Nak Souvenier best?

Gempa Bumi Di Christchurch, New Zealand / Cerita Cinderella.

~Takziah kepada mangsa dan keluarga. Ada ke Rakyat Malaysia yang terkorban?.. Sungguh teruk tengok dalam AP online malam tadi.. Tragis dan penuh huru hara... Kalau sebut bandar Christchurch , New Zealand ni mesti teringat cerita Cindarella yang buat penggambaran kat situ.. Teringin juge melawat New Zealand yang terkenal dengan lembu dan susu kan?..

KUALA LUMPUR – Seperti zon perang. Itulah gambaran yang diberi pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda wilayah itu pukul 12.51 tengah hari waktu tempatan kelmarin (waktu Malaysia pukul 8.19 pagi semalam).

“Keadaan seperti kena bom dan seolah-olah di zon perang. Saya tercampak beberapa meter dari tempat bekerja hingga menyebabkan kaki saya lebam teruk serta kasut koyak,’’ kata Abdullah Mohd. Nawi ketika dihubungi Bernama.

Pelajar ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Universiti Canterbury itu sempat berlindung di bawah meja bagi mengelakkan dihempap oleh benda yang jatuh.

“Sebaik keluar dari bangunan itu, saya agak hilang arah, rasa takut jangan cakaplah apatah lagi apabila melihat keadaan sekeliling orang berlari-lari untuk selamatkan diri serta bunyi siren bomba, polis dan ambulans,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai melarikan diri ke kawasan lapang bagi mengelakkan diri daripada ditimpa runtuhan.

Abdullah bagaimanapun tetap bersyukur isteri serta dua anaknya yang berada di kediaman mereka juga terselamat.

Kejadian gempa yang melanda itu menyebabkan sekurang-kurangnya 65 terbunuh serta ramai lagi terperangkap di celah-celah runtuhan.

10 comments:

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Alhamdulillah kat M'sia kan.. xde gempa bumi, gunung berapi, banjir kilat, hujan batu... Nauzubillah, mintak dijauhkan semua tu. aminn :)

Husna Adilah said...

hisshh... thanks bagi infor, skang jarang tgk berita baca surat kabar :)

FazMelati said...

I pun tau berita ni kat fly fm tadi... Tapi Alhamdulillah student Malaysia selamat kat sana, tapi dengar cam jarak dia tak berapa jauh sangat...
Semoga diorang selamat kat sana... InsyaAllah...

Mengaji yeayyyhuuu =)Kelas mengaji nak ikut tak? =))
=))
Nak travel to China?Oke, u need visa!
&
Dressing tableHeheee♥ i

Biey said...

menakutkan gak..nasib baik malaysia di luar lingkaran api pasifik..tak de gempa segala..

Biela Sapine said...

Alhamdulilah Malaysia aman damai, harap warha NZ sabar menghadapinya

zaheeyah said...

cinderella? x paham..

azzey said...

Ramainya yg terbunuh..:(

farhana sahri said...

6.3 skali...mst bgegar kn...huhu

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bahaya wooo gempa2 nieh...

Urology Surgery in India said...

Thank you, that was just an awesome post!!!.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...