~Baca kat metro ni.. petik sikit2 aja .. Semoga berguna..
Untuk memudahkan perancangan, kita perlu membuat pengiraan dengan menolak semua perbelanjaan termasuk hutang, simpanan dan pelaburan. Baki yang tinggal digelar sebagai lebihan dan ia menjadi penanda aras untuk menentukan rumah jenis apa yang harus dibeli. Perkara ini penting kerana ia akan menentukan hala tuju kewangan kita berikutan ia akan menjadikan pemilik rumah dapat mengawal dan merancang perbelanjaan dengan lebih bijak.
Sekiranya individu itu mempunyai lebihan sekitar RM500 sebulan, adakah dia perlu membeli kediaman yang memerlukannya membayar jumlah sama kepada bank?
Faktor pemilihan yang harus diambil kira adalah lokasi dan jumlah lebihan RM500 itu mungkin cukup sekiranya rumah itu berada pada lokasi setara.
Ada lokasi perumahan yang menyediakan kediaman jenis semi-D dengan harga kurang RM250,000 dan ada juga lokasi yang menetapkan harga sehingga RM700,000 untuk rumah jenis sama.
>> Bagaimana pula jika bakal pembeli rumah mahu memiliki kediaman jenis semi-D berbanding apartmen atau flat dan memikirkan lebih baik membeli rumah yang agak mahal berbanding menyewa bertahun-tahun?
Ada pihak berpendapat bahawa lebih baik membeli rumah walaupun perbelanjaan bulanan mungkin tidak cukup berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun.
Pembeli harus memikirkan juga mengenai simpanan untuk kecemasan, insurans, pendidikan anak-anak atau perbelanjaan bulanan dan tidak seharusnya membelanjakan gaji yang ada hanya untuk membuat pembayaran ansuran rumah saja
Maka, kita perlu memilih lokasi yang bertepatan dengan kemampuan kewangan dan sekiranya bayaran bulanan sebanyak RM500 itu hanya sesuai untuk kediaman jenis apartmen atau flat, maka ia adalah pemilihan yang bertepatan
~Apa pula pendapat kawan kawan yang budiman ye?

11 comments:
teringin nak beli but budget lum cukup lagi
bagus artikel ni..blh wat panduan tuk kite..
opss...teringin tapi lom mampu..
http://revolusichinta.blogspot.com/2011/02/nak-terjah-kamu.html
teringin juga nak beli rumah..tapi sekarang hanya perancangan je..hehe
beli la dapat beli umah sendiri...duit ada tapi takde umah yang berkenan la plak...hwaaaaaaa
duk rumah mak jela..heheh..
sewa umah pun xmampu.. jauh lagi r nak beli umah ni.. uhuk T_T
dok umah parent suda... lagi happening :) senang sket, raye nk b'kumpul pon sng.. xyah nk tggu sorang² dtg :)
nur..thanks for sharing, semua point tu kena sejibik atas batang idung sendiri...huhu..
betul, yg penting beli ikut kemampuan kita.. tak perlu nak ikut org lain..
harga rumah skrg terlalu mahal lar...rasa cam biar betul...sbb tu agaknya yg berpendapatan sederhana pun beli rumah murah...thanks for the info mmg berguna
Post a Comment