Nak Souvenier best?

Banjir Di Perlis.

~Semoga segera berakhir keadaan ini..

KANGAR - Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan 2,386 mangsa daripada 593 keluarga dipindahkan ke 25 buah pusat pemindahan yang dibuka kerajaan negeri sejak kelmarin.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Azizan Hamid berkata, mangsa di daerah Kangar merupakan paling ramai dipindahkan ekoran banyak penempatan penduduk dinaiki air sehingga paras pinggang.

Bagaimanapun, pihaknya menyifatkan banjir kali ini bukan bencana alam sebaliknya merupakan banjir kilat ekoran hanya di kawasan bandar paling teruk terjejas.

"Taburan hujan sejak 29 Mac lalu mencatatkan taburan tertinggi sekitar 130 milimeter menyebabkan sungai Perlis melimpah di sekitar di bandar Kangar.

"Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih melepaskan air daripada enam Empangan Timah Tasoh ekoran paras air di empangan itu melebihi paras normal," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


JOM TENGOK GAMBAR BEST!!


7 comments:

shah-kayrul said...

sekarang hujan turun dah tak menentu masa...banjir dtg lagi

Anisa Hang Tuah said...

ade kawasan kat changlun kedah dah banjir.kesian diorg..yg tahun lepas punye masih bersisa lagi..
:'(

Mommy Fara said...

nur...boleh bagi email? ada hadiah...=)

azwa amani said...

doakan yg terbaik buat mereka, agar mereka tabah denagn ujian Tuhan..

::Budak Degil:: said...

sekarang cuaca xmnentu...tetiba hujan, tetiba panas...

cacing said...

musim dunia dah tak menentu.... sian bumi kita... dah makin sakit.. nak bagi panadol takleh.. apetah lagi nak tampal 'tampal koyok'.... kita berdoa agar semua kekal seperti biasa...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

skang musim hujan kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...