Nak Souvenier best?

Resepi Donut . Kopi


  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
~Copy dari Myresepi.. (first link yg jumpa kat google..) Berkobar-kobar nak buat nanti.. Kalau tak berjaya jugak.. nampak gayanya.. beli je la..

5 comments:

LadyOfGee said...

dah buat tu nanti jgn lupa post gambar tau.. n posss kat cni sebijik dua.. ;)

atuk said...

Assalamualaikum Nur

saya beli dekat nur ajer ler

Wassalam

Unknown said...

mekaseh nur... mmg carik resipi donut. kalau buat asyik ler x jadi. sian anak2.. sok nak buat ler...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

terbaek...
wat cepat..
:)

Doctors in India said...

Amazing amount of great, actionable advice. I will keep coming back to this for a while to try and implement many of these! Thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...