Nak Souvenier best?

Kes Sayuran dan Susu Dicemari Radiasi :

~Semoga krisis ini dapat ditangani .Kasihan pula jika bekalan air itu tercemar sebab air ni penting kan. Kalau takde elektrik oke lagi.. tapi kalau takde air.. mak aii.. tak sanggup le..

Dalam satu kenyataannya semalam, WHO memberitahu bahawa debu radioaktif yang kini tersebar di udara telah menyebabkan makanan dan bekalan air bersih tercemar.

"Tidak dapat dinafikan, pencemaran ini adalah serius," kata jurucakap WHO di Manila, Peter Cordingley dalam wawancara telefon dengan agensi berita Reuters.

"Ia jauh lebih serius berbanding jangkaan awal bahawa pencemaran ini cuma terhad dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari loji tersebut. Beberapa bahan makanan tercemar telah ditemui di luar zon kontaminasi," tambahnya.

Susulan perkembangan tersebut, Kementerian Luar Jepun menggesa orang ramai yang tinggal dekat dengan loji berkenaan supaya tidak meminum air paip selepas ia dikesan mengandungi bahan iodin radioaktif.

Setakat ini, beberapa kes sayuran dan susu dicemari radiasi mencetuskan kebimbangan di Jepun dan negara-negara serantau walaupun Tokyo berulang kali memberi jaminan bahawa tahap pencemaran itu tidak merbahaya.

Sebagai langkah pencegahan, kerajaan Jepun melarang penjualan susu mentah dari negeri Fukushima dan bayam di sebuah kawasan berdekatan. Mengulangi jaminan kerajaan Jepun sebelum ini, Cordingley berkata, tiada bukti bahawa makanan tercemar yang dikeluarkan di Fukushima sampai ke negara-negara lain.



2 comments:

Biela Sapine said...

Kalau makanan & air tercemar bahaya jugak tu

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bahaya nye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...