Nak Souvenier best?

Tanah Runtuh Hulu Langat. / Rumah Anak Yatim. [update]

Masih terkejut dengan berita TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM DI HULU LANGAT itu. Syahdu melihat kawasan bencana tatkala disiarkan dalam buletin utama tadi. Tidak dapat membayangkan bagaimana situasi anak-anak yatim itu bilamana kejadian tanah runtuh tu berlaku.

Tiada hujan lebat pun masa kejadian tu berlaku kan. HUJAN LEBAT yang melanda tu adalah pada hari sebelumnya. Itu yang menyebabkan berlakunya PERGERAKAN TANAH yang seterusnya menghasilkan TANAH RUNTUH yang tidak diingini ni. Mangsa yang terbunuh adalah seramai 5 ORANG. Salah seorang adalah murid TAHUN DUA. Sebak bila membayangkan seorang anak sekecil 8 tahun terlibat dalam kejadian TANAH RUNTUH ni.
~Terkini: 2 lagi mangsa berjaya dikeluarkan. Yang masih terperangkap diberi bantuan Oksigen,

Kejadian berlaku jam 2.20 petang di RUMAH ANAK YATIM AT TAQWA HULU LANGAT. Saksi sekitar pun menggambarkan keadaan yang menyedihkan pada ketika itu... Dari laporan berita pun keadaan amat menyentuh jiwa..

Diharapkan mereka semua dijumpai walau dalam apa keadaan sekalipun. Sama panjatkan doa buat mereka semua...

-Dalam Buletin utama tadi pun ada dinyatakan ciri-ciri yang boleh menjadi petanda akan berlakunya TANAH RUNTUH di sesuatu kawasan. Jika terdapat tanda tanda tersebut, haruslah segera dimaklumkan pada pihak berkenaan. Apakah ciri ciri itu?
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/05/tanah-runtuh-rumah-anak-yatim.html

6 comments:

Rozuan Ismail said...

sedih tgk dugaan yang diorang hadapi =(

Kakzakie said...

Masya-Allah. Ujian Allah sedikit demi sedikit diberi agar ada kesedaran dan mengajak yg alpa kembali ke panggal jalan.

Mungkin musibah Allah turunkan sebagai kaffarah. Sedihnya melihat situasinya kan....

Lagenda Teragung said...

terkejut jugak dgn brita ini..takziah

bantalbucuk said...

takziah kepada ahli saudara terdekat keluarga mangsa..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

subhanallah...
dugaan2...

Siti Lyana said...

alfatihah untuk adik² ini...
takziah kepada keluarga mangsa. tribute untuk mereka
Wajah-wajah suci itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...