Nak Souvenier best?

iPad 2!!!! Dah sampai ke?


Bagaimanapun, antara tablet yang menjadi sebutan dan perhatian penggemar peranti berprestasi tinggi di seluruh dunia adalah Apple iPad 2, Motorola Xoom, Blackberry Playbook, HTC Flyer, Samsung Galaxy Tab 10.1 serta HP Palm Touchpad

Apple iPad 2

Kesungguhan Ketua Eksekutif Apple Inc., Steve Jobs, 56, yang sedang bercuti sakit jelas terpancar pada wajahnya apabila sanggup membuat penampilan istimewa di Teater Seni Pusat Yerba Buena, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini untuk menghadiahkan pengikutnya dengan generasi kedua iPad.

Ciri iPad 2 menampilkan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan berbanding telefon pintar iPhone 4. Ia turut dilengkapi kamera hadapan dan belakang bagi membolehkan pengguna berbual menerusi video bersama keluarga serta rakan dengan lebih mudah.

Dalam pada itu, prestasi iPad 2 juga lebih pantas berbanding iPad generasi pertama kerana dilengkapi cip A5. Lebih menarik, peranti terbaru itu memaparkan kualiti grafik yang jauh lebih hebat.

Ia turut menawarkan iMovie membolehkan pengguna menyunting video dengan pantas dan berkesan. Aplikasi lain yang terdapat pada iPad 2 termasuk GarageBand dan Hot Spot yang membolehkan gajet itu mengakses Internet menerusi talian tanpa wayar ke iPhone melalui hubungan telekomunikasi.

Jobs menambah, iPad 2 dijual dalam lingkungan harga AS$499 (RM1,547) sehingga AS$829 (RM2,570) sama seperti keluaran versi pertama.

~Bila la nak tangkap satu ni kan.. iPad pun belum penah nengok lagi.. ada hati nak usung yang no 2. Tapi kalau dapat free dari denaihati atau Mysuperkid.. bestla. Dah sampai negara kita ke?

sumber:infiniti kosmo

6 comments:

shah said...

bile nak sampai sini ni
tak sabar nak pakai dah ni

Mommy Fara said...

hehehehe...


dah lame ngidam mac book pro....tamak!

zaty luvlianncezzz said...

aduyai....dpt dlm mimpi je la huhu

Ok come visit my blog
Yg menariknya~~~
zaty luvlianncezz dh da fb!!

zahidah dihaz said...

nasib baik saya bukan penggemar gaget macam tu...kalau tak susah jugak..hehehehe

New Entry: Pemandu Wanita: Berhemah VS Berbahaya

cik nurussalwa said...

techno ni, x terkejar.. ade je baru..

amirah said...

tgh berkira2 nk beli..tp terfikir2 betul ke berbaloi nk beli sbb bukan suka sgt gajet2 ni.bukan kuar ujung thn ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...