Nak Souvenier best?

KEPUTUSAN SPM 2010.

Dah ambil result masing-masing ke?.. Macam mana?.. Ada yang nak berkongsi di sini?. Apa pun keputusan, terima dengan hati yang terbuka. dah buat sehabis baik kan?.. Itula penat lelah yang telah dicurahkan selama ni.. jatuh bangun menghadapi pelajaran untuk menghadapi SPM.. kini sudah terjawab.

Macam-mana anda semua semak keputusan SPM tu?.. Melalui SMS atau hadir sendiri. Sudah tentu ramai yang mendapatkannya di sekolah masing-masing. Kata orang, tak bestla cek melalui SMS sebab macam tak nampak depan mata. Kalau dapat slip keputusan tu baru la real kan?..

Selain tu, kalau ambil keputusan SPM di sekolah, sudah tentu dapat jumpa kawan-kawan. Dah lama tak jumpa mereka. Pasti ada yang berubah. Mungkin dari segi penampilan.. Dan kematangan(erk.. ada ke?).. Ye la kan.. lepas ni nak bergelar pelajar Universiti pula.. DAH ISI BORANG UPU?

Bagi yang mendapat keputusan tak seperti yang diidamkan (terutama sekali ibu bapa), ini bukanlah penghujung jalan. Selepas SPM, masih ada matrikulasi dan STPM. Jadi, masih luas pilihan dan banyak lagi usaha. Cuma selepas ini adalah 100% atas usaha sendiri. Bukan lagi menunggu suapan. Bagi yang nak berjaya, harus berusaha. GOOD LUCK BUAT SEMUA.

6 comments:

shahrilhakime said...

Alhamdulillah....
adik awok dapat 7A 2B....
yang b tu add mat dengan fizik..sayang betoi.....takde ghezeki nak dapat 9A....takpele

JunAina said...

aina pun ada adik yang ambik spm...selepas buat yg terbaik harap2 dia mendapat yg terbaik jugak!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

adik ngah g ambik tue...
fuhhh...

Nora Shahaira said...

teringat zaman amik spm dulu..huhu..pelajar terbaik pendidikan agama..huhu..sedih..

ada buat entri tapi, nak cantik rujuk kat sini..lagi clear, dia lah guru tempat akak nora buat roti dan macam-macam lagi.. cube ye.. kalo tak dapat gitau..

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=130863743642018&set=a.128223883906004.18853.128199940575065

Izyan Masri said...

WAAH.TIBA2 RASA TAK SABAR NAK TENGOK RESULT SEMUA ORANG :D

Urology Surgery in India said...

Great post and thanks for sharing....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...