Nak Souvenier best?

Rozita Che Wan.

~Saja nak tahu pasal RCW ni..

Rozita Abu Bakar @ Che Wan, dilahirkan pada 9 Mac 1974 dan berasal dari Alor Setar,Kedah. Anak kedua daripada tujuh beradik ini menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari pada 1992 dan bertugas kira-kira tiga tahun. Selepas meninggalkan MAS, dia menyertai kegiatan modeling selama enam bulan.
Tidak lama kemudian, dia bertemu jodoh dengan juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply, 36, apabila disatukan secara sah pada 26 Ogos 1995. Namun, jodoh mereka tidak berkekalan apabila bercerai secara sah pada 8 Mei 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata - Ammar Effendy, 12, dan Aniq Ezzra, 10.
Rozita bergerak aktif sebagai pelakon drama mulai 2005 bersama adiknya, Ayu Raudhah. Namun sebelum itu dia pernah bertugas di sebuah firma arkitek selama setahun. Drama pertama lakonannya ialah Cinta Terhalang. Sehingga kini, Rozita sudah membintangi lebih 50 judul drama TV. Bagi 2007, dia sudah menjayakan kira-kira 19 drama. Antara drama lakonan beliau ialah Manjalara, Sesuci Cinta Sofia, Jelatang, Susuk 2. Selain itu, belaiau juga terlibat dalam bidang pengiklanan seperti iklan Petronas, iklan 999, iklan Rorine dan sebagainya.

-wiki

4 comments:

Shaiful Zaidi said...

Rozita orang Tokai...dekat jer dgn kg saya.

Peri PiA said...

rcw ni ctk sgt

toyolkiut said...

emm..
seorang yg punya paras jelita..
wiwittt..

Izyan Masri said...

WAAH.PEMINAT ROZITA KE NI :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...