Nak Souvenier best?

Showing posts with label Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts

Nak kereta Bentley Brooklands..

Nak kereta Bentley Brooklands..

~berapa ek harga kereta ni.. survey dulu masuk wishlist.

mstar-

Menceritakan situasi pada masa itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata beliau nampak beberapa anggota polis yang bersenjata keluar masuk ke dalam istana menyebabkannya berasa amat takut.
Katanya, beliau menyaman defendan kerana kebebasan dan hak asasinya telah disekat tanpa sebab munasabah.
Semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili defendan, Tengku Muhammad Fakhry berkata beliau tidak mengetahui perintah Pemangku Sultan Kelantan ketika itu, Tengku Muhammad Faris Petra, bagi menghalangnya membawa keluar kereta tersebut dari istana berkenaan.
Tengku Muhammad Fakhry juga tidak bersetuju dengan cadangan Azizan bahawa tindakan pihak polis terhadapnya bukan untuk menghalang dirinya tetapi sebenarnya menghalang kereta Bentley Brooklands itu dibawa keluar dari istana.


BELANJAWAN 2013.

~tak sabar nak mendengar BELANJAWAN 2013 nanti ye.
Apa HABUAN untuk rakyat kali ini?


SEREMBAN – Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membayangkan Belanjawan 2013 bakal menjanjikan lebih banyak faedah untuk dinikmati segenap lapisan rakyat.
Perdana Menteri berkata, kerajaan mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat memandangkan ekonomi negara telah ditadbir dengan baik.
Katanya, ada negara mengalami beban hutang yang tinggi dan kadar pengangguran dalam kalangan orang muda mencecah 45 peratus.
“"Sepanyol mungkin boleh menang (bola sepak) Piala Eropah, tetapi meski pun kita kalah dalam bidang bola sepak, tetapi kita boleh dikatakan jaguh dalam bidang pentadbiran ekonomi negara kita,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid At-Taqwa, Paroi dekat sini semalam.

Apa itu GENOVASI.

~oh, now baru faham.. macam-macam terma sekarang ni. Kalau terlambat follow pasti la ibarat katak di bawah tempurung..


KUALA LUMPUR – Pertubuhan-pertubuhan belia di negara ini melihat penubuhan Genovasi (Generasi dan Inovasi) sebagai satu pengiktirafan kerajaan kepada golongan tersebut untuk menerajui pembangunan negara pada masa depan.
Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Ahmad Saparudin Yusup berkata, penubuhan Genovasi adalah satu langkah tepat kerajaan dalam melahirkan belia yang berinovasi seterusnya terlibat dalam pembangunan negara.
Katanya, dalam acuan membangunkan Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020, negara berada di landasan yang tepat dengan adanya Genovasi bagi membangunkan kemahiran inovasi dalam kalangan belia.
“Kami menyambut baik penubuhan Genovasi kerana ia membuktikan kerajaan serius dalam membangunkan belia,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi dialog dengan beberapa pemimpin bidang inovasi di Putrajaya mengumumkan penubuhan Genovasi sebagai inisiatif baharu yang berobjektif membangunkan belia untuk menjadi Duta Inovasi negara dan membolehkan mereka mencipta kekayaan serta memperbaiki taraf hidup.

DARURAT.

Faham ke maksudnya..
Macam-macam digunakan istilah darurat ni..
Contohnya kalau dah darurat nak basuh tangan tu.. kira pakai tisu basah je la.. dan sebagainya..

Maksud lain lagi bagi darurat.


Darurat ialah sesuatu pengisytiharan kerajaan yang lazimnya menggantungkan fungsi-fungsi biasa tertentu dalam kerajaan, mengingatkan rakyat agar mengubah tabiat biasa mereka, atau mengarahkan agensi kerajaan untuk melaksanakan rancangan persediaan darurat. Darurat juga boleh dijadikan rasional untuk menggantung kebebasan sivil. Pengisytiharan sebegini biasanya keluar ketika berlakunya bencana alam,pergolakan sivil, atau menyusuli pengisytiharan perang (maka, dalam negara demokrasi ramai yang memanggilnya undang-undang ketenteraaan, kebanyakannya dengan niat yang tidak bersifat kritikal). Justitium merupakan persamaannya dalam undang-undang Rom.
Di sesetengah negara, darurat dan kesannya terhadap kebebasan sivil dan prosedur kerajaan dikawal oleh perlembagaan atau undang-undang yang mengehadkan kuasa-kuasa yang digunakan ketika darurat atau hak-hak yang digantung. Adalah juga selalunya menyalahi undang-undang untuk mengubah undang-undang darurat atau Perlembagaan ketika darurat.

Teruk sangat ke hospital kerajaan Malaysia..


Kalau gaji cukup-cukup makan, tak usahlah menabung bagai nak rak sebab nak guna servis swasta. Contoh, hospital. Katakan mengandung. Tak nak bersalin di hospital kerajaan. Takut katanya. Nak takut apa? Takut misi marah? Marahlah misi balik. Takut jadi apa-apa pada anak atau isteri? Kalau dah sampai ajal, di mana-mana pun boleh jadi. Apa? Kemudahan tak cukup? Teruk sangat ke hospital kerajaan Malaysia sampai tak cukup kemudahan? Apa lagi alasan? Tak ada prestij? Memang ngok dan bongok! Duit yang kamu menabung itu adalah lebih elok kalau simpan di dalam tabung pendidikan untuk anak

Dipetik dan memetik dari TIP STABILKAN EKONOMI KELUARGA dari MommyFara. Idea sempoi tapi berkesan. Silalah baca dan harapan agar kita dapat sesuatu dari penulisan itu. Peringatan sebegini sesuai untuk mereka yang sering mengeluh DUIT TAK CUKUP. Tapi sebenarnya salah sendiri kerana tidak bijak dalam mengurus.. ye la.. Nafsu membeli yang meninggi dalam diri tu hanya diri sendiri yang boleh kawal kan?.. (Terkadang diri sendiri ni pun tersasar juga mengikut nafsu.. hehe..harus dielakkan pada masa hadapan.)

Kawan-kawan yang ada tips lain boleh juga berkongsi di sini.. Jika ada yang menarik, akan dikongsi juga dalam entry-entry mendatang. Sebagai peringatan dan panduan untuk diri sendiri dan rakan taulan..

Kata orang Brunei ‘jelajah tanah Mekah’

Sekali sekala membaca segmen kolumnis.. banyak juga mesej yang boleh dapat.. Serius serius juga.. Ni nak kongsi yang menarik hati je..(sinar harian)

***
Kini kolumnis sedang menjelajah Vietnam. Minggu depan, insya-Allah, saya akan ceritakan pengalaman saya di Vietnam. Melawat hatta di negeri sendiri pun digalakkan kerana lawatan melapangkan fikiran, membuka mata dan menyegarkan minda. Melanconglah semasa sihat walafiat, begitu juga menunaikan fardu haji – kata orang Kelantan ‘naik haji’, orang Brunei ‘jelajah tanah Mekah’. Apa pun istilah diguna jelajahlah dunia sebelum kesempatan mendarat di bulan. Kalau anda sanggup membayar berjuta ringgit anda bisa melancong ke bulan.

Apakah matlamat muda-mudi kita? Apakah sasaran negara dan di mana destinasi kita? Dan apa pula cita-cita anda dan untuk anak-anak anda? Dengarlah apa kata kerajaan, apa pula kata pembangkang. Sebagai manusia diberi akal oleh Allah SWT kita harus membuat tafsiran yang bijak, kita harus mencuba bersikap adil. Nasihat Speaking: use your common sense though common sense is not common – gunalah akal budi walaupun akal budi tidak miliki semua orang

***
Nak duit lebih tak?..
silakan klik..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...