Nak Souvenier best?

Showing posts with label nak kaya. Show all posts
Showing posts with label nak kaya. Show all posts

Seronok Baca Kisah Kejayaan Orang Lain.. Diri Sendiri Bila Lagi?

“SAYA pernah menaiki kereta Kancil yang memuatkan tujuh orang dari Bukit Beruntung, Selangor ke Johor Bahru untuk pulang ke kampung.
“Bayangkan selama lebih dua tahun (sehingga 2008), kami terpaksa menaiki kereta berhimpit-himpit kerana kesempitan hidup memandangkan suami tidak lagi bekerja.

Mula-mula saya cuba menjual nasi lemak tapi satu bungkus pun tidak terjual.
Kemudian, saya cuba pula menjual kebab dan kali ini berjaya dibeli sebungkus saja. 

“Saya juga terpaksa menjual barang kemas yang ada dalam simpanan bagi menampung kehidupan dan mencari rumah baru yang lebih murah untuk disewa,” jelas Nora.

~SEKARANG OFKOS LA NORA NNI DAH BERJAYA.. RAHSIANYA?.. HMM CARI SENDIRI LA..

Nak jadi kaya, nak jadi jutawan, banyak cara dia...

Nak jadi kaya, nak jadi jutawan, banyak cara dia, walaupun kita makan gaji. Yang paling senang, kahwin dengan jutawan :D Tapi nak senang ni, pendekata bukan senang oiii. Namun tak mustahil untuk sesiapa saja nak jadi senang dan hidup mewah, asalkan sanggup belajar, sanggup usaha, sanggup berangan dan merancang. Sambil2 tulis blog pun duit masuk, OK.
Yang penting sekali, ingat tentang keberkatan. Baik makan gaji ke, bisnes ke, bila tak ada keberkatan, semuanya rasa sempit. Gaji banyak pun asyik tak cukup. Bisnes besar pun asyik susah. Hidup atas kemampuan lah. Kalau mampu pakai kancil, tak payahlah beli Mercedez. Plan nak beli Mercedez tu boleh, tapi janganlah sampai anakbini makan nasi dengan garam hari-hari. Nak bersyukur tu lebih susah dari bersabar. Cuba bersyukur dengan apa yang kita ada dan bersabar dengan apa yang kita takde tapi kita naaak sangat. Sabarlah… buat planning betul-betul, timbangkan semua faktor. Kalau kita betul-betul nak, insya-Allah tak ada apa yang boleh halang. Selami maksud ayat 1000 Dinar. “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka baginya jalan keluar…”
Ada duit lebih sikit, kasiklah kepada yang memerlukan… keluarkan zakat… transaksi dengan Allah lebih mudah untuk besarkan lubuk rezeki, insya-Allah.
comment:
Den termuhasabah dengan entrimu ini. tQ.
Sifu Ainon saya cakap, kalau rasa tengah ‘sempit’, cuba hulur sedeqah pada orang. Sifu Prof Kamil pula cakap, kalau rasa tengah tak berduit, cuba hulurkan sikit pada mak ayah kita. Insya-Allah lepas tu rezeki datang mencurah. Saya pernah cuba, ternyata berkesan. 
Fir @ YaQuut´
~shared dari mysuperkid.net

Nikmat Kekayaan? Nak Kaya!!

~Kalau tulis panjang - panjang ada ke yang sempat baca?
Kalau tulis pendek-pendek ada yang kata tak puas baca..
Jadi nak tulis cemane ya?

Agaknya kena tulis sesedap rasa...

Macammana ye tu.. kawan-kawan ada idea?

~Sebenarnya teringin nak berkongsi kata-kata..
Yang di kopi ikhlas dari blog http://dalittledeeya.blogspot.com/.. deeya yang punya!

Ketahuilah manusia “Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan , hanya orang yang sakit tahu nikmat kesihatan dan hanya orang yang mati tahu nikmat kehidupan

Nak Kaya Tak?.. Inilah Sumber Inspirasi..

KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.

"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.

Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.

"Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.

Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya.

~dari Kosmo..

~Satu soalan: Apakah perasaan menjadi orang kaya?..

lumayan:RM4,000 sebulan

KUALA LUMPUR - Harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara kelmarin membolehkan kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram itu menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, peningkatan harga itu begitu memberangsangkan serta melonjak dengan begitu cepat berbanding harga pasaran empat bulan yang lalu iaitu kira-kira RM10 sekilogram.

~baca kat kosmo.. kaya juga jadi penoreh getah ni kan?.. 4k sebulan.. masyuk tu.. jom toreh getah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...