Nak Souvenier best?

Nak jadi kaya, nak jadi jutawan, banyak cara dia...

Nak jadi kaya, nak jadi jutawan, banyak cara dia, walaupun kita makan gaji. Yang paling senang, kahwin dengan jutawan :D Tapi nak senang ni, pendekata bukan senang oiii. Namun tak mustahil untuk sesiapa saja nak jadi senang dan hidup mewah, asalkan sanggup belajar, sanggup usaha, sanggup berangan dan merancang. Sambil2 tulis blog pun duit masuk, OK.
Yang penting sekali, ingat tentang keberkatan. Baik makan gaji ke, bisnes ke, bila tak ada keberkatan, semuanya rasa sempit. Gaji banyak pun asyik tak cukup. Bisnes besar pun asyik susah. Hidup atas kemampuan lah. Kalau mampu pakai kancil, tak payahlah beli Mercedez. Plan nak beli Mercedez tu boleh, tapi janganlah sampai anakbini makan nasi dengan garam hari-hari. Nak bersyukur tu lebih susah dari bersabar. Cuba bersyukur dengan apa yang kita ada dan bersabar dengan apa yang kita takde tapi kita naaak sangat. Sabarlah… buat planning betul-betul, timbangkan semua faktor. Kalau kita betul-betul nak, insya-Allah tak ada apa yang boleh halang. Selami maksud ayat 1000 Dinar. “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka baginya jalan keluar…”
Ada duit lebih sikit, kasiklah kepada yang memerlukan… keluarkan zakat… transaksi dengan Allah lebih mudah untuk besarkan lubuk rezeki, insya-Allah.
comment:
Den termuhasabah dengan entrimu ini. tQ.
Sifu Ainon saya cakap, kalau rasa tengah ‘sempit’, cuba hulur sedeqah pada orang. Sifu Prof Kamil pula cakap, kalau rasa tengah tak berduit, cuba hulurkan sikit pada mak ayah kita. Insya-Allah lepas tu rezeki datang mencurah. Saya pernah cuba, ternyata berkesan. 
Fir @ YaQuut´
~shared dari mysuperkid.net

6 comments:

aNaYaNa said...

hehe..ilmu yang baik..:)
betul sekali kalao kita nak kita kena memberi..yang penting ikhlas..

Kakzakie said...

Sesungguhnya apa yg kita perolehi ada sebahagiannya ada hak org lain. Doa mereka yg menerima walau tidak terluah tapi Allah maha mendengar....

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

banyak memberi...
insyaAllah...
murah rezeki kite...

Miecyber said...

Saya selalu mengukur baju di bodi sendiri..


Atap genting dari tiub ubat gigi

akid azami said...

betul.. bersyukur lagi susah dari bersabar.. Hm kena renung2kan ni..

Minat Niaga said...

Memang best kalau kaya...
Tapi kebanyakan orang kaya, hatinya tak senang dan tenteram..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...