Nak Souvenier best?

Suka Berhutang?.. Isk

PETALING JAYA – Peningkatan hutang isu rumah yang ditanggung rakyat sekarang amat membimbangkan kerana ia akan merendahkan kuasa beli pengguna, sekali gus mengurangkan aliran tunai dan melembapkan ekonomi domestik.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keadaan ini merunsingkan kerana antara puncanya tanggungan rakyat berkenaan pinjaman perumahan dan kenderaan menjadi sebahagian besar bayaran pinjaman keluarga setiap bulan.

Menurutnya, mengikut laporan statistik dari Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010, hutang isi rumah negara sudah mencecah RM557 bilion, bersamaan dengan 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup lebih baik.

“Daripada hutang berjumlah RM557 bilion ini, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion pinjaman peribadi dan RM225 bilion pinjaman perumahan.

“Jumlah hutang kad kredit yang ditanggung rakyat adalah tinggi, dianggarkan RM200 bilion, menunjukkan rakyat menggunakan kad kredit untuk menanggung perbelanjaan harian,” katanya pada sidang media mingguan PKR semalam.

Selain itu, Azmin mendakwa harga kereta di Malaysia menjadi mahal disebabkan tiga jenis cukai, iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

“Kereta di bawah 1,500cc akan dikenakan sekurang-kurangnya 70 peratus cukai jika dipasang di Malaysia, iaitu 60 peratus untuk cukai eksais dan 10 peratus untuk cukai jualan, manakala cukai 100 peratus untuk kereta import, iaitu 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan.

“Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil dijual pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan,” katanya.

Azmin mendakwa harga rumah semakin meningkat menjadi bebanan kepada rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan keluarga muda.

Dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta, menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil,” katanya.

~Kalau le banyak duit macam Hosni Mubarak yang dikatakan ada harta berbillion tu best kan.. Takde la hidup dikelilingi hutang dan Along.. Menabunglah.. menabungla.. Mari menabung.. Baca ni kat Sinar Harian..

11 comments:

DKosongLapan said...

Bende ni betoi.....
Gaji kite banyak habeh ke utang je.... Kalo kite tak nberhutang ni.... Banyak bende kite kene berhutang kalo nak dapat....seeloknye minimumkan utang kite...

noraim said...

hutang ptptn pon tak bayar. hihi.

Nancy Poh said...

Waduh..kalau macam ni terpaksa lah elakkan diri dr guna kad kredit bnyk2..fuh,,dasyat juga hutang kita ni...betul kata Nur, kalau Hosni Mubarak tolong bayar kan bagus..hee


Entry Semasa:

Bila Pisau Tercucuk Pipi

ayie said...

da trend zaman sekarang kene pki kredit kard..huhu

Shafa said...

standardlah kehidupan zaman skrg. paling2 mesti ada 1 atau 2 benda kita akan berhutang...

Anisa Hang Tuah said...

saya masih berhutang dgn ptptn
tapi tade duit nak bayoo
hee

Solihin Zubir said...

kalau kaya sbb kebas duit rakyat pon x guna gak kan..
lgi teruk drp berhutang kot.. heheh..

Rozali said...

Assalamualaikum

kalau menabung drp awal
Insyaallah tidak mudah berutang

Wassalam

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

jaga penggunaan wang dengan btol...

Mama Zharfan said...

zmn moden ni esp kat msia, boleh kira dgn jari kot org yg free-debt ni...
kat UK, keta murah..purchasing power tinggi--keta biasnya org beli cash ajer kat sini--keta baru harga dlm 10k pound average--beshh kan hidup di UK

bunga said...

betul2..banyak tul hutang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...