Selamat pagi kawan-kawan yang budiman. Apa kisah pagi-pagi ni?.. Kawan-kawan semua sihat tak?.. Kalau ada yang sakit, lekas lah telan ubat...
Makan apa pagi yang mulia ini?? Breakfast?.. Breakfast McD ye?.. (teringinnya..) . Oh ye, nak berkongsi tentang kisah Donut yang tak jadi. Pada satu hari yag tidak berapa lama dulu, adalah mencuba untuk melakukan eksperimen masakan.. Berpandukan resepi-resepi yang ada di alam maya ini. Sebab masa tu nak makan donut, google la resepi donut itu. Adalah terjumpa beberapa resepi.. Jadinya, setelah dikaji selidik, eksperimen telah dijalankan.
Hasilnya tidak seperti yang dijangkakan. Ada raut kekecewaan pada wajah sang pembuat donut itu. Kenapakah?.. Kerana donutnya langsung tidak menjadi. Eh, camno ni LM.. (LM ni terer tau buat donut!!!) Kenapa tak menjadi ye?.. Tak naik langsung donutnya dan rasanya macam sesuatu yang padat dan berminyak....
Ada sesiapa yang boleh tolong bagi resepi donut yang BEST. (Belum jenguk yang Mat Gebu punye ni..)