Nak Souvenier best?

Cara Nur Buat Blog & Earning.

Cara Nur Buat Blog & earning.


Gempak aje tajuk entry Nur kali ini. Tapi sebagai rakaman sejarah untuk dititip sebagai memori. Nur ni nak kongsi la perjalanan BLOG ALL IN ONE dari dulu hingga kini. Harap kawan sudi terokai.

IDEA UNTUK BUAT BLOG.

Idea untuk buat blog ni datang sebab Nur ni suka melayari, membaca pelbagai kisah kehidupan di alam maya ini. Tambah pula Nur juga suka berkongsi, pelbagai informasi serta membina ikatan sahabat berkawan di arena ini.

PERMULAAN BLOG.

Pernah dulu satu blog dimiliki, namun tiada jodoh antara kami terpaksa dilupai. Setelah itu bermula 2010 Nur cuba perbaiki, google sana sini dan bolehla buat blog satu lagi. Untuk panduan blogger yang baru nak buat blog, lalu ini CARA NAK BUAT BLOG punya entri. Semangat betul Nur sehingga berjaya menghasil tutorial BUAT BLOG ini.

NAMA dan KONSEP BLOG.

Nama ALL IN ONE menjadi pilihan hati, Sebab tujuan utama nak berkongsi. Banyak entri entri boleh didapati. Silalah google sendiri.
Konsep mula mulanya nak bagi informasi terkini. Lepas tu lama-lama konsep dah lari. Masa semangat nak join contest Nur buat entri GLC, masa sibuk nak bergosip Nur turut mencebur diri. Lalu termasuklah ALL IN ONE sebagai blog personal secara kategori. Atau nak simple, blog rojak sebagai nama tukar ganti.

BLOGGER BARU.

Masa mula mula bergelar blogger baru, Nur terjah BLOG POPULAR hari-hari. Sekarang  ni pun masih blogger baru lagi.. Blogger yang BARU je update entri.(hehe)

blogging contest eizil.com

EARNING BLOG.$$$

Ramai orang anggap buat blog untuk dapat earning. Tapi, no no.. itu bukan niat dihati. Namun bila dapat income hasil blogging, nilai yang sedikit pun bisa buat Nur tersenyum kambing.
Nuffnang Earning /Pendapatan 


TERIMA KASIH DAUN KELADI.

Khas buat rakan pembaca yang Nur kasihi. Nur tahu kalian bertukar ganti. Nur pasti persahabatan kita penuh erti. Begitu juga buat pemangkin Nur dalam dunia blogging. Siapa lagi kalau bukan DIA ini. 





4 comments:

Norhaizan said...

kak zan pula berblog sabab nak cari kawan,maklumlah fulltime h.wife, banyak masa di rumah saja ..kawan ada la 2 3 kerat.

:: Mrs.Eady :: said...

berblog hanya utk suka-suka terus menjadi mencari ukhwah sesama blogger..tu je :)

sensasi2020.com said...

Semoga blog All in one, satu permulaan langkah yg bijak utk terus berkarya utk para pengunjung yg setia juga rakan2 lain yg belum mengenali.

#Semoga berjaya....

musi said...

Salam;
Berblog sebagai mencipta kepuasan kerana dapat berkongsi dan berkarya dalam pengalaman dan pengetahuan, ini terbaaek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...