Nak Souvenier best?

360 Cerita Tsunami dan Banjir.

Layan rancangan 360 ni kat TV3. Sesekali tertarik dengan kupasan malam ni. Tentang Tsunami dan Banjir. Ekoran Tsunami Jepun pada awal Mac haritu, mengingatkan tragedi Tsunami Malaysia tidak lama dahulu. Ada juga disiarkan rakaman tsunami Malaysia dulu tu. Sedikit sebanyak menggamit memori dan kesedihan pada yang menimpa keluarga terlibat. Sungguh Kuasa Allah itu Besar.

Rupanya, bukan musim Tengkujuh ni pun boleh berlaku banjir. Puncanya akibat hujan lebat yang tak henti-henti. Jadinya, air dari Bukit Merah itu terpaksa dilepaskan. (Oh, ada empangankah di situ?) Memang, nampaknya bumi semakin tidak sihat. Semua pun boleh berubah. Dulu, Malaysia berada di luar lingkaran gempa bumi dan gunung berapi. Namun akhir-akhir ni, kemungkinan perubahan strukur tu boleh berlaku. Apa-apa bencana pun boleh berlaku kat negara tercinta ni kan.

Satu harapan, moga kita bersedia.. Fizikal dan mental, jasmani dan rohani .. Pabila tiba detik itu..

4 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat malam nur--
kak tak dapat tonton sebab kak pergi kenduri doa selamat..

subhanallah...ada dengar juga..Malaysia dah tak selamat tentang bencana alam..

moga2 kita jadikan iktibar dan lebihkan amalan ke jalan Allah

niesz said...

betul tu, hari tu pasti kan tiba bile2 masa je..takutnye!!! :(

yusri said...

sedih la tengok, dan juga rasa ngeri

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ketentuan Allah xdapat dielak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...