Nak Souvenier best?

Showing posts with label smoking. Show all posts
Showing posts with label smoking. Show all posts

Menyebabkan kematian mengejut haiwan itu..

Maklumat nikotin

Dalam laman web itu, orang ramai boleh mendapat maklumat mengenai nikotin yang bukan sahaja menjadi penyebab seseorang menjadi ketagih kepada rokok tetapi juga menjadi punca pelbagai jenis penyakit yang boleh meragut nyawa. Fakta itu turut disokong oleh Presiden Jawatankuasa Bertindak mengenai Merokok dan Kesihatan (ASH), Datuk Dr. Khoo Kah Lin.

Katanya, setiap kali nikotin diambil, ia akan memberi perasaan yang menyeronokkan kepada badan secara psikologi dan fizikal.

“Ia menyebabkan perokok yang mahu menghentikan ketagihan mula mendapat simptom-simptom seperti pening kepala, kekeliruan dan ketidakselesaan.

“Jadi, perokok tegar akan kembali kepada ketagihan nikotin ditambah dengan kurang sumber sokongan dan pengaruh rakan sebaya,” katanya.

Selain itu, menurut Penasihat Perubatan Pfizer, Dr. Kamalanathan, Champs Circle turut memberi pelbagai maklumat dan trivia mengenai bahaya ketagihan rokok.

Antara maklumat yang menarik yang boleh didapati daripada laman web tersebut adalah jika setitik nikotin tulen dititis kepada seekor arnab, ia akan menyebabkan kematian mengejut haiwan itu.

khas untuk perokok- kaitannya dengan buah?

~ini khas untuk perokok2 yang memang xboleh nak berhenti merokok.. silalah hayati artikel ni..

Perokok digalakkan makan buah-buahan elak kanser

WASHINGTON 31 Ogos - Pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko penyakit kanser paru-paru di kalangan perokok, menurut satu kajian yang disiarkan semalam.

"Walaupun berhenti merokok merupakan satu tindakan paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru, pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko tersebut.

"Ia bergantung kepada jumlah pengambilan, terutamanya di kalangan perokok," kata H. Bas Bueno-de-Mesquita dari Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Kebangsaan yang berpangkalan di Belanda.

Kajian yang disiarkan di jurnal Persatuan Amerika untuk Penyelidikan Kanser, 'Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention' itu, dibuat berdasarkan satu penyelidikan melibatkan lebih 450,000 individu di Eropah termasuk 1,600 yang dikesan menghidap kanser paru-paru.

Menurut penyelidik, kepelbagaian buah-buahan dan sayur-sayuran dilihat lebih penting berbanding kuantiti pengambilannya.

Dalam kajian tersebut, penyelidik mengkaji 14 jenis buah dan 26 jenis sayur yang biasa dimakan termasuk yang segar, di dalam tin atau dikeringkan.

"Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi sebatian bio-aktif berbeza, jadi kita boleh mengandaikan bahawa adalah penting untuk kita mengambilnya bukan sahaja dalam kuantiti yang disyorkan, tetapi juga mengambil pelbagai jenis makanan yang kaya dengan sumber bio-aktif ini," kata Bueno-de-Mesquita.

Kajian tersebut menyatakan, risiko pembentukan sel kanser 'squamous carcinoma' juga sebahagian besarnya terbantut apabila seseorang individu memakan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ketika penyelidikan-penyelidikan terdahulu mengaitkan kuantiti pengambilan buah dan sayur terhadap perkembangan kanser, ahli lembaga penyunting 'Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention', Stephen Hecht berkata, kajian terbaru itu merupakan yang pertama menilai kepelbagaian pengambilan buah dan sayur berbanding kuantiti yang pernah dibincangkan sebelum ini.

"Keputusannya sangat menarik dan menunjukkan satu kesan perlindungan kepada perokok. Terdapat berbilion perokok di luar sana yang kebanyakannya ketagih terhadap nikotin selain tidak boleh berhenti merokok walaupun mereka mencuba sedaya upaya," katanya. - AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...