Nak Souvenier best?

Showing posts with label tip kewangan. Show all posts
Showing posts with label tip kewangan. Show all posts

TIPS BERJIMAT CERMAT.

TIPS BERJIMAT CERMAT.
PERKONGSIAN DARI. jimatcermat

Mengikut penganalisa ekonomi cara berjimat cermat mungkin dengan:

1. Mengurangkan membeli pakaian mahal atau berjenama (kadang-kadang saya teringin juga sekali-sekala bila dapat rezeki terpijak ok kot)
2. Mengurangkan makan di luar dan memasak ( saya sedang melakukannya)
3. Mengurangkan membawa anak-anak ke pusat beli-belah kerana di sinilah biasanya pembaziran berlaku.
4. Beli barang keperluan dulu melebihi keinginan (rumah..kereta??? pakai kereta kecil pun ok..jimat bayor bulan. Tapi kalau mampu apa salahnya)
5. Kurangkan penggunaan kad kredit (dah tutup kredit kad) kerana menggalakkan berhutang. Beli cash (ohh kalau mampu kalau tak hutang mana nak dapat barang der....)



APA PULA TIPS DARI KAWAN KAWAN UNTUK BERJIMAT CERMAT?..
OH YE.
LAGI SATU BERKENAAN PENGGUNAA PREPAID ATAU PASCA BAYAR.
YANG MANA LAGI JIMAT SEBENARNYA..
KATA ORANG PREPAID LAGI JIMAT..
TAPI KALAU BANYAK CALL PULAK BETTER GUNA PASCA BAYAR..


LAGI JIMAT KALAU TAKDE TELEFON LANGSUNG..
OKE KE GITU?..

Pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.

Nak berkongsi kisah ni. Ada dalam email. Jom baca sama-sama. Kesimpulan.. asing-masing simpulkan sendiri lah ye..


1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana
isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan
bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika dinisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

TAK PERNAH BERHUTANG?

~Maaf ini kopian yang paling panjang. Untuk simpanan peribadi sambil kongsi.. Kalau nak baca sama silakan..

tq mstar..


PINJAMAN Peribadi dan Kad Kredit begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat hari ini.
Amalan mengambil pinjaman peribadi atau menggunakan kad kredit ini sebenarnya tidak lebih daripada berhutang yang bunyinya mungkin tidak sedap didengar.
Tidak bijak menguruskan kewangan dengan meminjam dan menggunakan kad kredit yang melebihi kemampuan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi muflis.
Rencana tiga bahagian ini meninjau sikap suka berhutang di kalangan masyarakat negara ini khususnya orang Melayu. Bahagian satu daripada tiga bahagian ini merungkai sikap suka berhutang orang Melayu.
"MASALAH KEWANGAN!!" Pembiayaan sehingga RM50,000. Blacklist layak memohon, bayaran yang fleksibel, faedah yang rendah, tanpa penjamin. Dapatkan wang tunai dengan serta-merta.
"PROMOSI HEBAT PINJAMAN PERIBADI mudah diluluskan dalam masa 30 min. $ Faedah yang rendah, $ Tiada caj bulanan yang terlindung! $ Tiada penjamin $ Cepat dan selamat dan pelbagai lagi kata-kata pancingan.
Ini adalah antara ungkapan kata-kata menghias risalah bertujuan untuk mengumpan pelbagai tawaran pinjaman peribadi.
Tidak cukup ditinggalkan di wiper kereta, ditampal di peti-peti surat atau di tiang-tiang tepi jalan, ada juga yang diedarkan secara terus kepada yang lalu lalang.
Sering menjadi sasaran penawar pinjaman peribadi ini ialah kakitangan kerajaan kerana alasan yang mudah, boleh potong gaji.
Dalam masa yang sama turut menjadi sasaran ialah pesara dan pekerja swasta dengan pendapatan serendah RM500 sebagai kelayakan untuk memohon!
MUDAH TAPI BEBAN
Bagi mereka yang 'sesak' dihimpit bebanan kewangan, tawaran pinjaman peribadi ini mungkin dianggap sebagai penyelamat tanpa memikirkan kemudahan kewangan yang diperoleh itu sebenarnya adalah satu beban hutang.
Begitu juga dengan kad kredit atau lazim dipanggil 'wang plastik'. Sesetengah orang menyifatkan kad kredit sebagai pemudah kehidupan moden masa kini apatah lagi jika mahu melancong atau membuat perjalanan jauh.
Faktor keselamatan, tidak bimbang wang dicuri atau hilang menjadi dorongan utama untuk penggunaan wang plastik ini.
Bagaimanapun, baik pinjaman peribadi mahupun kad kredit, hujung ceritanya tidak lain daripada menimbun hutang - jika gagal diuruskan secara bijak - daripada menjadi pemudah akan menjadi pemusnah hidup berpanjangan.
SUKA BERHUTANG
Anggapan masyarakat kita memang cenderung membuat pinjaman peribadi, dengan kata lain yang lebih telus suka sangat berhutang memang ada kebenarannya.
Antara penyebabnya mudah sangat mendapat pinjaman. Ini dapat dilihat melalui contoh risalah pinjaman peribadi yang dinyatakan awal-awal tadi sehingga yang telah di'senarai hitam' pun masih boleh memohon!
Anggapan ini senada dengan kandungan buku Pinjaman Peribadi yang dihasilkan dua penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Azrina Sobian dan Siti Fatimah Abdul Rahman.
Menurut Azrina, projek buku tersebut lahir daripada cetusan rasa bimbang mantan Pengerusi Ikim, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid melihat amalan suka berhutang dalam masyarakat negara ini khususnya di kalangan orang Melayu.
Daripada pemerhatian sehinggalah kepada tinjauan di lapangan, rata-rata amalan berhutang ini menjadi satu lumrah dan kebanyakan responden yang ditanya tidak sedikitpun berasa bersalah dengan apa yang mereka lakukan.
"Ada yang meminjam macam salin baju. Jumlah tak banyak sekitar dua ribu atau tiga ribu ringgit, habis satu, ambil lagi satu. Ada yang ambil tiap-tiap tahun setakat untuk bercuti.
"Amalan ini kalau tak dibendung akan menjadi masalah besar," Azrina memberitahu Bernama dalam satu wawancara di pejabat Ikim di sini baru-baru ini.
ALASAN BERHUTANG
Buat pinjaman peribadi setakat untuk bayar deposit beli kereta. Tiga puluh lima peratus responden projek Buku Pinjaman Peribadi Ikim ini memberi alasan demikian sebagai sebab mereka membuat pinjaman peribadi.
"Beli kereta dah hutang, nak bayar wang pendahuluan pun berhutang. Jadi dua kali hutang.
"Berhutang untuk beli kereta boleh kita anggap satu keperluan tetapi jika tak ada duit nak bayar wang pendahuluan, mengapa tidak beli kereta yang lebih kecil yang mungkin tidak memerlukan kita berhutang untuk membayar wang pendahuluan?
"Ini menunjukkan pertimbangan yang kurang bijak di kalangan masyarakat kita. Ini amat membimbangkan," tambah Azrina sambil menambah ada juga yang meminjam untuk menukar sistem bunyi kereta dan beli tayar baru.
"Kita tak faham bagaimana ada anggota masyarakat yang buat pertimbangan begini dalam menguruskan kewangan mereka," tambahnya.
Menurut Azrina, ada juga yang meminjam untuk menutup hutang lain atau untuk menyambut satu-satu perayaan. Ada juga meminjam untuk tujuan lain yang tidak dinyatakan.
Bagi penyelidik Ikim ini, alasan ini juga menunjukkan tujuan peminjaman bukanlah untuk satu keperluan yang mendesak.
"Masalahnya sekarang masyarakat kita meletakkan banyak perkara sebagai keperluan, beli televisyen baru, tukar langsir baru. Itu dikira keperluan.
"Kita perlu tegas tentang hutang. Sampai bila kita nak biarkan masyarakat kita jadi masyarakat yang berhutang. Masyarakat perlu bijak membezakan antara 'keperluan' dan 'kehendak'," tegas Azrina yang juga Fellow Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Ikim.
FIKIR BANYAK KALI
Kebanyakan yang membuat pinjaman peribadi ini hanya mencongak kemampuan mereka membuat bayaran bulanan yang mungkin tidak nampak impak besarnya.
Namun jika dikira kadar faedah, peminjam akhirnya akan membuat bayaran yang berlipat kali ganda.
Seperti kata Siti Fatimah tumpuan peminjam hanya kepada jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar balik.
"Sebanyak 30 peratus responden dalam tinjuan kami meletakkan faktor kemampuan membayar bulanan sebagai pendorong sama ada hendak ambil pinjaman peribadi atau tidak.
"Kalau mampu itulah keputusan yang mereka buat. Sepatutnya kita fikir lebih jauh. Pinjam banyak ini berapa sebenarnya kita kena bayar pada akhirnya.
"Kalau kita nampak bahawa untuk jumlah RM75 ribu kita perlu membayar balik sebanyak katalah, RM115,000, ini mungkin membuatkan kita tawar hati untuk berhutang.
"Andai kata ahli masyarakat memikirkan perkara ini, tentu ramai yang akan berfikir banyak kali sebelum mengambil pinjaman peribadi," kata Siti Fatimah yang juga Pengarah Pusat Perundingan dan Latihan Ikim (PPLI).
PINJAMAN TIDAK FORMAL
Tidak cukup meminjam daripada institusi kewangan atau koperasi. Corak berhutang ini juga menular kepada keluarga terdekat termasuk ibu bapa dan adik beradik di samping sahabat-handai.
Hasil tinjuan para penyelidik Ikim ini menunjukkan pinjaman tidak formal ini sebenarnya meluas dalam masyarakat Melayu.
Sebanyak 39 peratus daripada responden tinjauan mereka pernah mendapatkan pinjaman tidak formal. Antara sumber utama pinjaman tidak formal ini adalah ibu bapa mereka sendiri!
"Sebanyak 34 peratus meminjam daripada ibu bapa. Sepatutnya mereka bagi duit kepada ibu bapa. Sebanyak 27 peratus lagi meminjam daripada adik beradik.
"Jumlah pinjaman antara RM500 hingga RM2,000. Sebanyak 64 peratus daripada responden kami meminjam semasa kecemasan dan kekerapan meminjam satu hingga tiga kali setahun," jelas Siti Fatimah.
TIDAK ADA TABUNGAN
Jika komitmen membayar pinjaman formal sekitar 84 peratus, peratus yang lebih rendah iaitu hanya 58 peratus direkod untuk pinjaman tidak formal ini.
"Dalam Islam kalau pinjam mesti bayar walaupun dengan ibu bapa atau adik beradik kecuali orang itu menghalalkan.
"Komitmen membayar balik pinjaman tak formal yang lemah ini menunjukkan perlu ditingkatkan kesedaran dan kefahaman meminjam dari sudut pandangan Islam. Jika kita ambil remeh soal ini akhirnya antara adik beradik boleh bermasam muka, tak bertegur sapa," kata Azrina.
Beliau turut mengulas hakikatnya ramai meminjam ketika kecemasan menunjukkan mereka tidak mempunyai tabungan dan masyarakat perlu dididik supaya menabung.
"Kalau kita ada tabungan, kita ada payung, kalau hujan kita tidak perlu meminjam payung orang," katanya.
KAD KREDIT
Mengenai penggunaan kad kredit, para penyelidik Ikim ini memberitahu Bernama ia turut menjadi kandungan buku Pinjaman Peribadi yang mereka hasilkan kerana menganggap ia adalah juga bentuk hutang.
Malah pandangan mereka itu turut dipersetujui sebahagian besar responden tinjuan yang dibuat di mana sekitar 60 peratus memiliki satu hingga dua kad kredit.
"Kebanyakan responden memberitahu tujuan utama memiliki kad kredit untuk memudahkan pembayaran bil, menginap di hotel, mengisi minyak kereta.
"Memang memudahkan tetapi perlulah bayar tetapi tidak ramai yang buat pembayaran penuh. Ada yang cuma bayar jumlah minimum dan yang menyedihkan ada yang bayar ikut kemampuan. "Ada juga yang menggunakan kad kredit untuk kecemasan. Ini bahaya sebab tak ada simpanan, pinjam daripada ibu bapa dan ditambah dengan kad kredit.
"Jadi memang jelas sebahagian besar anggota masyarakat kita tidak mempunyai tabungan," jelas Siti Fatimah.
SYARAT BARU
Kedua-dua penyelidik ini turut melahirkan rasa lega dengan syarat-syarat baru yang lebih ketat seperti diumum Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.
Di bawah syarat-syarat baru ini, jumlah minimum pendapatan tahunan bagi melayakkan individu mendapatkan kad kredit dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.
Di samping itu, pemegang kad kredit yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.
"Kita harap syarat kelayakan pendapatan minimum ini akan dinaikkan lagi, mungkin kepada RM36,000 setahun. Kalau bekerja dengan kerajaan, mungkin boleh mendapat gaji sebanyak itu selepas bekerja lima tahun. Biar sudah berumur sedikit baru boleh memiliki kad kredit.
"Ini kerana kematangan menguruskan wang berkait rapat dengan umur. Mereka yang baru bekerja mungkin belum bijak mengurus wang dan jika tidak dikawal mereka boleh menjadi muflis pada usia muda kerana kad kredit," celah Siti Fatimah.
PANDANGAN ISLAM
Pandangan Islam tentang hutang jelas. Boleh berhutang tetapi untuk tujuan yang memenuhi keperluan syariat Islam dan dengan syarat-syarat tertentu.
Para penyelidik Ikim ini menegaskan mereka yang berhutang mestilah tidak melanggar syariat-syariat Islam dan wajib membayar balik hutang tersebut walaupun mereka berhutang dengan orang bukan Islam.
"Sebagai individu kita kena jelas apakah keperluan kita. Kalau tak cukup wang untuk beli makanan keluarga atau untuk belajar atau rawatan perubatan maka bolehlah berhutang tetapi perlulah dibayar balik.
"Kalau kita berhutang untuk tujuan bersuka-suka atau kerana kita ada wang lebih untuk bayar balik hutang, ini amat tidak digalakkan," Azrina memberitahu Bernama. Tata cara berhutang menurut Islam juga memerlukan butiran hutang ditulis dengan jelas dan ditandatangani di depan saksi.
Bagaimanapun, hanya sebahagian kecil responden penyelidik Ikim ini maklum pinjaman tidak formal ini perlu dicatat butiran hutang.
"Jadi saya rasa masyarakat kita bukan sahaja tidak tahu Islam tidak menggalakkan hutang tetapi tidak tahu juga tata cara berhutang dalam Islam," tambah Azrina.
KEWAJIPAN MEMBAYAR
Mereka yang berhutang juga wajib membayar balik hutang dalam tempoh yang dipersetujui tetapi jika tidak mampu mesti berbincang dengan pemberi pinjaman.
Islam juga jelas menyatakan kesan-kesan hutang bagi si peminjam. Orang yang berhutang tidak akan dapat hidup dengan tenteram.
Hutang juga membawa kesedihan dan kehinaan. Orang yang berhutang juga akan cenderung untuk berdusta dan berbohong apabila berdepan dengan situasi tidak boleh membayar hutangnya.
Azrina mengibaratkan hutang seperti mata pedang.
"Ada yang tajam dan ada yang tak tajam. Kita kena buat keputusan nak kena bahagian yang tajam atau tak tajam.
"Pengguna kena buat keputusan sama ada hendak menjadi mangsa hutang dan menerima padahnya, atau menjadi pengurus hutang yang baik.
Jika kita berhutang untuk sesuatu keperluan dan menguruskan hutang itu dengan baik, maka insya-Allah kita akan menikmati manfaatnya", kata Azrina.

    Gaji minimum.

    Berapa agaknya ye?
    Minimum pada zaman ni ?
    500 relevankah?
    Kalau zaman Atuk nenek dulu memanglah lumayan.
    Zaman kini.. Mungkin tidak sesuai lagi. Kerana nilai Wang semakin apa nak cakap ye.. Semakin tidak bernilai?

    Tapi kata orang kalau duit sikit pun Akan habis dan duit banyak pun Akan habis jua. Macamana tu?

    Jana Bisnes Online Dari Rumah.

    Bila baca tajuk je, terus rasa nak klik. Maklumla mata duitan. Betul ke kata orang mata duitan ni jenis tak pernah puas.
    Dah kaya nak kaya lagi?.. Jadi bersederhana la kan?..

    Sebenarnya, hasil dari bacaan kat berbagai jenis tempat serta pengalaman.. Duit sentiasa cukup untuk seseorang itu.
    Jadi, bagaimana pula timbulnya isu 'tak cukup duit'?. Ini adalah gara-gara diri itu sendiri yang tak pandai mnguruskan duit yang ada.

    Sebagai contoh, pernah dikongsi dalam entry sebelum ini tentang kisah kakak kepada akak nora. Seorang surirumah yang tak kerja, hanya suami yang kerja, namun cukup aja duitnya untuk sara keluarga. Maksudnya di sini.. kita nilai juga diri kita sejak mula, kalau tak mampu, tak payah gatal-gatal nak ambil. Akhirnya guna kad kredit.. Akhhirnya muflis.. Macamana?

    Biar papa asal BERGAYA! (sesuai tak?)..

    JOM DESIGN HADIAH SENDIRI.

    Teruk sangat ke hospital kerajaan Malaysia..


    Kalau gaji cukup-cukup makan, tak usahlah menabung bagai nak rak sebab nak guna servis swasta. Contoh, hospital. Katakan mengandung. Tak nak bersalin di hospital kerajaan. Takut katanya. Nak takut apa? Takut misi marah? Marahlah misi balik. Takut jadi apa-apa pada anak atau isteri? Kalau dah sampai ajal, di mana-mana pun boleh jadi. Apa? Kemudahan tak cukup? Teruk sangat ke hospital kerajaan Malaysia sampai tak cukup kemudahan? Apa lagi alasan? Tak ada prestij? Memang ngok dan bongok! Duit yang kamu menabung itu adalah lebih elok kalau simpan di dalam tabung pendidikan untuk anak

    Dipetik dan memetik dari TIP STABILKAN EKONOMI KELUARGA dari MommyFara. Idea sempoi tapi berkesan. Silalah baca dan harapan agar kita dapat sesuatu dari penulisan itu. Peringatan sebegini sesuai untuk mereka yang sering mengeluh DUIT TAK CUKUP. Tapi sebenarnya salah sendiri kerana tidak bijak dalam mengurus.. ye la.. Nafsu membeli yang meninggi dalam diri tu hanya diri sendiri yang boleh kawal kan?.. (Terkadang diri sendiri ni pun tersasar juga mengikut nafsu.. hehe..harus dielakkan pada masa hadapan.)

    Kawan-kawan yang ada tips lain boleh juga berkongsi di sini.. Jika ada yang menarik, akan dikongsi juga dalam entry-entry mendatang. Sebagai peringatan dan panduan untuk diri sendiri dan rakan taulan..

    Makan Untuk Ingatan Yang baik..

    Seraya terbaca kat satu laman kat Yahoo, memang banyak juga makanan yang dicadangkan untuk membantu ingatan yang baik.. Iaitu menguatkan memori. Kalau layari blog-blog yang berkaitan pun memang banyak juga la petua-petua tentang makanan yang boleh dijadikan panduan. Banyaakk..Itu pun belum termasuk suplemen-suplemen yang berada di pasaran.

    Antara yang dicadangkan adalah;
    • Ikan- mengikut kajian ikan kaya dengan Omega 3 dan DHA
    • Sayur berdaun hijau- kaya dengan vitamin E.
    • Avocado- pernah rasa tak buah ni?.. Macam mana ye rasanya .. sedap ke?.
    • Kuaci- ni sunflower seeds la kan?.. hmm.. berkhasiat juga rupanya..
    • Kekacang- ini termasukla pistachio kan(sedap tapi.. harga.. boleh tahan)
    • Buah berry- kat sini, strawberry la kan yang paling mudah dapat..
    • Bijirin- whole grains.. dan
    • Senaman- ni bukan makanan ni.. Tapi bersenam itu perlu juga untuk kekal sihat..Justify Full

    Pernah ada kawan yang beritahu, kalau makanan yang berkhasiat tu memang mahal-mahal harganya, tapi, lebih baik jaga badan dulu sebab bila dah jatuh sakit, berkomplikasi pula.. Mantenancenya pastila lebih tinggi... Kasihan pada badan tu nanti..

    Nasihat Buat Diri Sendiri Yang Boros?

    Money Mistake #1: My Money Is Disappearing

    No one starts the month planning to fritter away a small fortune, but that’s what can happen when minor expenses spiral out of control.- Shopping benda benda yang nampak remeh/ murah tapi banyak banyak kali juga jumlahnya kan besar juga..

    What does it take to waste $10,000 a year? Just $27.40 a day. “You can undermine some of your most important goals with purchases you’ll never remember,” says Suzanna de Baca, president of Private Capital Solutions Group, a Des Moines, IA, investment advisory firm.- Bak kata orang ' sikit sikit lama lama jadi bukit juga..Kita tak perasan, tapi itu hakikatnya la kan.

    The fix: Know thyself financially. First step: Take five minutes and read through your latest bank statement. If the transactions seem unrecognizable and you have no idea why you went to the ATM a dozen times, spend a week tracking your spending (longer, if possible).- Kena sentiasa cek la transaksi kita tu kan..

    You can use a notebook, keep receipts in an envelope, try software like Quicken, or check out an online budgeting tool, like these two money sites we tested. Whichever you choose, find a money-tracking method that lets you see your purchasing patterns with fresh eyes.- Setiap kali pegi shopping, buat catatan.. tengok jumlahnya.. wow.. kalau simpan mesti dah jutawan sekarang(tambah erisa je ni..).. Ni pun diri sendiri liat nak konstan..

    Rasa Nak Beli Rumah?.. Jom Baca..

    ~Baca kat metro ni.. petik sikit2 aja .. Semoga berguna..

    Untuk memudahkan perancangan, kita perlu membuat pengiraan dengan menolak semua perbelanjaan termasuk hutang, simpanan dan pelaburan. Baki yang tinggal digelar sebagai lebihan dan ia menjadi penanda aras untuk menentukan rumah jenis apa yang harus dibeli. Perkara ini penting kerana ia akan menentukan hala tuju kewangan kita berikutan ia akan menjadikan pemilik rumah dapat mengawal dan merancang perbelanjaan dengan lebih bijak.

    Sekiranya individu itu mempunyai lebihan sekitar RM500 sebulan, adakah dia perlu membeli kediaman yang memerlukannya membayar jumlah sama kepada bank?

    Faktor pemilihan yang harus diambil kira adalah lokasi dan jumlah lebihan RM500 itu mungkin cukup sekiranya rumah itu berada pada lokasi setara.

    Ada lokasi perumahan yang menyediakan kediaman jenis semi-D dengan harga kurang RM250,000 dan ada juga lokasi yang menetapkan harga sehingga RM700,000 untuk rumah jenis sama.

    >> Bagaimana pula jika bakal pembeli rumah mahu memiliki kediaman jenis semi-D berbanding apartmen atau flat dan memikirkan lebih baik membeli rumah yang agak mahal berbanding menyewa bertahun-tahun?

    Ada pihak berpendapat bahawa lebih baik membeli rumah walaupun perbelanjaan bulanan mungkin tidak cukup berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun.

    Pembeli harus memikirkan juga mengenai simpanan untuk kecemasan, insurans, pendidikan anak-anak atau perbelanjaan bulanan dan tidak seharusnya membelanjakan gaji yang ada hanya untuk membuat pembayaran ansuran rumah saja

    Maka, kita perlu memilih lokasi yang bertepatan dengan kemampuan kewangan dan sekiranya bayaran bulanan sebanyak RM500 itu hanya sesuai untuk kediaman jenis apartmen atau flat, maka ia adalah pemilihan yang bertepatan

    ~Apa pula pendapat kawan kawan yang budiman ye?

    Jom Berbisnes... SERIUS..

    Bisnes sebagai pekerjaan

    Buku itu mengajak orang Melayu menjadikan perniagaan atau bisnes satu kerjaya serius supaya tidak ketinggalan, melonjakkan pendapatan semua, langsung meningkatkan taraf hidup menjadi bangsa maju.

    Sebagai seorang Muslim yang arif dalam selok-belok perniagaan, Muhammad Ali melihat, orang asing sering melontarkan persepsi bahawa Islam adalah sebuah masyarakat yang kecundang dan antibisnes.

    “Justeru, saya ingin membangkitkan semangat orang kita agar segera menjadikan bisnes sebagai teras kekuatan dan ketahanan Islam.

    “Pada masa sama, saya menyeru agar mereka menyuntik nur Islam dalam amalan dan gerak kerja perniagaan yang dijalankan, jangan terpedaya dengan budaya kapitalisme Barat,” tegasnya yang turut mengadakan ceramah-ceramah bisnes berlandaskan prinsip jihad di seluruh negara.

    Secara kesimpulannya, buku itu menyeru masyarakat Islam memahami peranan dan mengiktiraf potensi bisnes dalam mengatasi krisis dan ancaman sekali gus membina kekuatan dan kekebalan ekonomi dalam mempertahankan hak dan kedudukan.

    Untuk keterangan lanjut mengenai jihad dan buku-buku terdahulu, layari www.businessjihad.com

    Suka Berhutang?.. Isk

    PETALING JAYA – Peningkatan hutang isu rumah yang ditanggung rakyat sekarang amat membimbangkan kerana ia akan merendahkan kuasa beli pengguna, sekali gus mengurangkan aliran tunai dan melembapkan ekonomi domestik.

    Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keadaan ini merunsingkan kerana antara puncanya tanggungan rakyat berkenaan pinjaman perumahan dan kenderaan menjadi sebahagian besar bayaran pinjaman keluarga setiap bulan.

    Menurutnya, mengikut laporan statistik dari Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010, hutang isi rumah negara sudah mencecah RM557 bilion, bersamaan dengan 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

    Katanya, angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup lebih baik.

    “Daripada hutang berjumlah RM557 bilion ini, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion pinjaman peribadi dan RM225 bilion pinjaman perumahan.

    “Jumlah hutang kad kredit yang ditanggung rakyat adalah tinggi, dianggarkan RM200 bilion, menunjukkan rakyat menggunakan kad kredit untuk menanggung perbelanjaan harian,” katanya pada sidang media mingguan PKR semalam.

    Selain itu, Azmin mendakwa harga kereta di Malaysia menjadi mahal disebabkan tiga jenis cukai, iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

    “Kereta di bawah 1,500cc akan dikenakan sekurang-kurangnya 70 peratus cukai jika dipasang di Malaysia, iaitu 60 peratus untuk cukai eksais dan 10 peratus untuk cukai jualan, manakala cukai 100 peratus untuk kereta import, iaitu 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan.

    “Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil dijual pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan,” katanya.

    Azmin mendakwa harga rumah semakin meningkat menjadi bebanan kepada rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan keluarga muda.

    Dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta, menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil,” katanya.

    ~Kalau le banyak duit macam Hosni Mubarak yang dikatakan ada harta berbillion tu best kan.. Takde la hidup dikelilingi hutang dan Along.. Menabunglah.. menabungla.. Mari menabung.. Baca ni kat Sinar Harian..

    Nak Melabur Emas?.. Kayanya..

    Tadi bila blogwalking ke bog SharingInfoz..(Pasti ramai dah tahu kan). Entry terbarunya pada ketika itu berkenaan memperkenalkan satu blog yang masih baru.. Blog berkongsi tentang tips tips kewangan.

    Setelah baca kat blog SharingInfoz tu, tanpa melengahkan masa lagi berkunjungla ke blog bicara ringgit tu yang beralamat di : http://bicararinggit.blogspot.com/. First sekali yang menarik perhatian adalah tagline dia.. Best.. 'think before you write:.. ha. ni macam ala ala bercakap jugela.. kita ni kadang cakap tak berfikir dulu, tulis tak fikir.. kalau tersalah tulis boleh delete ye.. Tapi kalau salah cakap.. camne..

    Lagi satu tagline dia: Before you spend, save.. Yang ni selalunye terbalik.. Dapat duit belanja dulu.. barule simpan.. Kadang takleh nak simpan pun dah lenyap.. Memang shopping adalah keseronokan yang tak terhingga kan.. Tapi kene beringat ingat juga...

    Seronok bila baca blog blog yang bagi tips nak diamalkan ni.. Memang banyak yang dah dibaca, cuma tinggal nak praktikkan aja.. Nak atau tak nak saja.. Kita sendiri yang pilih.. Orang lain boleh membimbing. Tetapi keputusan tetap ditangan kita!!!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...