Nak Souvenier best?

Resepi Rendang Daging.

Tiba-tiba teringin nak makan rendang daging. Apa ke halnya mengidam ke?..(perli diri sendiri..) takde mengidam apa sangat pun. Perut ni dah selalu sanagt disumbat dengan fasfu fasfud, jadi moh le kita cari 

-resepi rendang daging..


dapat dari myresepi.com.
-harap-harap menajdikle..

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
  • ****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
  • ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

7 comments:

Fendy said...

sedapnya....

Kakzakie said...

Rendang dah siap kena ada lemang/ketupat baru best Nur:)

Anum said...

nyum2

JunAina said...

Raya haji dah dekat boleh buat teman nasi impit nanti.

Kesuma Angsana said...

he he best2 tetiba ada resepi rendang pulak

♥ Nana BamBam ♥ said...

ok. sanagt sanagt sedap nur :D

pekena pulut kuning sedap oo

Leeza dayasari [santai leeza] said...

masak ayam goreng pun tak lepas .... over cook.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...