Rawatan
Secara asasnya terdapat tiga jenis pewarna rambut seperti yang tersenarai di bawah.
- Pewarna rambut sementara
- Ia didapati dalam bentuk gel, 'mousses', semburan dan bilasan.
- Ia hanya menyelaputi bahagian luar helaian rambut.
- Ia akan hilang apabila rambut dicuci dengan menggunakan syampu. Oleh itu, pewarna rambut perlu digunakan semula selepas cucian rambut dilakukan.
- Pewarna rambut separa kekal
- Ia didapati dalam bentuk cecair, gel atau aerosol.
- Ia terdiri daripada molekul yang lebih kecil daripada pewarna rambut sementara.
- Ia akan menembus masuk dan melekat ke dalam helaian rambut.
- Pada peringkat awal, ia perlu digunakan berkali-kali sehingga memperolehi warna yang diingini. Selepas itu, kekerapan penggunaannya akan berkurangan bagi mengekalkan warnanya.
- Warna pada rambut tidak mudah hilang atau luntur apabila rambut dicuci.
- Pewarna rambut kekal
- Ia memerlukan proses kerja yang banyak untuk mewarnakannya tetapi warna rambut akan kekal lama sehingga rambut baru tumbuh.
- Ia mengandungi hidrogen peroksida; oleh itu ia menutupi warna ubat/asal rambut dengan lebih berkesan dan boleh digunakan untuk mencerahkan warna rambut tidak seperti pewarna rambut yang lain.
- Ia menyerap jauh ke dalam helaian rambut disebabkan oleh beberapa siri reaksi kimia semasa pewarnaan rambut dilakukan.
- Warna rambut tidak akan hilang apabila rambut dicuci dengan menggunakan syampu. Walaubagaimanapun, warna akan berkurangan sekiranya rambut dicuci berkali-kali.
4 comments:
Assalamualaikum Nur
info yg berguna
terima kasih
Wassalam
leceh..xyh kaer pon xpe.. :P
hitam lebih cantik!! :D
kaler rambut = rosak
kaler semulajadi = cantek!
:)
Post a Comment