Nak Souvenier best?

Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Apakah fungsi lain hospital? (joke)


SEBAHAGIAN daripada kereta curi yang ditemui di tempat letak kereta Hospital Tengku Ampuan Rahimah dipamerkan pada sidang akhbar di Klang semalam.


KLANG – Taktik kumpulan penjenayah yang menjadikan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini sebagai tempat menyembunyikan kereta curi terbongkar selepas polis menemui lima buah kereta curi di kawasan tempat letak kereta di premis itu Sabtu lalu.
Ketika ditemui pada pukul 12 tengah hari itu, salah sebuah kereta terbabit didapati dijadikan tempat untuk suspek menyembunyi enam bilah parang, enam topeng ski, enam sarung tangan getah dan tiga helai jaket disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah.

~Fungsi lain hospital adalah: tempat simpan kereta curi.. (jangan tiru aksi ini..)

Siling Runtuh di Hospital Serdang..

~Nasib baik takde kecederaan serius..



BEBERAPA pekerja sedang membaiki siling yang runtuh hingga mencederakan empat kakitangan Hospital Serdang semalam.

Kisah Penumpang Ambulans..

BERINGAT SEBELUM KENA.. APAPUN JENIS KENDERAAN WALHAL KERETA KEBAL SEKALIPUN KALAU DAH DITAKDIRKAN BEGITU, TIADA SIAPA BOLEH MENGHALANG.. SEKURANGNYA KALAU BERJAGA JAGA.. MUNGKIN BOLEH DIELAKKAN..

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta pesakit agar tidak bimbang apabila dibawa menaiki ambulans kerana pelbagai langkah termasuk latihan pemanduan telah dijalankan terhadap pemandu kenderaan tersebut.

Menurut beliau, semua pemandu ambulans telah menjalani latihan yang meluas dan terperinci termasuk Prosedur Operasi Standard (SOP).

"Mereka mahir dan pemandu yang berhati-hati. Jadi pesakit janganlah bimbang. Kita sediakan perkhidmatan yang cemerlang," katanya selepas menghadiri majlis sambutan Merdeka Raya Kementerian Kesihatan di sini semalam.

Dalam tempoh tiga bulan lalu, sebanyak lima kemalangan dicatatkan yang membabitkan ambulans dan mengorbankan pesakit yang sedang dibawa menaiki kenderaan kecemasan itu.

Tiong Lai berkata, kementerian itu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman untuk mengenal pasti faktor-faktor dan punca kemalangan itu berlaku.

Katanya, had kelajuan ambulans akan dikaji semula kerana kenderaan itu diubah suai selain dilengkapi dengan pelbagai peralatan mengikut klasifikasi pada ambulans sama ada jenis A, B dan C.

"Jadi adalah penting untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pemandu mengenai had kelajuan kenderaan itu kerana ambulans telah diubah suai," kata beliau.

Sekolah Dalam Hospital SDH.

Semalam menonton berita ni dalam TV3.( antara siaran berita yang sering ditonton sebelum kemunculan stesen2 tv lain).
Mengupas tentang pembukaan SDH atau sekolah dalam hospitsl yang akan bermula hari ini. Tahniah, akhirnya mereka yang bermasalah kesihatan kronik akan mendapat pelajaran seiring kawan kawan mereka yang lebih sihat. Tidakle mereka ni nanti ketinggalan. Daripada pemerhatian, budak budak yang ada masalah kesihatan biasanya bijak kan.. Pengalaman je la.. Takde kajian ke apa lagi..
SEKOLAH DALAM HOSPITAL ini akan diterajui oleh 15 orang guru. Murid pula khabarnya ada 50 orang.. Banyak juga tu.. Budak budak bukannya pinta dijadikan mempunyai masalah kesihatan ni.. Tetapi itu dugaan buat mereka..
Dan HOSPITAL yang akan memulakan program SEKOLAH DALAM HOSPITAL adalah di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang dan Hospital Serdang. Semoga adik adik yang tabah ini akan dapat meneruskan pengajian mereka hingga ke peringkat tertinggi. Tidak lagi ketinggalan keretapi ke bas ke mahupun MRT.

Teruk sangat ke hospital kerajaan Malaysia..


Kalau gaji cukup-cukup makan, tak usahlah menabung bagai nak rak sebab nak guna servis swasta. Contoh, hospital. Katakan mengandung. Tak nak bersalin di hospital kerajaan. Takut katanya. Nak takut apa? Takut misi marah? Marahlah misi balik. Takut jadi apa-apa pada anak atau isteri? Kalau dah sampai ajal, di mana-mana pun boleh jadi. Apa? Kemudahan tak cukup? Teruk sangat ke hospital kerajaan Malaysia sampai tak cukup kemudahan? Apa lagi alasan? Tak ada prestij? Memang ngok dan bongok! Duit yang kamu menabung itu adalah lebih elok kalau simpan di dalam tabung pendidikan untuk anak

Dipetik dan memetik dari TIP STABILKAN EKONOMI KELUARGA dari MommyFara. Idea sempoi tapi berkesan. Silalah baca dan harapan agar kita dapat sesuatu dari penulisan itu. Peringatan sebegini sesuai untuk mereka yang sering mengeluh DUIT TAK CUKUP. Tapi sebenarnya salah sendiri kerana tidak bijak dalam mengurus.. ye la.. Nafsu membeli yang meninggi dalam diri tu hanya diri sendiri yang boleh kawal kan?.. (Terkadang diri sendiri ni pun tersasar juga mengikut nafsu.. hehe..harus dielakkan pada masa hadapan.)

Kawan-kawan yang ada tips lain boleh juga berkongsi di sini.. Jika ada yang menarik, akan dikongsi juga dalam entry-entry mendatang. Sebagai peringatan dan panduan untuk diri sendiri dan rakan taulan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...