Nak Souvenier best?

BELON PANAS!! Pernah Naik?

~Kawan -kawan pernah naik tak?.. Kalau fobia pada ketinggian.. tak dapatle naik ye.. Tapi, mesti best kan dapat menikmati pemandangan cantik dari atas..
Sesekali teringinnn..

PUTRAJAYA 17 Mac – Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-3 dilancarkan hari ini di Monumen Alaf Baru di Presint 2 oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.

Sejumlah 27 peserta daripada 14 buah negara mengambil bahagian dalam fiesta tersebut.

Antara negara yang mengambil bahagian dalam pertunjukan sehingga Ahad ini ialah Amerika Syarikat, Jepun, Belgium, Switzerland, New Zealand, Belanda, Perancis, Jerman, United Kingdom, India, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Pelbagai bentuk belon seperti watak Darth Vader, Doraemon, Woodrow C. Greenleaf Upside dan Mauriske melakar langit Putrajaya yang pertunjukannya dijangka menarik sehingga 250,000 pengunjung.

Orang ramai turut berpeluang menaiki beberapa belon panas. – Bernama

13 comments:

Kira Kekuri said...

assalam~sorry,da lama x jenguk blog ni ^~^ belon udara panas? erghh takut jatuh =.=' :D

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

gayat adalah diri ku..
:)

نورعيم said...

xpernah naik lg. nak try tp takut tinggi. hee.

SK eBusiness said...

tahun lepas ada pergi, belon-belonnya memang menarik, nak naik tak berani, poket pun tak berduit hihihi

❤ lovelymasha❤ said...

samalah kita...sy pun gayat...hehe

Anonymous said...

xpernah naik..bukan sbb gayat tp sebab xpernah pegi even rumah dkt dgn putrajaya..tp fit ada kwn fit cite bila naik belon pns tu xtinggi sgt..

Kakzakie Purvit said...

Malam tadi tengok berita tv anak-anak kakak eager sangat nak naik. Kalau dekat memeng kakak pergi bawa anak-anak.

Tunggu dia buat kat Johor. Heee.....

Sheherazade said...

tak penah pegi dan naik hehe

fa.ismail said...

pernah pegi last year..
tp xsmpt naik..hujan..
dis year xdpt pegi..=(

DeQWa said...

sape nak naik jer rm10
klu nk naik pusing putrajaya rm50 sorang...hehehe...jom ramai2 memeriahkan...

amirah said...

tak pernah pegi..dan tak pernah naik..gayatt

lady dayana. said...

best nya ! teringin sangat nk naik lah :)

lady dayana. said...

best nya ! teringin sangat nk naik lah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...