Nak Souvenier best?

Selangor (0) vs Kelantan (1). 6.10.2012.

Selangor vs Kelantan. 6.10.2012.

KEPUTUSAN SELANGOR 0 KELANTAN 1.

STADIUM Sultan Muhammad IV di Kota Bahru dianggap gelanggang keramat buat Kelantan.
Ini kerana stadium yang mempunyai kapasiti 30,000 tempat duduk itu sentiasa menjadi igauan kepada pasukan pelawat.
Sebagai rekod, kali terakhir Kelantan tumbang di gelanggang sendiri ialah ketika tewas 1-2 kepada T-Team pada aksi Liga Super, musim lalu.
Malam ini, Kelantan akan melayan kunjungan Selangor bagi menghadapi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia.
Atas kertas, Kelantan masih lagi dilihat memiliki kelebihan berdasarkan kepada rekod cemerlang skuad The Red Warriors itu apabila beraksi di gelanggang sendiri.
Kehadiran ribuan penyokong fanatik Kelantan pastinya menghadirkan rasa gerun buat Sang Gergasi Merah yang berazam mencalarkan reputasi cemerlang The Red Warriors.
Menyedari anak-anak buahnya bakal menghadapi ranjau berliku malam ini, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim tidak mahu Gergasi Merah beraksi dalam keadaan tertekan sehingga mengundang padah buat mereka.
"Kami mahu bermain secara enjoy. Kita semua sudah tahu bahawa Kelantan cukup kebal beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV tetapi kami sudah bersiap sedia menghadapi setiap cabaran yang mendatang.
"Saya tidak mahu mempedulikan apa yang berlaku di luar padang kerana fokus kami adalah 11 pemain sahaja.


2 comments:

Aisy Nasiha said...

Sokong kelantan...

Sharinginfoz said...

nanti bila main kat tempat lawan kena score awal-awal ya... apa-apa pun menang 1-0 di kelantan boleh menaikkan semangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...