Nak Souvenier best?

Showing posts with label cita-cita polis. Show all posts
Showing posts with label cita-cita polis. Show all posts

Citacita nak jadi pelukis..

Dulu la ada gak cita-cita nak jadi pelukis..
cita-cita je ada..
bakat takda..
camno?



ERTI sebenar kebebasan yang diterjemah Effendi melalui siri Togok adalah berdasarkan metafora kiasan atau sindiran.

Polis sekarang makin cekap!

Polis sekarang makin cekap!


 Semenjak dua menjak ni ketangkasan pihak polis PDRM memang tak dapat nak disangkal lagi. Asal ada je kejadian jenayah yang mendapat liputan tu, pasti dua tiga haro lepas tu ada la berita yang penjenayah penjenayah ni berjaya ditangkap. Memang tabik spring la kat diorang..

Terbaru tentang penjenayah yang tembak polis tu kan.. Akhirnya tewas juga penjenayah tu ditembak polis pula. Rasanya kejadian tembak menembak ni ala-ala macam dalam filem dah.. Hari-hari ada je berita orang kena tembak.. Tak rasa macam hidup kat Malaysia lak..

GAMBAR POLIS BUAT KAWALAN BERSIH 2.0.

Polis mengadakan sekatan jalan raya di lebuh raya Damansara-Puchong berhampiran Plaza Tol Sunway di Petaling Jaya pada Rabu. Sekatan jalan raya dilakukan menjelang perhimpunan Bersih, Sabtu ini. Foto AZHAR MAHFOF/The Sta

Kejap Lagi Nak Solat Jumaat. Jom Cegah Jenayah Sebelum Solat Jumaat.

SUNGAI PETANI - Polis Kedah mengambil inisiatif baru dengan mengadakan sesi penerangan memerangi jenayah sebelum solat Jumaat di masjid-masjid terpilih di seluruh negeri pada setiap minggu.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, antara topik yang diberi penekanan semasa sesi penerangan berkenaan adalah yang berkenaan masalah sosial, jenayah komersial serta pentingnya mewujudkan persekitaran selamat dan aman.
"Pegawai kita juga akan menjelaskan kepada jemaah tentang taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah memperdayakan mangsa, contohnya, penipuan menggunakan Facebook,” katanya kepada pemberita selepas menutup perkhemahan dan sambutan Hari Kor Kadet Polis peringkat negeri di Markas Latihan Luar Pasukan Gerakan Am (PGA), Tupah, Merbok, dekat sini hari ini.. - Bernama
~Jenayah yang paling popular saat Solat Jumaat adalah.. ce teka..
Nah, jawapannya = sindiket Curi Selipar: Setuju tak?

Kehilangan MyKad Tak Perlu Lapor Polis.

Yang dicari tentang mykad - tidak perlu buat laporan kdn.


Terdahulu memang ada kongsi tentang berita ini. Ada antara kawan-kawan yang belum mengetahuinya ke?.. Sebab tu cari kat blog ALL IN ONE ni ye?.. Sebenarnya dah konfem tak payah lapor polis.


Betul tu, polis ada banyak lagi kerja nak buat ye?. Kalau sekali hilang.. Sekali report.. berjuta kali hilang?.. Mau pengsan... Dahla sekarang ni kadar jenayah dah meningkat. Dan semakin bertambah dari sehari ke hari. Tugas polis yang utama: menjaga keselamatan dan keamanan negara supaya terus makmur..(wah, patriot gitu..)

Hilang Passport? Hilang MyKad? Tak Perlu Lapor Polis?

~Sekarang ni hanya perlu buat permohonan baru je kalau hilang passport atau MyKad. Kalau dah lama dibuat macam ni kanke senang..

PUCHONG - Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.

"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.

"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam.=Kosmo


Ismail dilantik Ketua Polis Negara

~diharapkan agar kadar jenayah di negara ini akan dapat dikurangkan. antara cita2 yang popular masa budak budak dulu selain cikgu dan bomba.


Ismail Omar


PUTRAJAYA 1 Sept. – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, 57, hari ini dicadangkan dilantik sebagai Ketua Polis Negara baru menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang akan tamat kontrak pada 12 September ini.

Mengumumkan demikian di sini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Hussin Ismail, 57, pula dicadangkan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Musa yang telah berkhidmat selama 41 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

‘‘Jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara merupakan jawatan khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan dengan cadangan lantikan ke jawatan ini tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

‘‘Pelantikan (secara rasmi) akan diumumkan oleh Perdana Menteri,” kata beliau pada sidang akhbar di Kementerian Dalam Negeri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...