kosmo: MELAKA: Kira-kira 130,000 tetamu memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, di sini, semalam, sekali gus mencatatkan jumlah kehadiran teramai dalam majlis perkahwinan diadakan.
Perkara itu disahkan wakil Malaysia Book of Records (MBR) yang turut berada di majlis berkenaan dan sijil disampaikan wakil MBR, Zulhairi Md Zin kepada Mohd Ali pada jam 5.30 petang.
Persandingan Mohd Ridhwan, 26, dan Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah.
Keberangkatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menyerikan lagi majlis persandingan pasangan pengantin baru itu.
Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim: Tengku Syarif Temenggung Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Amir Abidin Tuanku Syed Putra Jamalullail dan isteri, Che Puan Temenggung Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Mohamat Din dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
0 comments:
Post a Comment