Nak Souvenier best?

Kamera lensa refleks tunggal digital.

~Dah mampu milik ni kira bolehla dapatkan ni ye.. Oke.. sapa nak bagi percuma.. sila bitau.. Salah satu gajet yang menjadi satu kemestian untuk peminat fotografi termasuk diri sendiri.. (minat je la.. ).. Jom simpan duit...

Penggemar fotografi amatur bukan sahaja menggunakan kamera kompak digital malah, mula berkarya dengan kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) untuk mendapat kepuasan dalam merakam foto.

Bagaimanapun, tidak semua penggemar fotografi amatur mempunyai kemampuan memiliki kamera DSLR berkualiti dan terkini di pasaran kerana kekangan harga yang agak tinggi.

Menyedari segmen DSLR mempunyai peminat tersendiri, syarikat gergasi pengimejan antarabangsa Canon memperkenalkan model terbaru EOS 1100D yang mampu dimiliki penggemar fotografi amatur.

Kamera DSLR terbaru itu didatangkan dengan pengesan CMOS beresolusi 12.2 megapiksel turut dilengkapi teknologi pemproses DIGIC 4 yang mampu memberi rakaman berkualiti.

Dengan hanya mempunyai berat 495 gram (g), EOS 1100D dapat memberi kebebasan kepada pengguna dalam merakam hasil karya mereka dengan lebih mudah dan berkesan.

Model EOS 1100D juga mempunyai kapasiti ISO yang berupaya mencecah sehingga 6400 untu memberi rakaman terbaik kepada pengguna.

Selain daripada itu, ia turut didatangkan dengan butang kawalan mudah dikendalikan terutamanya bagi penggemar fotografi amatur yang baru berkecimpung dalam bidang fotografi.

Bagi yang gemar membuat eksperimentasi terhadap hasil karya, terdapat mod-mod asas seperti potret, landskap, potret malam, sukan, close-up dan flash off ditawarkan kepada mereka.

Ciri-ciri menarik lain yang dapat menzahirkan kreativiti penggemar fotografi amatur termasuk mod vivid, soft, warm, intense, cool, brighter, barker, monochrome dan banyak lagi.

Berbeza dengan model terdahulu, EOS 1000D, kamera terbaru ini berupaya merakam video definisi tinggi (HD) sekali gus, memberi kelebihan kepada pengguna terutama mereka yang ingin berjinak-jinak menjadi pembikin filem.

EOS 1100D didatangkan dengan empat warna pilihan kini boleh diperoleh pada harga pasaran RM1,999. Untuk keterangan lanjut boleh melayari laman web www.canon.com.my.

Secara ringkas cirinya:
pengesan CMOS beresolusi 12.2 megapiksel
teknologi pemproses DIGIC 4
hanya mempunyai berat 495 gram (g)
kapasiti ISO yang berupaya mencecah sehingga 6400
butang kawalan mudah dikendalikan
mod-mod asas seperti potret, landskap, potret malam, sukan, close-up dan flash off
termasuk mod vivid, soft, warm, intense, cool, brighter, barker, monochrome
berupaya merakam video definisi tinggi (HD)
empat warna pilihan

~Tuan blog bukanlah jurucakap Canon.. sekadar ingin memahami bahasa kamera.

8 comments:

beaty said...

wah kalo belum ada dslr memang da angkat model ni..best model ni untuk beginer kan

Mommy Fara said...

jenama paling bagus dan selalu jadik pilihan photographer - nikon....

ardinihumaira said...

teringin nak belaja bahasa camera ni. nak beli camera hajatnya :)

eMMe said...

bile la, saya dpt memiliki kamera sendiri yeaaa...huhuhuhuu...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

menariknya..tpi belum sampai seru nak beli DSLR..tapi bila ingat new coming newborn, rasa nak abadikan guna DSLR.wuwuwu tapi takpelah. kene simpan duit dulu..eheheh

rege 1999 tu body je kan?

azzey said...

Saya pun dh lama teringin tp duit x mengizinkan lg lah nur...:)

Miecyber said...

Saya ada camera compact jer...

Earth Hour 2011

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sgt mengidamkan dslr...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...