Nak Souvenier best?

Obsesi? 50 dolls?

~wow.. tak mampu berkata-kata.



ALICE turut melakukan tugas-tugas seorang ibu seperti menukar pakaian patung bayinya.


APABILA Alice Winstone, ibu kepada lima orang anak ini diberitahu yang dia tidak boleh mengandung lagi atas sebab kesihatan, dia tetap berazam untuk mengisi setiap inci ruang rumahnya dengan bayi.
Ibu berusia 39 tahun ini sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli 50 anak patung bayi yang kelihatan betul-betul hidup.
Dalam masa tujuh tahun, dia membelanjakan sebanyak RM59,500 untuk membeli anak patung palsu itu, walaupun tiga daripada lima anaknya masih berkongsi rumah yang sama.
Obsesi Alice terhadap patung bayi yang setiap satunya berharga RM5,900 menyebabkannya perlu menyimpan sebanyak RM247 sebulan. Akibat hobi melampau itu, suaminya, Chris bertindak keluar dari rumah mereka di Cardigan, Mid Wales, Britain.
Alice membeli bayi palsu pertamanya yang diberi nama Emily pada harga RM892 selepas dia melihat iklan dalam majalah. Dia serta-merta jatuh cinta dengan patung bayi itu.
Selepas melahirkan anak bongsunya, Jessica, yang kini berumur 12 tahun, Winstone diberitahu dia tidak boleh mengandung disebabkan mempunyai gangguan darah yang akan membuatkan kandungannya tidak selamat.
“Disebabkan masalah kesihatan yang dialami, saya tidak bekerja dan mula mengumpul anak patung bayi. Setiap hari saya akan menguruskan ‘anak-anak’ saya ini dan sekali-sekala membawa mereka bersiar-siar menaiki kereta.

6 comments:

Aisy Nasiha said...

demi minat, mAcam-macam yang jarang org buat pun boleh dibuat ye...

Anum said...

sanggup kan
hobi dia la nie..:)

:: Mrs.Eady :: said...

tak minat la patung-patung nie..

Kesuma Angsana said...

ada juga orng yg punya minat cam ni ye

wantie said...

ish.. minat dia ni ada kaitan dnegan kesan psikology ke?

salam kenal
follow kamu
dari bloglist KA

Leeza dayasari [santai leeza] said...

byk koleksinya.. pergh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...