Penuh satu pinggan .
Lauk cukup menyelerakan.
Ayam
ikan
udang.
pelbagai cara masakan.

ice blended...

... tiba tiba teringat..
kanak kanak di Afrika..
badan kurus
perut buncit..
tiada makanan...

Kenapa Dengan 'The Girl with The Dragon Tattoo "

~TAPIS JANGAN TAK TAPIS..
FILEM TEMPATAN PUN MASIH BANYAK KENA TAPIS..

Sony Pictures di India dalam satu kenyataan yang dihantar kepada agensi berita AFP semalam menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur berhubung kandungan filem itu yang setakat ini memperoleh kutipan tiket AS$185 juta (RM565 juta) di seluruh dunia.

"Badan penapisan ini mendapati filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum dalam bentuk asalnya," kata CBFC dalam satu kenyataannya.

Filem berkenaan diarahkan oleh David Fincher, pengarah Hollywood yang pernah mengarahkan beberapa filem pecah panggung seperti Fight Club dan The Social Network.

Ia diadaptasi daripada siri buku po pular nukilan penulis Sweden, mendiang Stieg Larsson.
Lebih 1,700 filem asing ditayangkan di India setiap tahun selepas mendapat kelulusan badan penapisan negara itu. - AFP

Jatuh..

~ADUHAI.. MALANG MEMANG TIDAK BERBAU.
SUNGAI BULOH –
Kegembiraan seorang pelajar perempuan yang baru selesai menonton Anugerah Juara Lagu 2011 (AJL 2011) berakhir dengan tragedi apabila dia cedera parah selepas terjatuh dari tingkat empat blok asramanya di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) di sini semalam.
Ketika kejadian pada pukul 12 malam itu, mangsa, Nurul Lisda Baharudin, 20, terjatuh dari tangga sehingga menyebabkan dia merempuh cermin tingkap yang terletak berhadapan dengan tangga tersebut lalu terjatuh ke tanah.
Akibat kejadian itu, kedua-dua belah tangan pelajar terbabit patah dengan tangan kanannya terkoyak manakala tulang pinggulnya retak akibat hentakan kuat ketika jatuh ke tanah selain mengalami kecederaan pada bibir.
Menceritakan kembali kejadian tersebut, Nurul Lisda berkata, kakinya tiba-tiba tersadung ketika dia menuruni anak tangga untuk pulang ke biliknya yang terletak di tingkat tiga selepas menonton AJL 2011 terbitan TV3 menerusi Internet di bilik rakannya yang terletak di tingkat lima blok berkenaan.
Pelajar jurusan farmasi di kolej berkenaan mendakwa, ketika kejadian dia terjatuh kerana penglihatannya terbatas ekoran keadaan di kawasan tangga itu agak gelap.
“Lampu yang digunakan di kawasan tangga itu agak malap menyebabkan saya tidak dapat melihat dengan baik.
“Akibat momentum yang terlalu kuat, badan saya terhempas ke cermin tingkap lalu terjatuh ke tanah,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Ekoran kejadian itu, mangsa yang cedera parah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan ditempatkan di Wad Ortopedik hospital berkenaan

Persembahan Terbaik AJL26,

Persembahan Terbaik AJL26,

Tahun ni bertemakan air
Persembahan terbaik, eh Persembahan Pembukaan AJL26 tadi terbaikla,
Pastinya dari otai otai industri muzik tanah air kan,
Bang Jamal, Bang Awie dan Kak Sheila,

Persembahan Terbaik AJL26 kali ni milik sape ye
Vokal terbaik,
dan
Yang paling ditunggu tunggu pastilah Juara AJL26,
adakah milik,


 Yuna 
Aizat,
Najwa Latif,
 (Faizal Tahir),
 (Hafiz),
 (Alyah), 
 (Jaclyn Victor),
(Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet), 
(Atilia & Monolque), 
(Projek Pistol) 
 (Ning Baizura, Shila Amzah & Jaclyn Victor). 


Seluruh dunia boleh tengok kat wwwdottv3dotcomdotmy
gitu kan,



Siaran Langsung AJL26 dari Stadium Putra Bukit Jalil.

Siaran Langsung AJL26 dari Stadium Putra Bukit Jalil.

Selain Yuna dan Aizat, pentas AJL akan digegarkan oleh sembilan
lagi artis yang akan menyampaikan karya sandaran masing-masing iaitu Cinta Muka Buku dendangan Najwa Latif, Karma (Faizal Tahir), Awan Nano (Hafiz), Kisah Hati (Alyah), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Kalau Berpacaran (Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet), Kekanda Adinda �(Atilia & Monolque), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol) serta Beribu Sesalan (Ning Baizura, Shila Amzah & Jaclyn Victor).

-DAH LAMA TAK BETUL BETUL MENDENGAR LAGU LAGU KAT ATAS NI.
AGAKNYE YANG MANA SATU BAKAL DINOBATKAN SEBAGAI ANUGERAH JUARA LAGU KE 26 NANTI.
APA KATA ANDA?..

LAGU NAJWA LATIF TU SIMPLE.. SEDAP DIDENGAR..
ADAKAH MENEPATI KUALITI PENGHAKIMAN OLEH JURI JURI AJL26 TU YE?..

ADA TAK ANTARA KAWAN KAWAN YANG G MENONTN LIVE KAT STADIUM?
TIKET FREE ADA LAGI..

(semua nak free aja..)

AJL26 milik Aizat?

AJL26 milik Aizat?
TENGOK JE LA.

Ketika berkunjung ke Osaka, Jepun, baru-baru ini, Aizat sempat membeli gitar akustik berjenama Yamaha berharga RM1,200. Aizat sempat menyanyikan lagu Sungai Lui di hadapan orang Jepun dan dia mungkin akan menggunakan gitar itu untuk persembahan pada AJL26, esok.

Lagu Sungai Lui sebenarnya adalah cerita rakan abang Aizat iaitu Anas yang tinggal di kawasan pedalaman Selangor.

Aizat kini sudah mempunyai artis naungannya sendiri iaitu Amir Jahari, yang juga bekas bintang program realiti Akademi Fantasia 9.

Haruman kegemarannya adalah Burberry, Davidoff dan Gucci dan tidak mustahil akan membeli minyak wangi baru setiap kali pergi membeli-belah.

Menyifatkan kasut Supra berwarna emas yang dipakainya pada persembahan di AJL24 membawa tuah kepadanya.

AJL26. 2012. Yunalis Zarai

ADAKAH MILIK YUNA.


Yuna mempunyai haiwan peliharaan ‘sugar glidder’ yang dinamakan Riri.

Pada AJL25, busana Yuna paling mendapat kritikan positif kerana stylo dan menyerlah.

Yuna yang juga pemilik syarikat rakaman Yuna Room Records mengambil Diandra Arjunaidi sebagai artis pertama di bawah naungannya.

Single pertama yang juga tajuk album untuk pasaran Amerika Syarikat miliknya, Live Your Life sudah mula berkumandang di corong radio.

Lagu Terukir Di Bintang diinspirasikan daripada lagu klasik yang rancak seperti lagu Bulan Ditutup Awan.

AC Mizal orang Muo..

APAKAH KAITANNYA?


IPOH: Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.

Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.
Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan.

Anugerah Juara Lagu 26. AJL 26.

Anugerah Juara Lagu 26. AJL 26.
Anugerah Juara Lagu 26. AJL 26.

Agak agaknya milik siapa ye?
M daud Kilau?

Putus Kepala...

-ISK.. INILAH BAHAYANYA MENCEROBOH KAWASAN LARANGAN.. SALAH SIAPA?

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar maut dengan kepalanya hampir putus akibat dilanggar sebuah tren LRT Laluan Ampang di Stesen Chan Sow Lin di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian 6.45 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun itu telah menceroboh kawasan stesen itu melalui tempat yang tidak berpagar sebelum dilanggar tren berkenaan dan diseret sejauh 10 meter.

"Mangsa mengalami patah tulang pada keseluruhan anggota badan dan lehernya hampir putus. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Divisyen Rail RapidKL, Khairani Mohamed berkata, berikutan insiden itu, perkhidmatan tren laluan Ampang diberhentikan selama 31 minit mulai 8.15 pagi bagi membantu siasatan polis.

Perkhidmatan itu disambung semula pada 8.46 pagi, katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA

Tidak Mahu Bangun.. Hari Ahad..

Kalau mak tak kejut
Haruslah masih lena
Jam sebegini
Masih mahu bermimpi..

Inilah yang orang kata
Mimpi disiang hari..

Aduh
Mari suntik semangat kecergasan...

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia.

-MARI MELABUR..

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100,000 isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000 di seluruh negara berpeluang untuk membuat pelaburan melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1M) yang akan dibuka mulai Isnin ini.

Golongan tersebut boleh membuat pelaburan dengan membuat pinjaman sehingga RM5,000 melalui empat buah bank yang dilantik iaitu Maybank, CIMB, RHB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, skim tersebut tidak boleh dianggap sebagai skim cepat kaya namun, ia dilihat langkah terbaik mendidik mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk melabur demi masa depan.

Menurut beliau, Sara 1M tidak membebankan pelabur kerana mereka boleh membuat pinjaman di bank-bank terpilih tanpa perlu membayar faedah untuk tempoh lima tahun pinjaman berkenaan.

"Pulangan pelaburan bagi skim ini pula sebanyak 32.16 peratus memandangkan peminjam hanya perlu membayar RM84 daripada pulangan sebanyak RM124 sebulan yang bakal diperoleh dan mereka bakal untung sebanyak RM50," katanya.

TAYANG PERUT?

TAYANG PERUT?
INI RESEPI PERUT LEMBU..
NAK DETAIL.. SILA KE TERMINALHIJRAH.BLOGSPOT YE..


CARA MEMBUATNYA
Potong perut lembu sederhana kecil
Buah peria dibelah tengah, guna sudu dan keluarkan biji dibahagian dalamnya. Hiriskan sederhana nipis dan rendamkan dengan 1 sudu teh garam selama 20 minit,toskan
Panaskan 1 senduk minyak masak dan tumiskan semua bahan kisar, serai & jintan manis sehingga naik aromanya
Masukkan perut lembu dan kacau2kan biar sebati, diikuti peria dan kacau2 lagi
Masukkan santan pekat dan kacau2kan selalu
Apabila peria sudah lembut masukkan cili merah & tomato, diikuti gula dan garam secukupnya
Biarkan ia mendidih perlahan2 sambil dikacau2 selalu
Masukkan daun limau purut dan kacau sebentar saja dan terus ditutup api
Sedia untuk dihidangkan.

Tipikal Pagi Ahad.

Bangun lewat..
Bersantai-santai..
Buang masa..
Lepak lepsk..
Bestnya...

Makan nasi lemak..
Pekena teh tarik..

Sambung tidur..

Takmau esok!

Bau Harum Kasturi...

DARI Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda: "sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.

"Para sahabat bertanya:"Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:"Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka."

Riwayat Muslim

Tak boleh tidur?

Masalah kesukaran untuk tidur dapat diatasi dengan merawat tingkahlaku secara kognitif
Berikut adalah cara yang boleh digunakan untuk mengatasi kesukaran untuk tidur.

Pastikan tidur pada waktu yang telah ditetapkan.
Jauhi minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam.
Tetapkan waktu yang sesuai untuk bangun pagi.
Pastikan tempat tidur adalah selesa (tidak terlalu sejuk atau terlalu panas)
Membaca adalah lebih baik daripada menonton televisyen.
Masalah sukar untuk tidur adalah masalah yang kerapkali berlaku. Oleh itu, cuba tidur hanya jika benar-benar mengantuk.


MARI TIDUR TIDUR AYAM..

4shared

4shared dot com.

Belum tidur..
Layan 4shared dot com
Nak cari lagu lagu menarik
Lagu sentimental di awal pagi..

Untuk mengobat hati
Mata yang bolum mau terlelap ni

Alunan musik yang merdu
Mungkinkah dapat merawat INSOMNIA ini?

Atau..
Mari minum susu suam
Cuba pejam mata
Mimpi indah

Keputusan Liga M.. MU Kalah?

KACIWA?

KUALA LUMPUR: Berikut keputusan perlawanan Liga Super malam ini:

Liga Super:
Lion XII (0) - Terengganu (1)

Sarawak (2) - Negeri Sembilan (2)

Felda United (1) - Perak (2)

T-Team (1) - Selangor (2)

Kelantan (3) - Kuala Lumpur (0)

Kedah (1) - Johor FC (3)

~LIVERPOOL MENANG?..

Harta Milik Kita.

Apa yang kita gunakan itu sampai rosak.
apa yang kita makan itu.
dan
apa apa yang kita sedekahkan..

itula harta milik kita.
Mana yang paling untung?

Investment?

Peluk mayat.

~PUTUS CINTA.

GEORGE TOWN - Penduduk di Flat Taman Utara di Batu Uban di sini semalam menyaksikan satu kejadian ngeri bercampur sayu apabila mendapati seorang lelaki bertindak memeluk mayat kekasihnya yang terbujur selepas terjatuh dari tingkat 17 selama satu jam sebelum dia mengalah dengan pujukan polis.
Sebelum itu, sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan mengatakan terdapat dua mayat yang terjatuh dari flat tersebut pada pukul 1.20 pagi.

Bagaimanapun, selepas diteliti, polis kemudian mendapati hanya wanita itu sahaja yang mati manakala lelaki berusia 21 tahun itu berbaring di sebelah mangsa sambil memeluk mayat kekasihnya itu.
Dia yang enggan menerima hakikat kematian wanita itu bagaimanapun akur dengan pujukan polis supaya melepaskan mayat kekasihnya kira-kira sejam kemudian.

Suara Dari Langit.

Cuti dah tamat. Apa aktiviti kawan-kawan sepanjang cuti haritu?.. Atau masih ada lagi yang masih bercuti?.. Seronoknye.. (jeless juga ada). Banyak lagi kah limau berbaki di dapur?.. Atau masih menerima hadiah buah limau berkotak-kotak?.. Murah rezeki kan?. Secara peribadinya memang ada juga dapat merasa limau Tahun Baru Cina Tahun Naga ni, namun tidakla serancak sebelum ini. Seakan minat terhadap limau sedikit merudum. Agaknya kena makan buah Naga barule sesuai dengan tahun ni kan?

Sepanjang cuti panjang ni, aktiviti terhad kat rumah aja. Menghabiskan masa berkualiti bersama kaum keluarga. Ada juga yang masih bercuti kerana rata-rata bos yang suruh cuti.. Kalau cuti free kan ke best?..

Bila ada keluangan nanti akan berkunjung ke blog kawan-kawan. Membaca aktiviti terkini kawan-kawan semua ye

~ADA DENGAR KISAH SUARA DARI LANGIT?
KOTA SAMARAHAN. 21 JAN?

cuciter..

Hari terakhir cuti..

Bila dah nak habis cuti ni terasa masa begitu cepat berlalu.
Masih belum dapat menikmati cuti sepenuhnya. Sebenarnya tak pernah puas pun..
Biasalah dah diberi betis nak peha. Sentiasa tak pernah cukup.
Nak nak tang bab cuti kan...

Kemalasan melanda..
Tidak mahu kembali...

HAPPY CNY..

Selamat Tahun Baru Cina
Buat rakan rakan pembaca
Yang rajin bertandang jua
Ke blog yang x seberapa

Semoga cuti panjang ini
Digunakan dengan berkualiti
Rehatkan minda dan juga hati
Agar selepas cuti bertenaga kembali

So, harini buat apa?
Berkunjung ke rumah rakan saudara
Untuk celebrate raya cina...

Tahun Baru Cina..

Tahun Baru Cina..

Apa yang kawan kawan terlintas bila dikaitkan dengan Tahun Baru Cina ni?
Tahun ini Tahun Naga.. Dragon..

Makan besar malam nanti.
Buah limau mandarin yang banyak..
Pokok limau juga ada.
Yee sang...

Kedai kedai yang berlumba lumba nak buat harga runtuh
Cuti yang panjang..
Traffic jam..

Ok.. Bagi yang baru nak balik kampung..
Berhati hati lah..

SuperJunior Menang Lagi.

~YEAY MENANG LAGI..

SEOUL - Kumpulan penyanyi pop Korea, Super Junior merupakan pemenang terbesar dalam Anugerah Muzik Seoul Kali Ke-21 kelmarin, lapor akhbar Bulletin Entertaiment semalam.

Super Junior yang popular dengan lagu hit Mr. Simple memenangi hadiah utama Daesang dalam anugerah itu.

Ketua Super Junior, LeeTeuk berkata di laman Twitter bagi mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya kerana kemenangan tersebut.

"Terima kasih!!!!! Amat gembira," katanya.

Kumpulan Girls Generation dan Lee Seung Gi menang anugerah populariti. - Agensi

Kematian Dua Bayi..

KUALA LUMPUR - Kematian dua bayi lelaki di sebuah rumah asuhan kanak-kanak di Taman Permata, Hulu Klang di sini masih menjadi misteri.

Ini kerana keputusan laporan bedah siasat yang dilakukan tidak menunjukkan bayi tersebut meninggal dunia disebabkan tersedak susu.

Dua bayi yang mati di rumah asuhan kanak-kanak itu ialah Arif Amsyar Ruhi Budiman, tujuh bulan dan Muzaffar Mohd. Faizal, tiga bulan setengah.

Bapa kepada Arif Amsyar, Ruhi Budiman Samsuri, 35, berkata, pihak hospital memberitahunya siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti sebenar kematian anak bongsu daripada tiga beradik itu.

"Saya dimaklumkan tidak ada unsur tersedak susu atau pun makanan pada bayi saya selepas jalani bedah siasat.

"Sehingga semalam (kelmarin), pihak hospital hanya memberitahu mereka akan jalankan siasatan terperinci punca kematian Arif Amsyar," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Cerita Ruhi Budiman, dalam perbualan ringkas dengan kakitangan rumah asuhan kanak-kanak itu kelmarin, bayinya, Arif Amsyar menyusu setengah jam sebelum disedari tidak bernyawa.

"Mereka kata, selepas beri susu setengah jam, anak saya elok bergerak dan tidak menunjukkan sebarang tanda sesak nafas, kemudian anak saya tidur, ketika tidur itulah mereka kata anak saya sudah tidak bernyawa," ujarnya menahan sebak.

Kosmo! semalam melaporkan dua bayi yang tinggal di sebuah rumah asuhan kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia selepas tersedak susu.

Kejadian pertama berlaku pada pukul 2..40 petang yang membabitkan Muzaffar dan selang sepuluh minit kemudian, Arif Amsyar pula mengalami nasib yang sama.

Dalam pada itu, Mohd. Faizal Jaafar, 32, bapa kepada Muzaffar berkata, dia pasti akan merindui tangisan bayi kesayangannya itu.
-ALFATIHAH BUAT BAYI BAYI ITU..

Mammogram

Takreti nak translate


Some points to take note of before going for a mammogram:
  • Do not schedule your mammography for the week before your period if your breasts are unusually tender during this time
  • The best time to get a mammography is one week after your period
  • Do not apply deodorant, lotion, or talcum powder under your arms or on your breasts on the day of the examination as they may appear on the film as calcium spots
  • Always inform your doctor or radiographer if there is any possibility that you are pregnant
  • Describe any breast symptoms or problems before performing the exam
  • Obtain prior mammograms and make them available to the doctor or radiographer at the time of the current examination
-Mammogram for above forty y o

Tak Nikmat Kalau Tak Sedut,

Tak Nikmat Kalau Tak Sedut,

Tadi petang ada nonton channel rancangan travel travel dan makan makan tu,
Yang Anth0ny apatah yang h0stkan tu,
Kisahnya dia ada g travel kat satu tempat ni,
Tiba time makan makan tu adalah hidangan siput,


Biasa la,bila dah tengok orang makan, sure tergoda juge gak,
Nak nak pula yang dia makan tu siput sedut!!!


Malangnya dia guna pengcungkil gigi untuk menikmatinya,
Duhh, rasa macam tak best la pula kan,
Kalau sedut terus baru le namanya siput sedut,
Kalau camni letak nama siput cungkil je la,

Renung Diri Sendiri

Ambil cermin
Renung diri sendiri
Ada Cacat
Ada Cela
Takde kan

Maka
Bersyukurlah,,

Subway Sandwich


Ape cerita dengan SANDWICH SUBWAY ni ye
pernah makan tak
Mesti rasanya adalah sama saja dengan lain lain jenis SANDWICH
telahan sahaja
tiba tiba terasa nak mencuba
harganya macamana
kalau terlalu berharga
kita bikin SANDWICH SUBWAY sendiri aja la kat rumah
handmade punye
siapa sokong 

Izwan Pilus meninggal dunia - Al Fatihah

~BACA KAT MSTAR
AL FATIHAH


Izwan Pilus. - Foto diambil daripada akaun Facebook Izwan Pilus.
PETALING JAYA: Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.
Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini mengesahkan berita sedih ini.
Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang.
Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pagi Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.
"Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," kata Shaiful lagi.
Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.
Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.

Durian Runtuh!,, $$$$$.

~KALAU JADI KAT DIRI SENDIRI CEMANE AGAKNYE YE? CE BAYANGKAN..

Guru terkejut akaun bank ada RM30.59 bilion

KOLKATA, India - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

"Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya.

Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).

Cara buat Roti Arab..

Salin dari MYRESEPI..


Bahan-bahan ( 10 org makan )

2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

Cara-cara

1-mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
2-tepung di gaul dengan yis
3-Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
4-perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
5-Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
6-Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
7-panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
8-Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

Perkahwinan Ally Iskandar dan Farah Lee..

Ally sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli. Foto Ohbulan.com
PETALING JAYA: Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36, akhirnya sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli,23, atau Farah Lee dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi Jumaat.

Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 10 pagi oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu iaitu Mohd Abu Bakar.

Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan yang antaranya terdiri daripada Al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah.

Pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang antaranya telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan.

~ALHAMDULILLAH.. SATU MASJID DIBINA PADA HARI JUMAAT INI..

BR1M. Dan kaitan LHDN

~DUIT YANG DAPAT TU NAK BUAT APA YE?

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak terlibat dalam urusan pembayaran program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebaliknya hanya membantu dalam aspek penerimaan dan pendaftaran borang-borang permohonan.

LHDN dalam satu kenyataan semalam menyatakan mekanisme pembayaran untuk penerima di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri masing-masing.

Pembayaran bagi negeri-negeri selain empat negeri itu diuruskan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Sebelum ini, LHDN menerima banyak pertanyaan daripada orang awam melalui talian pusat khidmat pelanggannya atau yang hadir sendiri ke pejabat cawangan LHDN berhubung mekanisme pembayaran itu.

Mari doakan...

Soleh bukan satu-satunya dugaan akak nora..banyak lagi yang menanti. Tak ape la...tetapkan pegangan..

"jangan mengaku beriman jika tidak diuji.."

Moga dengan cara ini Kau dekatkan aku dengan Kau..

Untuk Kak Nora: nur dan kawan kawan kat sini semua mendoakan buat adik Soleh..

http://aurajarinora.blogspot.com/2012/01/yaaku-redha-dengan-ketentuan-mu.html

Lagi Ugut PM.

ALOR SETAR — Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis semalam, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.

Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.

"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu,” katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.

"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan,” kata Ahmad.

Kenapa Jadi macam Ni?????

Kenapa Jadi macam Ni?????

IM telah komen macam berikut:

p/s: iklan Congratulation! iPad2 berbuai-buai kat entri posting ini mengganggu pembacaan IM.

Sebenarnya memang dah perasan ada iklan berbuai buai tu.. entah macammana pula iklan tu boleh menempel kat situ.. Agak mengganggu juga la..

Takleh imagine macamana yang dimaksudkan.. sila lihat gambar..

Ha, itula yang dimaksudkan. Jadi , nak tanya kawan-kawan macamana nak menghapuskannya?.. Ada sesiapa yang boleh bagi idea/ cadangan?..  Terima kasih kawan..

Suami Dayus..

Suami dayus tu tak cium bau syurga tau... skrip..

Borang UPU 2012/2013.. Dah isi?

Borang UPU 2012/2013.. Dah isi? Sila lawati: http://www.mohe.gov.my/portal/

Bagi yang dah mesti rasa lega. Ada yang masih belum isi BORANG UPU ke?.. Masih berkira-kira nak isi ye?.. Agak- agaknya course apa yang menjadi pilihan? Kalau zaman dahulu sesiapa yang dapat masuk U tu memang dipandang tinggi.. Sekarang?..
Masih dipandang tinggi.. Iyalah. siapa yang tak bangga bila dapat masuk Universiti kan?.. Nak nak pula kalau dapat tawaran hingga ke luar negara. Di samping dapat menimba ilmu, dapat juga menimba pengalaman budaya negara orang. Cuma yang penting kena pandai pandai bawa diri..

Pandai jaga diri, tak semestinya untuk yang kat luar negara aja.. Yang kat dalam negara ni pun mesti pandai jaga diri juga.. Godaan macam-macam sekarang ni.. Pandai pilih kawan supaya sama-sama berjaya..

Kalau boleh nak pilih course yang menjanjikan peluang pekerjaan terus bila dah grad 3-4 tahun nanti.. Bidang paling glamer pastinya guru.. Tapi, dengar khabar ramai juga guru lepasan ijazah yang masih belum dapat posting.. jadi macam mana?.. meniaga atau jadi petani moden aja la.. :(

Vanilla Coklat?

~VANILLA NI RUPANYA SEJENIS ORKID JUGA YE..

Vanila merupakan sejenis tumbuhan keluarga orkid yang berasal dari Mexico dan kini banyak ditanam di kawasan tropika. Vanila telah ditemui oleh orang Sepanyol yang diketuai oleh Bernal Diaz del Castillo pada 1952.
Pada masa itu, vanila digunakan oleh kaum Asli Mexico (kaum Totanaca) sebagai penyegar minuman coklat. Selain itu, buah vanila hanya digunakan untuk menambah kesedapan tembakau. Pokok vanila tumbuh segar dan berbunga apabila ditanam di Eropah pada 1721 tetapi tidak berbuah kerana gagal dalam pendebungaan. Biasanya pendebungaannya dibantu oleh lebah Melipone yang tidak sesuai dengan cuaca Eropah.
Pada tahun 1836, Charles Morren dari Belgium berjaya menemui kaedah pendebungaan tanaman ini dengan menggunakan tangan yang kemudiannya kaedah itu dipertingkatkan oleh Edmond Albius pada 1841.
Tanaman vanila bertapak di Indonesia pada 1819 apabila dibawa masuk oleh Merchal dan kemudiannya meluas ke sebahagian Indonesia apabila Yasman berjaya menghasilkan kaedah pendebungaan pada 1850. Vanila mula ditanam di Pulau Jawa kemudian ke Bali, Acheh dan Sumatera Barat. Vanila dari Pulau Jawa terkenal kerana kualitinya yang mengandungi vanilin yang tinggi dan dikenali sebagai Java Vanilla Bean.

Cuti Tahun Baru Cina 2012. PLKN..

KUALA LUMPUR - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara diberi cuti lima hari mulai Sabtu ini sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pelatih dibenarkan pulang pada petang Jumaat ini dan perlu kembali ke kem PLKN pada petang Rabu depan, demikian menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara dalam satu kenyataan hari ini.

Pelatih dikehendaki mendapatkan surat kebenaran daripada waris atau penjaga untuk menjemput mereka dari kem-kem PLKN. — BERNAMA


~SERONOK DAPAT CUTI PANJANG...

Sarapan..

Hari ni dah sarapan?..

Sarapan apa tadi?..
Sarapan jasmani...

Kalau sarapan rohani pula?..
Dah ke belum?

Helikopter PM.

Helikopter PM?

Taknak cerita pasal PM pun..
Pasal helikopter?..
Tak juga..
Cuma nak tanya siapa yang masih belum tidur?

Atau ada yang baru bangun tidur?..

Berjaga sebab study ke?
Atau buat kerja sebab esok dah due?

Apa pun aktiviti anda.. Lainkali jangan wat kerja lasminit...

(paku dulang paku serpih ni...)

Nak Pakai Contact Lens?

"Mereka yang ingin membeli kanta sentuh perlu mendapatkan pemeriksaan daripada optometris terlebih dahulu bagi mengelak kesan sampingan yang teruk sehingga mata boleh buta.

"Kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan mereka yang berkaitan agar lambakan kanta sentuh termasuk boleh diperoleh di pasar malam dengan harga yang murah dapat di atasi segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Tahun Baru Cina 2012 Parlimen Bagan, di sini malam Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang melaporkan kanta sentuh mudah diperoleh dengan harga murah di pasar malam.

~HATI HATI YE..

Faktor Kimia

Yusry juga menafikan bahawa dia cemburu andai melihat Lisa bergandingan dengan lelaki lain dalam filem itu. Ujarnya, selain bertindak sebagai pelakon utama dia juga turut menjadi pengarah bersama dengan Jason Chong untuk filem Ular itu nanti.

Menurut abang sulung Yusry, Norman Abdul Halim merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan KRU Studios pula, pada perancangan asalnya memang Yusry tidak terlibat membintangi filem itu kerana dia sibuk dengan penggambaran Vikingdom.

“Kebetulan penggambaran Vikingdom tamat sebelum bermulanya penggambaran filem Ular. Jadi, saya fikir ada baiknya jika digandingkan Yusry dan Lisa dalam Ular atas faktor kimia yang ada pada mereka. Yusry juga sudah lama tidak berlakon. Kali terakhir dia berlakon dalam filem Cicakman,” tutur Norman.

Ditanya adakah pemilihan Lisa sebagai watak utama dalam filem Ular disebabkan dia bakal menjadi adik iparnya, kata Norman, sudah lama dia ingin mengambil Lisa untuk membintangi filem terbitan KRU Studios. Tidak timbul soal dia bakal adik ipar atau kekasih Yusry.

~CHEMISTRY LA TU KAN..

BLOG PERSEDIAAN PERKAHWINAN.

Itu hari ada buat entry ini: http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/10/senarai-blog-blog-hebat.html.

Kali ni nak sambung pula.
Idea untuk buat senarai tentang blog PERSEDIAAN PERKAHWINAN ni bila ada kawan blogger, iaitu Kina yang tulis tentang persediaan dari dia nak tunang sehingga la dah selamat berkahwin. Alhamdulillah. Yang menariknya adalah dia SUKA buat semuanya dengan SENDIRI. Ya, tepat sekali.. DIY THINGS..Jadi baanyaak SAVE DUIT..

Antaranya....

dan banyak lagi yang dibuat sendiri.. kagum kan.. PERSIAPAN PERKAHWINAN KINA.

TAHNIAH KINA & PUDIN.
SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT DAN DIBERKATINYA..
TAHNIAH DAH BERBADAN 2 JUGA YA..


Kawan-kawan ada nak suggest blog yang best untuk rujukan persiapan perkahwinan ke?.. Bolehla suggest kat komen tu ye..

Cerita Tentang INCOME HASIL BLOGGING.

Cerita Tentang INCOME HASIL BLOGGING.

Sejak mengaktifkan diri dengan BLOGWALKING kembali.. terasa bersemangat nak update blog.
Terutamanya bila baca entry entry yang menunjukkan INCOME HASIL dari BLOGGING.
Pada awalnya mereka hanya tulis BLOG secara suka-suka.. dengan tak semena mena, ada pula iklan di blog yang MENJANA PENDAPATAN kepada mereka..
Bersemangat la nak sentiasa UPDATE blog kan?..

Macam macam kategori INCOME yang mereka dapat.
Ada yang setiap bulan memang masyukk..
Ada yang dah duatahun berBLOG masih belum boleh CASH OUT..
Sifu blog ni.. baru je reveal income dia untuk tahun lepas.. dekat 12k tu.. fuh.. seronok rasanya..

Kalau betul betul nak buat INCOME dari blog kena pandai la belajar dari yang terror.

Untuk suka suka..tambah kawan.. meh belajar kat blog ni..

Berita Gembira di waktu pagi..

PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei meletakkan namanya sebaris dengan pemain legenda tanah air, Wong Peng Soon selepas merangkul kejuaraan buat kali kelapan pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 semalam.

Kejayaan itu hadir selepas Chong Wei mencatat kemenangan mudah ke atas perseorangan Jepun, Kenichi Tago 21-6, 21-13 pada aksi final di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Sebagai rekod, Chong Wei, 29, turut memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia sebanyak tujuh kali sebelum ini iaitu pada edisi 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010 dan 2011.

Ini juga adalah kejuaraan kedua berturut-turut Chong Wei selepas membuka kalendar 2012 dengan gelaran juara pada Siri Super Premier Terbuka Korea pada 8 Januari lalu.

Dengan dua kejuaraan tersebut, Chong Wei kini boleh dianggap sudah kembali berada pada prestasi sebenar selepas menutup tirai 2011 dengan aksi tidak menentu.

JAGUH perseorangan, Datuk Lee Chong Wei kini ada sebab untuk mendabik dada selaku pemain badminton No. 1 negara.

K1M : Komuniti 1MALAYSIA.

K1M adalah transformasi daripada Komuniti Bestari yang kini diberi penambahbaikan oleh Jabatan Penerangan. 


1.Rakan Padu
aktiviti perpaduan nasional 


2.Rakan Usahawan
pembangunan sosioekonomi


3.Rakan IT
perkongsian maklumat


4. Rakan Budaya
 kebudayaan dan kesenian


5. Rakan Harmoni.
interaksi sosial

Sebagai sebuah pertubuhan sukarela, K1M diwujudkan di setiap kawasan Parlimen dengan jumlah sukarelawan sekurang-kurangnya seramai 10 orang di setiap kawasan. Masing-masing mempunyai pelbagai kemahiran bagi membantu golongan kurang bernasib baik menerusi pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Datuk Lee Chong Wei menang Terbuka malaysia 2012.

Datuk Lee Chong Wei menang Terbuka malaysia 2012.

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya memenangi Badminton Terbuka Malaysia 2012.
Nampak senang aja Datuk LCW menumpaskan lawannya tadi dari Jepun. Khabarnya dah 10kali Datuk LCW tu tumpaskan pemain yang sama..

tahniah.. Tahniah..

Dia boleh.. Kita pula bagaimana?

~Hari hari adik ni baca quran.. Kita pula bagaimana?..


Sejak berumur empat tahun, dia yang selesa dipanggil Syahamah diasuh mengenali huruf-huruf dalam kitab al-Quran. Pada usia enam tahun, Syahamah berjaya khatam al-Quran secara bertajwid.
Menguasai teknik berlagu pada umur lapan tahun, Syahamah tidak pernah rasa terpaksa sepanjang tempoh pembelajaran al-Quran yang kini telah meletakkannya sebagai qariah muda kebanggaan negara.
"Saya mengaji hari-hari dan pada waktu cuti sekolah, saya akan mengaji sebanyak dua atau tiga kali sehari. Bagi saya, mengaji al-Quran tidak susah jika kita benar-benar menjiwainya,'' kata Syahamah ketika ditemui baru-baru ini.
Syahamah juga tidak lokek berkongsi tip untuk menjadi qariah yang baik. Seseorang itu katanya, perlu tahan dengan cabaran dan perlu belajar bersungguh-sungguh. Pada peringkat awal belajar al-Quran, dia juga pernah menangis sebab dimarahi bapanya kerana tidak dapat membaca dengan betul. Bapanya merupakan seorang guru mengajinya.

Ikan Tasik Asmara.


Resepi boleh ambil kat SINI.

Tajuk resepi bukan main hebat lagi kan. Ikan Tasik Asmara gitu. Tapi dalam gambar tu tak nampak pun struktur ikannya.. Belum cuba sendiri lagi resepi ini. Memerlukan masa yang betul-betul terluang barulah boleh mencuba segala mala resepi yang teringin nak cuba.

Kena cari bahan-bahan untuk persediaan lagi.. Mungkin pada masa akan datang.. next weekend ke.. Amacam..

Apa resepi kawan-kawan yang teringin nak cuba?..

Tips Hujung Minggu.

Tips Hujung Minggu.

1, Tips Hujung Minggu.-student-
Aktiviti yang boleh dilakukan termasuk.
- keluar bersama rakan.. biasanya untuk window shopping la kan sebab belum bergaji lagi..
-buat study group -terutama bagi yang nak exam tuuu..
-update blog dan blogwalking bagi mereka yang ada blog la..

2. Tips Hujung Minggu.-orang bujang-
- Setelah seminggu sibuk beerja.. biasanya lebih suka lepak kat rumah sendiri..
konon-konon membayar 'hutang tidur' atau hutang rehat yang telah digunakan sepanjang minggu.

3.Tips Hujung Minggu.-yang bekeluarga-
- Menghabiskan waktu bersama- di rumah, di tempat peranginan mahupun keluar shopping bersama ahli keluarga.
-Ada yang suka makan kat luar.. tak kurang juga yang suka makan besar kat rumah setiap hujung minggu.


~Jadi kawan-kawan termasuk dalam kategori mana?..
Apa aktivit hujung minggu kawan kawan pula?..

Nak Tambah Followers lagi tak?..

Nak Tambah Followers lagi tak?..

Jom siapa siapa nak kenal kawan baru..


Nak Tambah FOLLOWERS?

Nak Tambah FOLLOWERS?

Silakan lah..

http://diyanamarissa.blogspot.com/

Terima Kasih Rakan Blogger: Doa Buat Adik Soleh.

Terima Kasih Rakan Blogger: Doa Buat Adik Soleh.

Memetik sedikit dari ENTRY ini..
Doa Buat Adik Soleh.

Apa yang dapat dikongsi di sini adalah harapan agar kawan-kawan yang kenal atau tak kenal akak ini, agar sama-sama dapat mendoakan anak kesayangan beliau supaya lekas sembuh. Begitu juga titipkan doa terutama buat akak ini agar sentiasa tabah menghadapi apa jua ujian.


Respon yang diterima..
Begitu memberi semangat...





Terima Kasih .. Deru Ombak , Khumaera Ismail aka Mariam Ismail , AzielaMiss PIJAOSIX dan Lady Emilya.

Nak Jadi Cantik.. Jadi Mangsa..

~KASIHAN PULA YA.. DALAM USAHA NAK JADI CANTIK.. JADI MANGSA PULA.. DAH DAPAT SAKIT..


KUALA LUMPUR - Impian seorang pengurus akaun sebuah syarikat yang mahu kulitnya sehalus kulit bayi bukan saja tidak menjadi malah wanita itu terpaksa menanggung sakit sehingga meninggalkan parut pada punggung kanannya.
Bukan sekadar itu, mangsa Mandy Chong, 35, juga merasa tertipu kerana dalam tempoh menerima rawatan kecantikan itu dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar lebih RM15,000.
Kos tersebut termasuk kos dua kali pembedahan bagi membuang ketulan kesan suntikan plasenta (uri) kambing biri-biri dan membeli ubat-ubatan bagi menghilangkan rasa sakit dan memulihkan jangkitan kuman dalam sel kulit punggung Mandy di sebuah hospital swasta.

Buanglah Sampah Merata-rata..




LONGGOKAN sampah yang tidak dikutip mencacatkan pemandangan sekitar Pasar Borong Selayang semalam.

Permohonan UPU Sesi 2012/2013.

Permohonan UPU Sesi 2012/2013.

Sekarang ramai yang tengah mencari maklumat untuk ISI BORANG UPU ONLINE atau CARA MOHON UPU ONLINE. Jadi anda semua bolehlah rujuk laman web untuk UPU ONLINE kat link ini:  http://upu.mohe.gov.my.

Sedikit Peringatan untuk pemohon:

  • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.
  • Pastikan anda membaca setiap manual pengguna bagi pengisian borang permohonan.
Anda semua boleh baca lebih lanjut pada laman web yang tersebut.

~INI PESANAN LAIN:
SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM ISI BORANG.
PILIH KURSUS YANG DIRASAKAN SESUAI DENGAN DIRI SENDIRI.
BUAT PERSEDIAAN YANG TELITI SEBELUM ISI BORANG TU YE.

SEMOGA BERJAYA DALAM MENJEJAKKAN KAKI KE MENARA GADING...

NIKMAT ALLAH.

Nikmat itu terbahagi tiga:
1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba.
2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba.
3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya.
Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.
Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan.
Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.
Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.
Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya.
Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata: "Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-Nya dan sentiasa mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya." -Ibnul Qayyim al-Jauzi
Sumber: I Luv Islam.Com

Doa Buat Adik Soleh.

Doa Buat Adik Soleh.
Sebenarnya dah lama tidak menjenguk blog akak ini.
Terutama bila diri ni menyepi buat seketika.
Melarikan diri dari hiruk pikuk blog. Sesekali berteman kesunyian seronok juga.
Boleh renung diri sendiri. Ok abaikan hurraian yang tersebut. Teruskan.

Akak yang suka berceloteh di blog, penuh semangat itu kini menerima ujian hebat dari PENCIPTA. Ujian yang tidak semua yang boleh hadapi. Hanya yang terpilih sahaja. Ya, ujian melibatkan anak kesayangan.
Adik Soleh kini berada di hospital. Menghadapi masalah kesihatan.

Apa yang dapat dikongsi di sini adalah harapan agar kawan-kawan yang kenal atau tak kenal akak ini, agar sama-sama dapat mendoakan anak kesayangan beliau supaya lekas sembuh. Begitu juga titipkan doa terutama buat akak ini agar sentiasa tabah menghadapi apa jua ujian.

Anak anak DEMAND. Ibu jadi mangsa..

~BETAPA SEORANG IBU SANGGUP MENCURI DEMI ANAK ANAKNYA.. ISK..

Akibat mahu memenuhi permintaan anak, seorang ibu dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri pakaian dan peralatan bayi bernilai RM1,451.10 di sebuah pusat beli-belah di sini tahun lalu.
Majistret Muhammad Hazri Hanafi menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Aisyah Abd. Wahid, 30, selepas ibu kepada dua orang anak berusia sebulan dan empat tahun itu mengaku salah atas pertuduhan terhadapnya.
Tertuduh didakwa dengan niat curang telah mencuri 30 barangan termasuk pakaian, peralatan bayi dan permainan kanak-kanak di Jaya Jusco Ayer Keroh di sini pada pukul 5.30 petang, 10 November 2011.
Antara 30 barangan yang dicuri ialah empat unit fail Disney Princess, permainan Transformers, enam jenis sarung tangan bayi pelbagai jenama seperti Puppy Wink dan Baby Anakku, empat pasang baju kanak-kanak jenama Miki Kids, enam pasang seluar pendek jenama Miki Kids House yang kesemuanya bernilai RM1,451.10.

Cerita tentang AARON AZIZ.

Sebenarnya apa yang menyebabkan kesakitan yang dialami Aaron itu?
Doktor beritahu sebab saya terlalu penat. Tapi pada hari penggambaran itu, saya sendiri yang minta kebenaran Syamsul (Yusuf) untuk buat aksi yang lebih lasak. Kalau ikut skrip asal, saya jatuh dan hampir kena langgar kereta, tetapi saya minta ubah iaitu selepas jatuh kereta, saya jatuh lagi di atas sebuah kereta lain, kemudian barulah saya nak kena langgar.

Di hospital manakah Aaron kena tahan dan boleh ceritakan pengalaman ketika itu?
Saya mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Tropicana, Damansara, Petaling Jaya. Mula-mula saya kena sekali suntikan ubat penahan sakit di bahagian punggung tapi kesakitan yang saya alami masih belum hilang, lalu doktor pun memberikan dua lagi suntikan - satu di bahagian bahu dan satu di bahagian tangan saya.

 Selepas itu, barulah saya berasa sedikit lega. Selain itu, doktor juga ada buat X-ray bagi memeriksa sama ada ada berlaku keretakan tulang dan pastikan tiada masalah serius berkaitan. Doktor kata, jika masalah kesakitan yang saya alami masih berlarutan kena buat ujian scan MRI, tetapi syukur Alhamdulillah semua sudah okey.

~PELAKON LELAKI PALING HOT MASA KINI.. AGAK AGAK BOLEH DAPAT ANUGERAH ABPBH TAK?

Birthday DIVA semalam.. HISTORY CHANNEL SITI NURHALIZA.

Dokumentari mengenai penyanyi wanita paling popular di Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin disiarkan Astro melalui saluran History malam ini.
Program selama sejam, yang disiarkan pada hari lahir Siti yang ke-33 itu mengisahkan kejayaan beliau selama 17 tahun berkecimpung dalam dunia seni — bermula dari bawah sebagai penyanyi pada majlis perkahwinan hingga ke puncak kejayaan dan kemudian menceburi bidang perniagaan.
Dikenali sebagai penyanyi bersuara emas, berpewatakan menarik dan sopan, Siti memulakan karier nyanyian pada usia 16 tahun dan terus mengembangkan bakatnya dengan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan.
Kejayaan mula berputik selepas beliau memenangi Bintang Hiburan Minggu Ini iaitu pertandingan nyanyian anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1995.
Sejak itu popularitinya terus meningkat.
Siti juga menjadi artis pertama Malaysia yang membuat persembahan di Royal Albert Hall di London, di mana beliau digelar sebagai “Celine Dion Asia” oleh akhbar-akhbar Britain.
Selain menguruskan karier nyanyiannya, Siti turut menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan empayar kosmetik SimplySiti. - BERNAMA

~WAH.. SIAP DAPAT MASUK HISTORY CHANNEL DIA KAN..

Nak Sebijik..

~AGAK AGAK BOLEH DAPAT TAK?

Reuters SEBUAH kereta Rolls-Royce Ghost dipamerkan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu kelmarin.

Happy Birthday DIVA.. 11.01.2012.

Happy Birthday DIVA.. 11.01.2012.

Happy birthday to sesiapa yang sambut birthday harini...

Siapa punye BIRTHDAY ye?

Anak mintak CERAI?

Terketawa sendiri bila baca ni..
Pagi tadi la bila akak tu yang share entry ni..

Nak join kekekan?..

klik link DERU OMBAK.

FILEM SAYANG ANAKKU SAYANG.

~IM ADA CADANGKAN TAJUK FILEM.
TADI SEARCH KAT GOOGLE..
MAKA DAPATLE SINOPSIS FILEM SAYANG ANAKKU SAYANG NI..
THANKS IM..

Sinopsis:
Filem Sayang Anakku Sayang mengisahkan sepasang suami isteri yang tinggal di kawasan perkampungan dan mempunyai lima orang anak. Kehidupan mereka agak perit kerana ingin menyara keluarga dengan pendapatan yang tidak seberapa. Mereka tinggal berjiran dengan sebuah keluarga yang amat prihatin dan mencuba sedaya upaya membantu mereka.
Kematian kedua ibu bapa lima beradik itu telah membawa mereka tinggal bersama jirannya. Beban itu tidak terbawa oleh jirannya itu lalu bersetuju ingin memberi anak-anak itu kepada keluarga angkat tapi mereka berjaya melarikan diri masing-masing dari keluarga tersebut. Di kuala Lumpur mereka lima beradik telah diambil oleh jabatan kebajikan.
Filem Sayang Anakku Sayang diarahkan oleh Dato’ Haji Jamil Sulong.

LINK: http://retroevergreen.com/filem/filem-melayu/sayang-anakku-sayang-1976

Lesen Manual Ke Automatik?

"Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum IT Sdn. Bhd. kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam.
Katanya, menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.
"Sudah tentu ada (tindakan). Semuanya sudah jelas dan pemandu yang ada lesen automatik tidak dibenarkan pandu (transmisi) manual.
"Jika mahu, mereka mesti ambil lesen manual untuk memandu kenderaan kedua-dua transmisi," katanya.

~LEBIH BAIK AMBIL LESEN MANUAL.. DAPAT PANDU DUA DUA TRANSMISI KAN?.. ATAU TAK SETUJU?..

Drama Vanila Coklat.

Sinopsis:
Drama Vanila Coklat mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan dan pelajar lelaki yang saling membenci antara satu sama lain tetapi dipaksa berkahwin atas permintaan keluarga. Mereka terpaksa akur, tetapi menetapkan perjanjian selepas enam bulan berkahwin mereka akan bercerai




Tajuk cerita memang menarik.
Sedap..
Rasa macam nak makan aja..


Kebanyakan cerita drama kini banyak yang berplotkan kahwin paksa. Kontrak.. lepas dah nak habis kontrak.. mula jatuh cinta.. Tipikal kan?.. Tapi tetap juga ramai yang minat.. KENAPA AGAKNYA?

Nak tukar ke MFACE tak?

Kosmo!: Boleh ceritakan sedikit tentang laman sosial ini?
DATUK AC MIZAL: Mface adalah sebuah laman sosial terbaharu dengan konsepnya yang hampir sama dengan kebanyakan laman sosial yang lain. Apa yang membezakannya cuma reka bentuk paparan laman antara sesuatu laman web itu. Namun, saya yakin Mface yang bermaksud Malaysian Face ini mampu menjadi tarikan kepada para pengguna di negara ini.
Bagaimana boleh timbul idea untuk menghasilkan Mface?
Sebenarnya idea ini mula ditimbulkan bersama seorang individu iaitu Tedy Teow yang juga rakan kongsi dan pengasas bersama laman sosial Mface. Saya akui kewujudan laman sosial ini adalah ilham daripada laman Facebook yang mana fungsinya pengguna boleh mengemaskini status, maklumat terkini dan gambar dengan orang ramai.
Dengar kata anda turut mengundang 60 orang artis untuk menjayakan Mface ini?
Inilah satu lagi kelainan yang cuba dilakukan untuk membezakannya dengan laman sosial yang lain. Apa yang ingin saya tekankan, 60 orang artis yang saya undang ini adalah pemilik bersama serta rakan kongsi kepada Mface.
Setiap artis yang diundang, secara automatik mereka akan diberikan sebanyak 100,000 unit syer. Jika pengguna Mface nanti sudah mencecah satu juta pengguna, ia akan disenaraikan di bursa saham Malaysia.

Jom Breakfast Sihat..

Jom Breakfast Sihat..

Ada yang nak join..?

Macam mana nak upload gambar dari iPad?

Macam mana nak upload gambar dari iPad?

Dari entry INI tadi, terdapat pertanyaan dari akak KAWAN BARU nur..

Soalannya: cemane nak upload picture dari photo album iPad?

Untuk pengetahuan akak.. Nur pun tak begitu arif tentang iPad ni. Al maklumla.. sebenarnya masih mengejar hadiah iPad2 dari MommyLyna (itupun jika ada rezeki.). Jadi tak dapatla nak menerangkan kat entry ini. Namun, diharap kawan-kawan pembaca Blog ALL IN ONE ni dapat tolong akak..

Bila di GOOGLE link ni yang dapat.. http://hairulazni.com/tag/macam-mana-cara-nak-upload-file-melalui-safari-browser/ harap ianya dapat bantu sikit sikit.. 


VIEW PHOTO HERE..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...