Nak Souvenier best?

Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

GAMBAR POLIS BUAT KAWALAN BERSIH 2.0.

Polis mengadakan sekatan jalan raya di lebuh raya Damansara-Puchong berhampiran Plaza Tol Sunway di Petaling Jaya pada Rabu. Sekatan jalan raya dilakukan menjelang perhimpunan Bersih, Sabtu ini. Foto AZHAR MAHFOF/The Sta

Kamera lensa refleks tunggal digital.

~Dah mampu milik ni kira bolehla dapatkan ni ye.. Oke.. sapa nak bagi percuma.. sila bitau.. Salah satu gajet yang menjadi satu kemestian untuk peminat fotografi termasuk diri sendiri.. (minat je la.. ).. Jom simpan duit...

Penggemar fotografi amatur bukan sahaja menggunakan kamera kompak digital malah, mula berkarya dengan kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) untuk mendapat kepuasan dalam merakam foto.

Bagaimanapun, tidak semua penggemar fotografi amatur mempunyai kemampuan memiliki kamera DSLR berkualiti dan terkini di pasaran kerana kekangan harga yang agak tinggi.

Menyedari segmen DSLR mempunyai peminat tersendiri, syarikat gergasi pengimejan antarabangsa Canon memperkenalkan model terbaru EOS 1100D yang mampu dimiliki penggemar fotografi amatur.

Kamera DSLR terbaru itu didatangkan dengan pengesan CMOS beresolusi 12.2 megapiksel turut dilengkapi teknologi pemproses DIGIC 4 yang mampu memberi rakaman berkualiti.

Dengan hanya mempunyai berat 495 gram (g), EOS 1100D dapat memberi kebebasan kepada pengguna dalam merakam hasil karya mereka dengan lebih mudah dan berkesan.

Model EOS 1100D juga mempunyai kapasiti ISO yang berupaya mencecah sehingga 6400 untu memberi rakaman terbaik kepada pengguna.

Selain daripada itu, ia turut didatangkan dengan butang kawalan mudah dikendalikan terutamanya bagi penggemar fotografi amatur yang baru berkecimpung dalam bidang fotografi.

Bagi yang gemar membuat eksperimentasi terhadap hasil karya, terdapat mod-mod asas seperti potret, landskap, potret malam, sukan, close-up dan flash off ditawarkan kepada mereka.

Ciri-ciri menarik lain yang dapat menzahirkan kreativiti penggemar fotografi amatur termasuk mod vivid, soft, warm, intense, cool, brighter, barker, monochrome dan banyak lagi.

Berbeza dengan model terdahulu, EOS 1000D, kamera terbaru ini berupaya merakam video definisi tinggi (HD) sekali gus, memberi kelebihan kepada pengguna terutama mereka yang ingin berjinak-jinak menjadi pembikin filem.

EOS 1100D didatangkan dengan empat warna pilihan kini boleh diperoleh pada harga pasaran RM1,999. Untuk keterangan lanjut boleh melayari laman web www.canon.com.my.

Secara ringkas cirinya:
pengesan CMOS beresolusi 12.2 megapiksel
teknologi pemproses DIGIC 4
hanya mempunyai berat 495 gram (g)
kapasiti ISO yang berupaya mencecah sehingga 6400
butang kawalan mudah dikendalikan
mod-mod asas seperti potret, landskap, potret malam, sukan, close-up dan flash off
termasuk mod vivid, soft, warm, intense, cool, brighter, barker, monochrome
berupaya merakam video definisi tinggi (HD)
empat warna pilihan

~Tuan blog bukanlah jurucakap Canon.. sekadar ingin memahami bahasa kamera.

Best tak ada photobook?


The Scope

Varies ikut keadaan semasa. Ai boleh .....

1) Customise photobook utk korang (wedding boleh, kisah anak2 boleh, plain koleksi yearly book boleh.. up to you babeh.. )
2) Designkan logo utk company korang (korang cakap aje korang nak cemana, nnt ai pk, kalau ai rase boleh buat ai cuba .)
3) Web Design pun ai boleh la sikit2 (but this one mmg kena sit down or email la ai panjang lebar requirement korang tuh.. )
4) Banner ? Pamplet ? dan dot dot dot..

* sebenarnya dah lama pun buat keje2 kat atas tapi semuanya suke-suke & bantu membantu rakan-rakan. Hehehhe.. Kalau nak wat portfolio boleh dah nih.. ((nanti bila rajin kena gak buat satu page portfolio). Tapi since ai bukanlah gila hebat & kreatif bangattt.. so kalau ada kekurangan bagitau la dekat ai utk diperbaiki.

Entry promosi ni..

- Best tak ada photobook?.. Beza tak dengan album?.. Sudah tentula kan.. Azam baru untuk hari ini.. nak memiliki photobook sendiri.. Kalau free lagi best kan?.. Kalau bayar.. erk.. liat sikit.

Terfkir: barang free biasanya kurang dihargai berbanding barang yang didapatkan dengan usaha/ bayar sendiri.. Anda setuju atau tak?.. silakan..

lapar


makanlah ketika lapar
dan
berhentilah sebelum kenyang

menu: bbq dinner

percaya atau tidak

ini adalah menu sarapan pagi di sebuah restoran..
rasanya cuma biasa biasa sahaja
tapi
harganya
rm15 ringgit...
percaya atau tidak?'
ur comment?

shoe


kasut ala2 cinderella yang menjadi pilihan untuk bergaya di satu hari di hari raya.

breakfast


-Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.-

gambar ni masa breakfast suatu masa dahulu.kalau dah suka ambil gambar kat mana2 pun jadi.. info kat atas tu by wikipedia.. mmg breakfast itu penting.. oleh itu jgn skip breakfast ok

top of banjaran titiwangsa


my second time ever ikut jalan sini.sangat indah matahari terbenam itu.. selepas hujan.. jalan yang basah.. bila lagi nk ikut jln ni?.. suatu hari nanti

above the sky

masha Allah.menarik bukan.this was taken from my flight to east malaysia last year. masa first time naik airplane adalah berasa sangat excited- teruja.dah besar2 baru berpeluang.tapi sebenarnye sama sahaja cuma telinga akan kurang selesa.jadi perlu menelan air liur untuk menyeimbangkan tekanan nya.jika membawa bayi- alternativenya memberi susu atau puting supaya dia x menangis.
apapun, this view amazed me...

fotografi


i love taking pics.dulu2 sangat aktif mengambil gambar.tidak kira di mana2 pun. betapa indah nya alam sekeliling. bersyukur kita dapat menikmatinya.
sekarang masih minat cuma masa dan komitmen terpaksa dikurangkan.
also sangat suka travel ke sana sini.dah banyak tempat dah pergi tapi masih banyak lagi yang masih belum sampai.kalau ada rezeki...
foto ni gambar early morning @ pulau perhentian.sangat mendamaikan dan menenangkan jiwa. silalah bercuti2 malaysia di san.. memang seronok.. lari dari kebingitan kota..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...