Nak Souvenier best?

Showing posts with label dunkin donut. Show all posts
Showing posts with label dunkin donut. Show all posts

Akhirnya.. Inilah DONUTnya..


Inilah rupanya sebijik donut yang berjaya dihasilkan setelah DONUT PERCUBAAN PERTAMA tak menjadi. Kesedihan terubat jua walaupun tak perfect.. Boleh la dimakannya. Lembut juga di dalam. Ada la seketul dua yang hanget oke.. Mungkin tidak pandai bermain api.. Tapi, masih banyak yang boleh diperbetulkan.

Memang senang jugakla nak membikin donut ni.. kawan-kawan tahu tak APA ITU DONUT?.. Dan jutaan terima kasih kepada MEREKA yang memberi semangat berikutan donut yang tak menjadi tu.. Hadiahnya.. silala ambil donut yang tersebut. masih togel kerana baru siap digoreng..(Punyela lama kawan-kawan tu tunggu nak makan donut).

Dan berikut senarai resepi donut yang MENJADI!!!

Lepas ni agaknya nak buat apa ye?.. ROTI NAIK dari akak nora shahaira atau ROTI CANAI?

Lagi Resepi Donut: Khas Dari Emma.

DEAR EMMA...




Terima Kasih ye atas kesudian menuliskan RESEPI DONUT tu. Nampak menawan betul donut yang dibuat tu.. Insha Allah, akan dicoba dalam masa terdekat.. Emma guna 1 kg.. Jadi, mungkin untuk percubaan ni nak buat separuh kg dulu.. Maksudnya semua bahan-bahan tu kena separuhkan lah ye.

Kawan-kawan yang lain yang nak mencuba pun bolehla bertandang ke blog beliau.. Klik saja pada link di atas.. Selain dapat resepi, dapat juga la tambah kawan.. Kawan di alam maya : dunia tanpa sempadan ni.

Lagi sekali terima kasih..

(Resepinya dah banyak.. nak buatnya?.. Tungguuuuuuuuuuuuuu..)

Resepi Donut . Kopi


  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
~Copy dari Myresepi.. (first link yg jumpa kat google..) Berkobar-kobar nak buat nanti.. Kalau tak berjaya jugak.. nampak gayanya.. beli je la..

Morning!! Donut Tak Jadi.

Selamat pagi kawan-kawan yang budiman. Apa kisah pagi-pagi ni?.. Kawan-kawan semua sihat tak?.. Kalau ada yang sakit, lekas lah telan ubat...

Makan apa pagi yang mulia ini?? Breakfast?.. Breakfast McD ye?.. (teringinnya..) . Oh ye, nak berkongsi tentang kisah Donut yang tak jadi. Pada satu hari yag tidak berapa lama dulu, adalah mencuba untuk melakukan eksperimen masakan.. Berpandukan resepi-resepi yang ada di alam maya ini. Sebab masa tu nak makan donut, google la resepi donut itu. Adalah terjumpa beberapa resepi.. Jadinya, setelah dikaji selidik, eksperimen telah dijalankan.

Hasilnya tidak seperti yang dijangkakan. Ada raut kekecewaan pada wajah sang pembuat donut itu. Kenapakah?.. Kerana donutnya langsung tidak menjadi. Eh, camno ni LM.. (LM ni terer tau buat donut!!!) Kenapa tak menjadi ye?.. Tak naik langsung donutnya dan rasanya macam sesuatu yang padat dan berminyak....

Ada sesiapa yang boleh tolong bagi resepi donut yang BEST. (Belum jenguk yang Mat Gebu punye ni..)

Pukul DuaBelas.. Nak Makan Donut.

Semalam menonton Chuck's Day Off.. erk.. Semalam ke? semalam semalam ke.. Ah, Tak kisah le.. Yang penting dah tengok dan nak bercerita..

Masa tengok siaran masakan tu, perut memang tengah kelaparan. Dan dan pula masa tu makanan yang dimasak adalah sucimurni, maksudnya yang dimasak tu takde unsur khinzir la kan.. Kalau tak macam geli sikitla.. (Kadang tengok juga la kalau diorang masak pork sebab konon boleh terai kat daging lombu ajo)..

Berbalik kepada persoalan tadi, si Chuck ni dengan gembiranya memasak donut.. Siap dengan filling lagi.. Time tu rasa nak terus g beli Dunkin ke Apple Donut ke.. Bukan apa, tergoda kan.. Nak pula masa tu perut tengah nyanyi lagu Ana Raffali.. Nyumm..

Akhirnya tak dapat pun.. Lain kali je la dapatkan donut idaman.. Kalau time lapar semua benda nampak cam sedap kan.. Isk.. napsu napsu..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...