Nak Souvenier best?

Result Final Piala Malaysia 2012: ATM 2 vs Kelantan 3 .

Result Final Piala Malaysia 2012: ATM 2 vs Kelantan 3.


MANA SATU JADI PILIHAN?
SALAH SATU MESTI MENANG..
LAGI SATU TERPAKSA KALAH.
NAMUN, YANG PENTING SEMANGAT KESUKANAN,
YANG MENYATUKAN ...

SEPARUH MASA PERTAMA: ATM 0 KELANTAN 1.
FINAL RESULT: ATM 2 KELANTAN 3

kosmo: "MEREKA (Kelantan) adalah pasukan yang menjuarai Liga Super, Piala FA dan berjaya mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Piala AFC. Jadi, siapa yang harus tertekan?"
Demikian reaksi pengendali Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan ketika mengulas persiapan pasukan menjelang perlawanan akhir menentang The Red Warriors di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sathianathan memberitahu, beliau tidak akan 'terpedaya' dengan perang psikologi rakan sejawatnya, Bojan Hodak yang menyifatkan ATM yang diperkuatkan Rezal Zambrey Yahya, 34, Hairuddin Omar, 33, dan Bruno Marletto, 29, merupakan gandingan 'kuda tua'
Bojan mendedahkan Kelantan akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan 'kuda tua' ATM pada separuh masa kedua perlawanan dan ia memang sudah dalam perancangan taktikalnya.
Katanya, meskipun menyedari kekuatan The Red Warriors, bekas jurulatih Kelantan itu tetap optimis untuk melakarkan kejutan pada pentas final tersebut.
"Saya tidak tertekan dan memang benar, mereka memiliki kelebihan daripada segi pemain-pemain muda namun saya juga percaya kami memiliki kelebihan yang tersendiri.
"Saya tidak akan mendedahkan perancangan pasukan saya untuk aksi final ini tetapi biarlah pemain ATM akan menjelmakan persembahan tersebut di atas padang," katanya kepada pemberita pada sidang akbar Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam.
Mengulas mengenai peluang kedua-dua pasukan di pentas akhir Piala Malaysia, Sathianathan percaya salah satu daripada dua pasukan ini bakal mencipta satu sejarah.
Jelasnya, meskipun beliau tidak diselubungi tekanan tinggi, Sathianathan tetap berazam untuk membantu ATM menjulang piala berprestij itu.

2 comments:

Sharinginfoz said...

semoga dapat tgk permainan yang menarik malam ni

Kesuma Angsana said...

yg pasti yg terbaik akn jd juara mlm ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...