Nak Souvenier best?

Pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.

Nak berkongsi kisah ni. Ada dalam email. Jom baca sama-sama. Kesimpulan.. asing-masing simpulkan sendiri lah ye..


1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana
isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan
bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika dinisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

12 comments:

YAYA AZURA said...

tak sabar nk tengok org lain komen..sbb.. yaya no komen..hihi..^__^

akmall said...

betul la tu... mesti Salleh tu orang yang berjimat..lagipun memang cukup duitnya tu...eH?..ni teka teki ke?

Mama Kembar 3 said...

Orang kata kalau duit pendapatan yang ada berkat, InsyaAllah akan sentiasa cukup. And dia sentiasa bagi duit kat mak bapak, memuliakan parents tak kisah parents in law atau parents sendiri, insyaAllah ada ganjarannya tu. And mungkin salleh pun jenis yg pandai berjimat and tak membazir tak tentu arah.

Akeyla Frr . said...

BETUL LH KOTT APA YG MAMA CAKAP ;D

Peri PiA said...

setuju sgt dgn kembar mama 3 :)

Nobita Sensei said...

pakai peti sejuk tapi boleh kurang rm20? macam tak pecaya je. saya duduk umah sewa sorang-sorang. tv takde, peti ais takde, mesin basuh pun takde. bukak lampu & laptop time pagi dan malam je. sebulan elektrik rm15.

bantalbucuk said...

wow..menarik...betula bak kata org kalau rezeki tu halal..kita jujur..pandai berjimat..suka bersedekah..duit tu sentiasa cukup walaupon sikit..

teringat pula kisah nabi bahagi2kan makanan untuk ramai org walaupon makanan tu sikit je tapi tetap cukup..

nunui Joe said...

Alhamdulillah urusan dia d permudahkan walaupun keadaan dia bgitu.. Org kaya tidak semestinya bahagia. Mungkin mereka yang kaya tertekan dengan bil-bil yg melambung tinggi. En Salleh rilek saja. :D

Eyrique Ettiqazz said...

my father gaji only rm 200 lebih,sara anak yg ramai n 1 org ister,but we still can survive with that money..petuanya,lepas my father berusaha,dia tawakkal dan berserah kpd allah.

hoyahadis said...

menarik..teringin jugak nak jadi penjimat macam en.salleh..mungkin ec.salleh ni seorang yg penjimat dan sentiasa bersyukur dengan apa yg ada..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

jika pandai manage...

Zulfikar Hazri said...

encik Salleh main kuttttuuuuU!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...