Nak Souvenier best?

“Harga barang naik, tapi gaji masih minimum”

KUALA LUMPUR - Polis menahan 18 individu dalam perhimpunan sempena Hari Pekerja bagi membantah kenaikan harga barang dan menuntut Akta Gaji Minimum dilaksanakan, di sekitar Maju Junction dan Jalan Chow Kit di sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Ibrahim berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
"Mereka ditahan untuk sementara waktu bagi merekodkan keterangan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Perhimpunan bermula pukul 10.30 pagi disertai hampir 500 pekerja swasta daripada 75 syarikat pelbagai perkhidmatan.
Rata-rata mereka hadir dengan memakai baju berwarna merah dan membawa sepanduk serta kain rentang tertera “kami mahu hak kami”, “gaji minimum”, “harga barang naik, tapi gaji masih minimum” dan sebagainya.
Suasana pada mulanya terkawal apabila mereka berjalan dari Jalan Chow Kit ke Maju Junction menjadi kecoh apabila mereka yang berhimpun tidak berpuas hati dengan penahanan beberapa rakan mereka, dipercayai ingkar arahan polis supaya bersurai.
Mereka kemudian duduk di pekarangan Menara Tabung Haji sambil membaca protes dan ada yang menyanyikan lagu menuntut hak pekerja.
Selepas selesai melaungkan hak mereka, seorang lelaki dilihat menyampaikan kertas “deklarasi satu Mei 2011” kepada Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam, yang berada di lokasi perhimpunan.
Nagayam ketika ditemui berkata tuntutan itu akan dibawa ke pihak berkaitan.
Kesemua yang berhimpun bersurai kira-kira pukul 12 tengah hari. - Bernama
~Pada pandangan kawan-kawan, berapakah gaji minimum yang patut diberikan ye?

4 comments:

Miecyber said...

Rakyat tertekan...

Kapalterbang bateri

ira-yoshida said...

sy tak tau la minimum patut bp sbb sy blom keja n blom pnha tanggung kluarga..

tp bayangkan lah ea.. kam adik bradik 2 org je pun, tapi gaji ayh rm2++ pun tak ckup tau..

blanja brg mknn je dah rm1+++, keta lg, uma lg..

nur said...

miecyber.. ye betul tu.
ira.. bila tengok zaman sekarang ni mcam2 la yang guna duit. hampir semua benda.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

rakyat mangsa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...