Nak Souvenier best?

Hotel Yang Best?

Apakah kriteria sesebuah HOTEL itu best?.. Adakah bilangan BINTANGnya?.. Namanya yang GAH?. Atau servisnya?.. Kena pergi dan menginap dulu la kan, barulah boleh rasa sendiri. Macamana kawan-kawan pilih tempat penginapan?.. SEARCH sendiri kat internet atau TANYA member-member yang ada pengalaman dengan penginapan itu.

Setakat ini, hotel mana yang kawan-kawan pernah menginap dan rasa SANGAT BEST? Boleh kongsi tak?..
Yang pasti, hidangan yang disediakan juga menjadi TARIKAN UTAMA..

HOTEL Ritz-Carlton Hong Kong menawarkan penginapan mewah kepada pengunjungnya.


HONG KONG - Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi hotel paling tinggi dan bangunan keempat tertinggi di dunia selepas dibuka kepada orang awam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Hotel yang berada di tingkat 102 ke-118 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (ICC) itu mempunyai 312 buah bilik. Ia menawarkan pemandangan bandar dan pelabuhan, selain menyediakan kemudahan seperti pusat beli-belah seluas 93,000 meter persegi, enam buah restoran, spa dan kolam renang.

Menurut Presiden rangkaian hotel mewah itu, Herve Humler, Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi sebuah mercu tanda kepada kemuncak kejayaan selepas kerja keras selama bertahun-tahun.

"Kami mampu merealisasi sebuah hotel yang betul-betul hebat. Jadi kami mengalu-alukan tetamu bukan sahaja ke hotel yang tertinggi di dunia, malah hotel yang terbaik," katanya.

Selain itu, Ritz-Carlton telah meletakkan rasa mewah ke tahap yang baru dalam semua aspek. Menara hotel itu juga kelihatan jauh lebih tinggi daripada bangunan sekelilingnya. - Agensi



5 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

boleh kira ngan jari je kot dok hotel.

YUL said...

peh, tinggi gila, mesti mahal nie, ahaha.

atty's said...

kalau kty duk otel..janji bersih dan ada wifi.

amirah said...

kalau nak jadi backpackers/traveller baik takyah amik hotel memahal sbb kita nak ronda2 lebih dr duk dalam bilik..kalo jdi tourist je pelancong je bolehla amik memahal

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

dapat melancong best gak kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...