Nak Souvenier best?

Sekalipun mereka itu daripada golongan yang warak dan dipercayai.

Nak share dari Dr MAZA..

Soalan: Apakah boleh saya tidak menutup aurat di hadapan adik-beradik lelaki suami, atau di hadapan anak-anak saudara suami saya? Ada yang kata boleh, ada yang kata tidak, harap Dr. dapat beri penjelasan?.
Kamariah, Kelang.

Jawapan: Semoga Allah merahmati puan. Adik-beradik suami puan dan anak-anak mereka bukanlah mahram (lelaki-lelaki yang diharamkan berkahwin) puan. Justeru itu puan wajib puan menutup aurat di hadapan mereka sekalipun mereka itu daripada golongan yang warak dan dipercayai.

Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31: (maksudnya) “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

11 comments:

bantalbucuk said...

thanks for the info.. :)

~aRniNaDrah~ said...

betul tu. ramai yg buat-buat tak endah perkara ni. jemput join lucky draw di http://arninas.blogspot.com/2011/03/lucky-draw-arninasblogspotcom.html

Lagenda said...

Thanks kerana mak dpt menambah ilmu dgn n3 ni NUR!

Unknown said...

subhanallah

terima kasih yer kongsi entry ini

walau ayu tiada ipar duai belah en zalie..
belah ayu ada...

Afuan Shah said...

sepupu2pon kena pakai tudung jugak...hehehe

SoLy SoLicious said...

thanks info.. berguna !

Nora Shahaira said...

betul...betul..bukan namanya ipar sebagai alasan untuk buka tudung.

pernah sekali akak nora tido rumah anak sedara kawan akak nora. Ada budak lelaki, ish..kira dah besar la..akak tak la buka tudung sampai tido. Tapi, membe suruh buka dengan alasan "ala..tak ada apa-apa, semuanya dah kenal..macam adik beradik..."
aduh..bila ilmu kurang didada beginilah..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tq kerana info ini...

qasehraihan said...

ye benar..saya baru ingat nak publish entry pasal ni..amik masa dulu la..sbb awk br publish..hoho

faraherda.razalan said...

hati mst kuat!

Urology Surgery in India said...

Thanks for sharing post – much appreciated and now following you! Looking forward to your Post....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...