Nak Souvenier best?

Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia ..

~Terkejut juga bila baca berita ni. Betul juga kan, bila dah kerap berlaki gempa bumi, struktur asal pun sudah lari. Jadi, kemungkinan ttik gempa beralih arah tu mungkin ada. Sama-sama la kita bermohon agar sentiasa dilindungiNya.

Macam komputer juga kan.. Hari-hari guna.. lama-lama rosak juga.. (yeay: boleh tukar yang baru!!)

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.

Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.

Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.

"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.

"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).




6 comments:

beaty said...

SEMOGA KITA DI LINDUNGI SELALU..KITA BERDOA AGAR SEMUA INI DIJAUHKAN

dwaty said...

tu yang takut tu.... semoga kita akan dilindungi...

KuNanGKuNanG said...

smoga kite sentiasa dilindungi olehNYA

Rozali said...

Assalamualaikum Nur

mohon doa banyak2
supaya dilindunggi

Wassalam

Puan Kutu said...

Semga kita akan dilindungi insyaallah..:)

kay_are said...

em.. bile struktur bumi nagn DIE nak, ape pun leh jadi kan.. puluh, ratus tahun lagi? lame lagi tu tapi.. ade ke ratus tahun lagi? em..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...