Maklumat nikotin
Dalam laman web itu, orang ramai boleh mendapat maklumat mengenai nikotin yang bukan sahaja menjadi penyebab seseorang menjadi ketagih kepada rokok tetapi juga menjadi punca pelbagai jenis penyakit yang boleh meragut nyawa. Fakta itu turut disokong oleh Presiden Jawatankuasa Bertindak mengenai Merokok dan Kesihatan (ASH), Datuk Dr. Khoo Kah Lin.
Katanya, setiap kali nikotin diambil, ia akan memberi perasaan yang menyeronokkan kepada badan secara psikologi dan fizikal.
“Ia menyebabkan perokok yang mahu menghentikan ketagihan mula mendapat simptom-simptom seperti pening kepala, kekeliruan dan ketidakselesaan.
“Jadi, perokok tegar akan kembali kepada ketagihan nikotin ditambah dengan kurang sumber sokongan dan pengaruh rakan sebaya,” katanya.
Selain itu, menurut Penasihat Perubatan Pfizer, Dr. Kamalanathan, Champs Circle turut memberi pelbagai maklumat dan trivia mengenai bahaya ketagihan rokok.
Antara maklumat yang menarik yang boleh didapati daripada laman web tersebut adalah jika setitik nikotin tulen dititis kepada seekor arnab, ia akan menyebabkan kematian mengejut haiwan itu.
