Persoalannya, kena ke perah otak untuk mendapat idea?.. Macam penat sangat perkataan memerah tu.. Menggunakan kudrat tu.. Letih juga ye kalau berfikir ni.. tapi, kebaikannya berupaya menambah sel -sel otak!..
Macamana cara kawan-kawan perah otak untuk dapatkan idea mengarang?..
Berikut dikongsi sedikit sebanyak pengalaman sendiri..
- Pengalaman diri sendiri seharian- maksudnya apa yang berlaku pada hari itu, tentang diri dan prang-orang di sekeliling. Atau meluahkan perasaan sama ada gembira atau suka atau ria dengan sesuatu yang berlaku dalam aktiviti harian.
- Berjalan ke blog lain- mendapat idea atau sesuatu pendapat yang mana kita ada pandangan kita sendiri yang kita nak luahkan dengan cara tersendiri.
- Baca suratkhabar dan berkongsi, sama ada kongsi artikel atau kongsi pendapat tentang suatu artikel atau berita.
- Menyertai pertandingan mengarang dalam blog.. Banyak juga pertandingan seperti ini diadakan sekarang ni.. Boleh cari sendiri.. Salah satu dari blog Mysuperkids..(dah tutup) dan Master Arsyad(oh, belum hantar lagi penyertaan..)
~Kalau dah perah.. keringla idea.. Betul tak?
1 comments:
byk membaca.. byk info,cerita,berita,gosip yg dapat.. wah telus tu mengaku.
BILA STATUS AGAMA CIKGU SHIDA DI RAGUI.. APA DIA JAWAB??
Post a Comment