Nak Souvenier best?

Apabila kita cuba berlawak dengan pelawak.. Maharaja Lawak ke..

~Dari SH- kolumnis.
Takde kaitan Dengan MAHARAJA LAWAK oke..


Sama juga situasinya apabila kita cuba berlawak dengan pelawak yang menghiburkan kita dalam siri televisyen apabila terserempak dengannya di pusat membeli-belah. Mana mungkin mereka melayani kita sebagai pelawak kerana mereka melawak ketika bekerja. Habis kerja, mereka manusia normal seperti kita. Sebagai manusia biasa di dunia realiti, mereka juga perlu serius di dalam menjalani kehidupan.

Terkeliru di antara dunia realiti dan fantasi inilah yang membuatkan kita menerap acuan minda terhadap seseorang penghibur itu. Kita telah membina dan meletakkan satu standard apakah dia seseorang penghibur yang bagus, apakah dia penghibur yang tidak bagus. Malangnya piawaian yang kita terapkan ke atas mereka adalah piawaian mereka sebagai manusia, bukannya piawaian sebagai penghibur.
Kerana itulah kita bukan setakat marah dengan kelakuan mereka yang bertentangan dengan nilai kita, tetapi sehingga ke peringkat mencaci, menghina malah berkempen untuk membenci seseorang penghibur itu. Malah, kita meneropong kehidupan peribadi mereka untuk mengetahui apa yang mereka lakukan. Siapa kita untuk menilai kehidupan peribadi mereka? Kalaulah kita menjadi mereka dan kehidupan kita sentiasa diteropong, kita juga punyai aib seperti mereka kerana kita manusia biasa. Sekarang, kita berasa selamat kerana orang lain tidak tahu aib kita kerana kita tidak glamor berbanding penghibur-penghibur tersebut. Entah-entah aib kita lebih buruk.

Mengapa kita suka membaca, melihat dan menyebarkan keaiban penghibur? Saya percaya ia menjadi satu kegemaran kerana lambakan cerita dari sumber, gosip dan juga fitnah yang ditatap di media cetak, elektronik dan alam siber. Akibat banyaknya cerita-cerita sebegitu, ia melarat menjadi satu tabiat menjaga tepi kain orang yang sia-sia, malah memberi ruang untuk mengumpul dosa.

8 comments:

Abu Zafran said...

hari guru esok ..jom smpaikan dedikasi kepada guru2 anda
klik
Segmen " Selamat Hari Guru Cikgu."

GR said...

itulah yang akan terjadi, kalau terlalu obses dengan artis.

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Apekah nie yang TERABEKKK untuk cintabungablogspot?? Tolong bg pendapat & kate² semangat pleaseeeee :(

toyolkiut said...

penghibur itu kerjaya, di luar mereka jg manusia biasa.. x larat gak nk senyum sengih melawak sepanjang masa..

PADLE said...

aku pernah jumpe saiful apek kat curve..muke die masam semacam je..aku nak tegur pon takot..tapi kat tv,bukan main ceria...myb itu memg perwatakan die kot...

Lizan said...

dorang pun manusia biasa.. jd artis tu sumber rezeki dorg.. kt luar dorang pun biasa jer cam kita

Cikli said...

adakah sesetengah orang agama yang makan gaji pon macam tu juga? warak hanya 9 to 5 ?

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kumpul dosa tanpa rase bersalah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...