Nak Souvenier best?

Showing posts with label ketua polis negara. Show all posts
Showing posts with label ketua polis negara. Show all posts

Polis sekarang makin cekap!

Polis sekarang makin cekap!


 Semenjak dua menjak ni ketangkasan pihak polis PDRM memang tak dapat nak disangkal lagi. Asal ada je kejadian jenayah yang mendapat liputan tu, pasti dua tiga haro lepas tu ada la berita yang penjenayah penjenayah ni berjaya ditangkap. Memang tabik spring la kat diorang..

Terbaru tentang penjenayah yang tembak polis tu kan.. Akhirnya tewas juga penjenayah tu ditembak polis pula. Rasanya kejadian tembak menembak ni ala-ala macam dalam filem dah.. Hari-hari ada je berita orang kena tembak.. Tak rasa macam hidup kat Malaysia lak..

Jalan ditutup sempena DSAI #901.

Jalan ditutup sempena DSAI #901.

Beberapa jalan yang akan ditutup termasuk:
Jalan Duta, Jalan Kuching , Jalan Segambut.... dan yang lain- lain boleh baca kat entry INI:

Semoga maklumat yang dikongsi sempena PENUTUPAN JALAN 901 ini dapat bagi manfaat.
Bolehla kita merancang perjalanan supaya tak terperangkap dalam kesesakan lalulintas.
Dan juga tidak terlewat ke tempat bertugas.
 Masa itu kan EMAS.

Kalau lewat camne nak buat?..

VIEW PHOTO HERE.

Kes penutupan jalan ni bukan perkara biasa kan.
Kalau contoh macam perkara di atas.. mungkin boleh diterima. Tapi, kalau tutup jalan waktu siang hari sebab nak buat maintenance jalan tu, agaknya pemandu pemandu dan pengguna ni naik angin tak?.. kot ye nak baiki jalan, sila la buat kerja waktu malam.. Tidakle menyesakkan jalan yang sedia sesak. Lagipun malam hari sejuk.. kurangle kepenatan nya kan.. hmm..

Betul?

VIEW PHOTO HERE.


wani johari said...
huhu..patut ler jammed dr bulatan loke yew cheras lg pg td...lupa psl prhimpunan ni...sib baik naik moto...
- UNTUNGLE NAIK MOTO KAN?

Kehilangan MyKad Tak Perlu Lapor Polis.

Yang dicari tentang mykad - tidak perlu buat laporan kdn.


Terdahulu memang ada kongsi tentang berita ini. Ada antara kawan-kawan yang belum mengetahuinya ke?.. Sebab tu cari kat blog ALL IN ONE ni ye?.. Sebenarnya dah konfem tak payah lapor polis.


Betul tu, polis ada banyak lagi kerja nak buat ye?. Kalau sekali hilang.. Sekali report.. berjuta kali hilang?.. Mau pengsan... Dahla sekarang ni kadar jenayah dah meningkat. Dan semakin bertambah dari sehari ke hari. Tugas polis yang utama: menjaga keselamatan dan keamanan negara supaya terus makmur..(wah, patriot gitu..)

Selamat Hari Polis./ Pengalaman.

Rata-rata ramai yang buat entry tentang hari polis. Nak la juga mengucapkan Selamat Hari Polis kepada semua pekerja kepolisian di 1MALAYSIA ni. Ada antara kawan-kawan blog ni yang ada kaitan dengan Polis?.. (Bangga lah kerana menjadi sebahagian benteng keamanan negara- fuhh patriotik abis.)

Pengalaman dengan Polis?..
  • Pernah termasuk dalam senarai cita-cita masa sekolah.
  • Kagum dengan Polis wanita sebab sangat smart tengok cara pemakaian seragam terutama bila ada yang bertudung.
  • Kalau drama-drama kat TV tu, mesti la tonton olahan dari DYH.. Dia kan pelopor.. (Miss nak tengok rancangan Astana yang siarkan tentang rumah besar beliau tu..)
  • Bila nampak kelibat polis, mesti rasa berdebar walaupun tak buat salah.. (kenapa ye.. adakah sebab dari kecil lagi ditanam sifat supaya takutkan polis)
  • Pernah dahulu kala (masa berfikiran sempit)- melabel anak2 polis ni.. tak masuk geng dengan mereka..(sebab bapak diorang polis kot..takut).. Sekarang.. belasah aja.
  • Dah la. banyak tu.. Apa kata kawan-kawan pula.

Selamat Bertugas kepada semua Polis.
Selamat Hari Polis.

Ismail dilantik Ketua Polis Negara

~diharapkan agar kadar jenayah di negara ini akan dapat dikurangkan. antara cita2 yang popular masa budak budak dulu selain cikgu dan bomba.


Ismail Omar


PUTRAJAYA 1 Sept. – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, 57, hari ini dicadangkan dilantik sebagai Ketua Polis Negara baru menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang akan tamat kontrak pada 12 September ini.

Mengumumkan demikian di sini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Hussin Ismail, 57, pula dicadangkan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Musa yang telah berkhidmat selama 41 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

‘‘Jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara merupakan jawatan khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan dengan cadangan lantikan ke jawatan ini tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

‘‘Pelantikan (secara rasmi) akan diumumkan oleh Perdana Menteri,” kata beliau pada sidang akhbar di Kementerian Dalam Negeri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...