Nak Souvenier best?

Jom Cari Kelapa Hibrid.

Jom Cari Kelapa Hibrid.

~Nak buat rendang la..


Kekurangan bekalan kelapa dalam negara tidak disangkal oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Situasi sebenar menyaksikan negara terpaksa mengimport bekalan kelapa dari negara-negara jiran bagi menampung permintaan yang semakin tinggi.
Timbalan Pengarah bahagian Pengurusan Perosak dan Penyakit MARDI, Dr. Azmi Man menyatakan, keluasan ladang kelapa di seluruh Malaysia kini melebihi 99,957 hektar dengan negeri Perak dan Sabah mencatatkan tanaman tertinggi.
Peralihan peladang kepada kelapa sawit berpunca daripada faktor keuntungan yang kurang memberangsangkan yang diperoleh daripada perusahaan kelapa. Dalam setahun, kelapa tradisional negara hanya mencatatkan hasil 4,000 hingga 5,000 biji.
"Kerajaan sedar dilema yang dialami industri kelapa, jadi kami giat menggalakkan peladang mengusahakan kelapa hibrid yang mampu menjana pengeluaran dan pendapatan lebih tinggi.
"Kelapa matag dan mawa antara kelapa hibrid yang semakin popular. Kita mengeluarkan benih-benih baka baharu ini dan gantikan pokok kelapa tradisional dengan kelapa hibrid.
"Dalam setahun, kelapa hibrid berupaya menyumbangkan keluaran sebanyak 20,000 hingga 25,000 biji kelapa kepada industri kelapa negara,"

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...