Nak Souvenier best?

Showing posts with label http://www.blogger.com.. Show all posts
Showing posts with label http://www.blogger.com.. Show all posts

Camne Google Connect?

Camne Google Connect?

Ya, setelah lama tidak menjenguk blog (berhibernasi dari awal tahun hingga baru-baru ini), rasanya telah dapat melihat beberapa perubahan yang wujud pada blogger.com dan juga Nuffnang. Disebabkan tidak up to date sangat, maka nya Nur masih teragu-ragu akan GOOGLE CONNECTS ni. Ada sesiapa boleh cerita tak?

Dalam blogger.com tu, ada part untuk activate google connect. Namun disebabkan tak pasti dan tak tahu apa efeknya nanti, maka Nur telah tangguhkan dulu. Masih tertanya apakah kebaikan dan keburukan dalam Google Connects ni? Ada kawan- kawan pembaca blog ni yang boleh bagi komen sikit tak? Masa blogwalking memang ada yang guna atau activate Google Connect ni, dan ada juga yang belum. Nanti agak-agak bila dah puas hati dan timbangan yang positif nanti bolehla kot nak activate google connect tu..

Tutorial: Cara Untuk Membuat New Entry


Khas buat kawan kawan baru yang berjinak jinak membuat blog. Blog dah ada kan? Mungkin ada yang tolong daftarkan.. Lepas tu teringin nak tulis atau buat post sendiri tanpa bantuan orang lain.. Tak pandai nak buat entry, nak tanya orang tu balik segan pula rasanya.. Jadi kat sini terasa berbesar hati nak kongsi tutorial yang asas ni.. Bagi yang dah tahu.. (aik, nak post entry pun tak reti ke?.. -duk dendiam no..).. Khas untuk mereka yang tak tahu je la oke.. Yang lain tutup mata..
Oke teruskan..



Mula mula sekali, anda sign in atau log in menggunakan akaun yang telah anda daftarkan haritu. Website blogger ni:. http://www.blogger.com.

Sila rujuk gambar kat atas tu ye kawan kawan.


Bila dah sign in tadi, anda akan ke halaman seperti gambar di atas iaitu ' dashboard'. Dari sini, klik pada 'New Post'

Seteruskan akan ke page berikut:


Bolehla anda mulakan mengarang apa yang anda nak tulis, tajuk dan isi kandungan. Seterusnya bila dah selesai, sila klik pada 'PUBLISH POST' supaya entry anda berjaya di poskan..

Macamana nak tahu berjaya ke tak post tadi yang anda dah buat tu?.. Setelah klik 'publish post' tadi akan keluar page macam ni..


Oke, bila dah keluar page macam gambar kat atas ni, maksudnya anda dah berjaya buat satu entry baru.. Tahniah.. Nak tengok?.. Klik pada 'View Post' tu.




Akhirnya NADA BERJAYA.. Tahniah ye.. Adakah anda jelas?.. Kalau ada soalan atau tambahan silakan komen..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...