Nak Souvenier best?

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Cara Nur Buat Blog & Earning.

Cara Nur Buat Blog & earning.


Gempak aje tajuk entry Nur kali ini. Tapi sebagai rakaman sejarah untuk dititip sebagai memori. Nur ni nak kongsi la perjalanan BLOG ALL IN ONE dari dulu hingga kini. Harap kawan sudi terokai.

IDEA UNTUK BUAT BLOG.

Idea untuk buat blog ni datang sebab Nur ni suka melayari, membaca pelbagai kisah kehidupan di alam maya ini. Tambah pula Nur juga suka berkongsi, pelbagai informasi serta membina ikatan sahabat berkawan di arena ini.

PERMULAAN BLOG.

Pernah dulu satu blog dimiliki, namun tiada jodoh antara kami terpaksa dilupai. Setelah itu bermula 2010 Nur cuba perbaiki, google sana sini dan bolehla buat blog satu lagi. Untuk panduan blogger yang baru nak buat blog, lalu ini CARA NAK BUAT BLOG punya entri. Semangat betul Nur sehingga berjaya menghasil tutorial BUAT BLOG ini.

NAMA dan KONSEP BLOG.

Nama ALL IN ONE menjadi pilihan hati, Sebab tujuan utama nak berkongsi. Banyak entri entri boleh didapati. Silalah google sendiri.
Konsep mula mulanya nak bagi informasi terkini. Lepas tu lama-lama konsep dah lari. Masa semangat nak join contest Nur buat entri GLC, masa sibuk nak bergosip Nur turut mencebur diri. Lalu termasuklah ALL IN ONE sebagai blog personal secara kategori. Atau nak simple, blog rojak sebagai nama tukar ganti.

BLOGGER BARU.

Masa mula mula bergelar blogger baru, Nur terjah BLOG POPULAR hari-hari. Sekarang  ni pun masih blogger baru lagi.. Blogger yang BARU je update entri.(hehe)

blogging contest eizil.com

EARNING BLOG.$$$

Ramai orang anggap buat blog untuk dapat earning. Tapi, no no.. itu bukan niat dihati. Namun bila dapat income hasil blogging, nilai yang sedikit pun bisa buat Nur tersenyum kambing.
Nuffnang Earning /Pendapatan 


TERIMA KASIH DAUN KELADI.

Khas buat rakan pembaca yang Nur kasihi. Nur tahu kalian bertukar ganti. Nur pasti persahabatan kita penuh erti. Begitu juga buat pemangkin Nur dalam dunia blogging. Siapa lagi kalau bukan DIA ini. 





Tutorial Autopublish?

Pandai tak nak buat entry Auto Publish ni?.. Ada antara kawan-kawan yang boleh tolong ajarkan?.. Senang ke?.. Macam komplikated aja kan?.. Setuju tak?.

Hasil dari pemerhatian selama berblogging ni, entry AUTOPUBLISH biasanya banyak yang dilakukan oleh para pesera contest-contest atau Giveaways secara online. Sebab apa ye?.. Mungkinkah sebab nak bahagikan pertandingan pada hari berbeza.

Tapi yang menghairankan adalah bagaimana mereka sertakan url sesuatu entry itu walhal entry tu belum disiarkan lagi. Itu yang mushkil.. Kawan-kawan ada yang boleh bagitau ke?..

Minta Tunjuk Ajarku Sifu..

“Expand Widget Templates”.

2. Pergi kat Design >> Edit HTML. Click kat checkbox  Expand Widget Templates”.

3. Tekan Ctrl + F taip 

4. Da jumpa copy coding button pilihan korang dan paste selepas 

5. Save Template. Selesai..

~Apakah sebenarnya ni?.. Ini adalah tutorial untuk letak button facebook kat blog.. Habistu.. mana codingnya?.. Silakan ambil kat sini ye: http://atieserina.blogspot.com/.. Terima Kasih tuanbelog.

HARI AHAD. BUAT BLOG .

Nak buat apa?
Ada yang santai santai sahaja..
Ada yang plan nak g shopping.. Tapi Hujung bulan ni.. Poket dah masuk ke?..
Ada yang dah start minggu bekerja.. Maka kerjalah seikhlasnya...

Ada yang tak tahu nak buat apa?????
Aduyai..
parah memang parah..

Jom jalan-jalan blog.. BLOGWALKING la tu derr (eh terkena pnangan SHAHEIZY SAM la pulak ye.) Atau ada yang baru start berCUTI?..

Teringin nak buat blog sendiri?..
meh layankan link berikut!!!

TUTORIAL BUAT BLOG:
- Mula mula buka website http://www.blogger.com/
Klik pada Get Started.


- Bila dah masuk page seperti gambar dibawah ni, isikan tempat kosong. Ini semua basic. Tak perlu ada gmail. Dengan email yahoo pun boleh guna kat sini.. oke..


gambar seterusnya ni cuma nak menunjukkan full page yang tadi. Oke, dah siap isi?.. Klik pada continue..

- Next akan keluar page seperti kat bawah ni..Sesi menamakan blog. Now time untuk isi tajuk blog dan alamat blog tu.. Tajuk blog? Nak tulis apa? Ini ikut suke la.. Nak tulis nama sendiri ke.. contoh.. Blog title: sipolan dan blog Address:http://sipolan.blogspot.com.
Bergantung pada kesesuaian.. kalau nak buat blog untuk kedai, bolehla letak nama kedai tu dan sebagainya.. *Tip: Pilih nama yang simple, senang dieja supaya mudah diingati.. orang kata
'keci.'.


- Dah siap, sekarang pilih la template atau design yang disukai. Dikemudian hari pun boleh tukar tukar lagi..


- Bila dah tekan continue.. seterusnya akan keluar page seperti berikut.. Yeay.. dah berjaya ada blog sendiri kan!! Tahniah..


- Next dah boleh start blogging!! Bolehla tulis entry pertama.. Nak tulis apa?.. Sukatila.. Selamat Datang ke.. Tujuan buat blog ke.. Takpun: Terima Kasih kepada Tutorial Buat Blog dari ALL IN ONE:

-Dah siap mengarang?.. Macamana nak post kan entry yang ditulis tu.. Klik aje pada Publish Post. Kemudian akan keluar view blog.. Nah.. sekarang dah ada blog sendiri.. Macamana?.. Happy tak?..

-Oh Ya, Jangan lupa untuk setting masa, sebab kalau biasa standard masa gmt 0, nanti kalau kita post tu, tak keluar masa tu.. akan keluar lambat.. sebabnya masa tak sama dengan masa kita.. Jadi tengok gambar untuk setting masa ikut Zon Masa / Time Zone..


ANONYMOUS.

Saat ini tengah asek membalas jejak kawan-kawan yang datang berkunjung. PAST TENSE. Saat syiok-syiok membaca entry, maka terlihatla tajuk yang di pos oleh pemilik SANDIWARA SEORANG LELAKI.

Tajuk apa?.. Tajuknya tentang cik Anonymous tu la.. Memang glamer betul perkataan ni kan. Tapi kan.. Rupanya ANONYMOUS ni pun ada blog rupanya. Bak kata penulis tu tadi- CIK ANON YANG BAIK HATI.

Kawan-kawan ada ke yang belum ada blog tapi suka baca blog orang lain. Teringin nak ada blog sendiri?.. Silala create SATU BLOG. Nanti, kalau nak komen takdela kena guna ANONYMOUS kan?.. Lepas tu nanti mana tau syok-syok update blog.. Sampai terlupa Facebook pulak kan..

Kenapa Tak Ada Link? / Nina Juliana..





Dua dua printscreen di atas adalah blogger profile.. Ala yang kita klik untuk view complete profile tu.. Bila komen komen kat blog, makanya bila tuan blog meng'klik' pada si pengomen itu.. Akan keluarle blogger profile seperti di atas ni.. Dan dari situ akan dapat link ke blog sang pengomen..

Namun begitu. Ada juga yang tidak memasukkan 'link' di bahagian contact.. Contoh dibulatkan.. Jadiinye tak dapatle kita ke blog tersebut..

Buat Nina Juliana.. Nanti setting balik ye.. apa pun ni link blog beliau
http://nur-abdullah.blogspot.com/

link blog ceroi nak juge ke?
nah.. ambikla.. Noody jangan marah ye..
http://menitisenja5876.blogspot.com/



Dia Dah Berjaya.. Kamu Bila Lagi?

Selalunya kalau tengok orang dah berjaya, maka mulala ada yang tak senang hati.. Lepas tu macam macam dibuat untuk menjatuhkan kembali orang itu.. Tak sepatutnya begitu kan.. Untuk sama sama berjaya kita sama berusaha setiap masa, bukannya berusaha menjatuhkan lawan.. Bersainglah secara sihat. Bila tengok orang yang berjaya, harusla memotivasikan diri untuk berusaha ke arah yang sama.. Jangan biarkan Virus 'M' menghantui diri..

Semua perkara mestilah diambil yang positif.. Elakkan perkara perkara negatif.. Jika ada yang menyuarakan sesuatu idea, terima lah.. Jika kurang bersetuju, tanganilah dengan berhemah.. Bukannya mematahkan terus semangat yang berkobar!!!

Tahniah la Azzey dan MZ yang berjaya dalam Heartbeat ni.. Sekarang ni baru nak berjinak jinak dengan HeartBeat. Tutorial?.. MZ dah bagi dah.. Dah start tapi haritu ada sedikit kesilapan teknikal, jadi terpaksa dilenyapkan seketika.. Sekarang ni ada semangat balik cume banner kat sidebar tu macam pelikla plak.. Ada sesiapa boleh tolong?

Nak baca bukti kejayaan Azzey tak.. Bolehla klik DISINI.

NAK DAPAT FREE GIFT?

Tutorial: Cara Untuk Membuat New Entry


Khas buat kawan kawan baru yang berjinak jinak membuat blog. Blog dah ada kan? Mungkin ada yang tolong daftarkan.. Lepas tu teringin nak tulis atau buat post sendiri tanpa bantuan orang lain.. Tak pandai nak buat entry, nak tanya orang tu balik segan pula rasanya.. Jadi kat sini terasa berbesar hati nak kongsi tutorial yang asas ni.. Bagi yang dah tahu.. (aik, nak post entry pun tak reti ke?.. -duk dendiam no..).. Khas untuk mereka yang tak tahu je la oke.. Yang lain tutup mata..
Oke teruskan..



Mula mula sekali, anda sign in atau log in menggunakan akaun yang telah anda daftarkan haritu. Website blogger ni:. http://www.blogger.com.

Sila rujuk gambar kat atas tu ye kawan kawan.


Bila dah sign in tadi, anda akan ke halaman seperti gambar di atas iaitu ' dashboard'. Dari sini, klik pada 'New Post'

Seteruskan akan ke page berikut:


Bolehla anda mulakan mengarang apa yang anda nak tulis, tajuk dan isi kandungan. Seterusnya bila dah selesai, sila klik pada 'PUBLISH POST' supaya entry anda berjaya di poskan..

Macamana nak tahu berjaya ke tak post tadi yang anda dah buat tu?.. Setelah klik 'publish post' tadi akan keluar page macam ni..


Oke, bila dah keluar page macam gambar kat atas ni, maksudnya anda dah berjaya buat satu entry baru.. Tahniah.. Nak tengok?.. Klik pada 'View Post' tu.




Akhirnya NADA BERJAYA.. Tahniah ye.. Adakah anda jelas?.. Kalau ada soalan atau tambahan silakan komen..

Tutorial : Cara Cara untuk Follow Blog. / Tingkatkan Follower

Entry kali ni nak berkongsi cara cara untuk follow sesebuah blog. Apakah ciri ciri blog yang nak di follow itu?.. Bergantung, kalau kita suka blog itu follow aje la..

Tutorial ini khas buat yang baru baru berjinak dengan blog ye.. Yang dah tahu, syyhh.. duk dendiam.. Sebenarnya ada pertanyaan, jadi.. alang alang nak menjawab.. terus buat entry la.. Lain kali kalau ada yang tanya lagi boleh bagi link ni je kan...

Zasssskan...




Mula mula sekali, bila kita buka sesuatu blog tu, cari butang Follow macam dalam gambar kat atas tu.. Klik kat situ dan..



Akan keluar tab / page macam kat atas ni.. Klik pada Follow this blog...



Bila dah klik tadi akan keluar page macam gambar kat atas tu.. Klik pada Done. Maka selesailah.. Nak cek balik samaada kita dah follow ke.. tengok balik kat page blog tadi.. Kalau dah selesai akan keluar nama kita kat Followers tu..



Oke kawan kawan.. Harap boleh faham.. Ada soalan?..

p.s anies.. i dah follow u, follow me back.. hehehe(lawak je...).. pinjam gambo sikit..

Tutorial Memendekkan Senarai Blog.

Anda mempunyai masalah dengan bloglist yang banyak?.. Menyebabkan blog kita tu jadi panjang dah perlu skroll sampai hujung dunia.. ?.. Ada ke cara nak memendekkannya?.. Supaya blog list atau senarai blog itu tampak lebih kemas?.. Jom baca berikutnya.. Boleh cuba, pasti puashati..



Berdasarkan gambar kat atas ni, mula mula pilih design.. kemudian pilih edit bloglist..

Akan keluar tab yang macam kat bawah ni. 'Configure blog List'


Seterusnya, pilih show.. Kat situ ada beberapa pilihan samaada 5 atau 10 atau 25 atau all.. Jadi, kalau nak paling sikit bolehla show 5 sahaja.. Kemudian, jangan lupa tekan SAVE ye.. Penat -penat ubah tapi tak save.. rugi je.. Itu je.. Semudah memasak air untuk buat maggi..

Selamat mencuba jaya!



Blog Archieve Berjela jela?.. Tutorial untuk Pendekkannya..

Kalau ada yang perasan, blog Archieve bagi blog ALL IN ONE ni sangatle berjela ye.. Lepas tu kenela skroll jauh ke bawah.. Penat juga tu.. Bukan kawan kawan je penat.. Tuan blog ALL IN ONE ni pun merasa la penatnye gak..

Oleh itu dengan kesedaran sivik yang boleh tahan terbitnya dari diri ini, makanya tuan blog ini mengodek godekla blog seharian.. Berlatarbelakangkan bukan dari bidang seni mahupun IT.. Maka berjaya la juga.. Sila tengok hasilnya di bahagian Blog Archieve ye kawan kawan yang budiman..

Sebenarnya dah pernah tanya pada k Teratai di kelipkelipkehidupan.blogspot.com, beliau ada ajar juga, tapi masa tu tak berani lagi.. Kemudian bila Mia keluarkan entry kat bawah tu.. Rasa nak mencuba.. Dan akhirnya berjaya.. TQ Mia..


Tutorial Untuk Buat Scroll Down Blog Archieve

Earning Nuffnang RM 0.00?



Jawapannya.. mungkin mcik dah cash out ke?..

eheheh.. Lawak je.. Sori ye mcik.. Gurau saja.. Sebenarnya nak kata arif sangat tu idokle.. tapi.. Nak bagi jawapan versi ALL IN ONE. Ramai juga blogger bogger lain yang suka wat tutorial tentang ni.. Tapi yang ni bukan tutorial oke.. Cuma berkongsi pengalaman..

Mula mula tu kena cek dulu sama ada kita dah letak tempat iklan Nuffnang tu di tempat yang betul la.. Seeloknya letak je kat semua Skycraper, Leaderboard dan Large Rectangle tu.. Bila dah setel, kena isi kan semua survey yang ada.. Jawab je.. Kata orang lagi banyak jawapan lagi bagus sebab pengiklan akan tahu blog kita tu berkisar tentang apa..

Contohnya kalau blog kita tu tentang gadjet/ bolasepak ke.. takkan Nuffnang nak letak iklan susu bayi.. Begitulah sebaliknya sebab Nuffnang akan pilih yang mana yang sesuai dengan sesuatu blog..

Bagi yang baru baru, iklan memang akan ada.. Cuma bukan setiap masa la.. Kalau masa iklan tu ada, dan ada pembaca yang berminat dan pembaca tu klik kat iklan tu, dari situlah kita akan dibayar.. Kalau dah cukup RM51.00 baru la kita boleh 'tunaikan' / cash out pendapatan tu.. Sebenarnya RM50.. Tapi Nuffnang bagi syarat RM1 ditolak sebagai yuran pemprosesan..

Kalau masih belum jelas.. Mcik leh tanya lagi, atau godek godek Nuffnang tu ye.. Good Luck.. Sekadar berkongsi..


Teratai / Tutorial DropDown Menu

Haritu ada tanya kat Teratai dari KelipKelipKehidupan tentang bagaimana nak buat dropdown menu ni. Dan beliau telah memberi tutorial untuk buat dropdown menu ni.. Terima Kasih ye ..

Nak terai juga buat nanti. Untuk masa ni masih belum berani sebab nanti takut blog ni jadi haru biru.. Maklumla.. 'genius' sangat dalam ilmu pengkomputeran ni, jadi semua takut nak usik. Bila dah konfiden sikit akan terai la.. Nengokle.. header pun tak berseni.. Bukan artis oke nak berseni seni ni..

Sebenarnya banyak lagi boleh dapat tutorial di dunia blog ni. Cara nak letak iklan, cara nak buat banner, cara nak buat dropdown menu dan macam macam lagi.. Rasanya kalau google mungkin lagi banyak.

Kadang kadang kalau rasa orang tu pandai atau tertarik dengan features kat blog dia, bolehla bertanya terus. Mana tahu kot kot dia boleh bagi tutorial atau bagi link untuk soalan kita tu..

Macam tutorial untuk buat dropdown menu ni, bia tanya kat empunya blog KelipKelipKehidupan maka dapatla jawapan: Tutorial untuk buat Drop Down Menu..

' AutoPing Entri di BlogLarian FB Sesi 2011'


no rumah yang ke 8 (klik ye)

Letak link ini dalam en3 anda (feedback Penyewa BlogLarian) http://furdunesia.blogspot.com/2010/12/feedback-dari-penyewa-rumah-bloglarian.html

Promote2: klik jangan tak klik kat bawah ni

Penyertaan di buka hingga 31/1/11
Nak tag: teratai, mush dan mia.. yeay

Tutorial Windows Live Writer

Suatu hari ada post kan tentang entry update blog melalui Windows Live Writer ni. Dan entry ni pun ditulis melalui Windows Live Writer. Best ke?

Memang menarik tulis kat WLW ni.. Sama je sebenarnya, tapi feeling tu lebih sikit sebab boleh tulis berlatarbelakangkan suasana blog itu sendiri.

Bukan tujuan nak bagi tutorial pun kat sini. Belum layak lagi ke peringkat itu. Banyak lagi blog blog lain yang menyediakan tutorial ni… Google aje dah dapat. Tapi yang ni nak share pengalaman sendiri la pula kan.

Bagi sesetengah pc/ laptop mungkin dah ada Windows Live Writer ni. Cuba search dulu.. Kalau memang takde barula boleh download. Nak cari kat mana ye mende alah WLW ni?.. Type aje kat google tu, nah, berlambak la dia bagi links. Google memang pantas.

Dahtu, daripada windows update tu.. cari je perkataan Windows Live Writer. Downloadla ia.. Kalau nak download yang lain lain tu terpulangla.. Bila dah siap, open la WLW ni dan isi la butiran apa yang patut.. Bukan banyak pun cuma nama / url blog anda dan password..

Sekejapan sahaja dan, done! Dah siap. Anda boleh mula menulis melalui WLW.. Kalau takde line internet lagi boleh save dulu, and once dah connected, bolehla terus publish entry entry tersebut.. Tujuan WLW ni supaya idea tu tak lari kelaut, Jam tu dapat idea menulis, jam tu jugak tulis.. Anda Cuba Anda Dapat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...