Nak Souvenier best?

Showing posts with label Kerajaan Mesir. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Mesir. Show all posts

Suka Berhutang?.. Isk

PETALING JAYA – Peningkatan hutang isu rumah yang ditanggung rakyat sekarang amat membimbangkan kerana ia akan merendahkan kuasa beli pengguna, sekali gus mengurangkan aliran tunai dan melembapkan ekonomi domestik.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keadaan ini merunsingkan kerana antara puncanya tanggungan rakyat berkenaan pinjaman perumahan dan kenderaan menjadi sebahagian besar bayaran pinjaman keluarga setiap bulan.

Menurutnya, mengikut laporan statistik dari Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010, hutang isi rumah negara sudah mencecah RM557 bilion, bersamaan dengan 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup lebih baik.

“Daripada hutang berjumlah RM557 bilion ini, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion pinjaman peribadi dan RM225 bilion pinjaman perumahan.

“Jumlah hutang kad kredit yang ditanggung rakyat adalah tinggi, dianggarkan RM200 bilion, menunjukkan rakyat menggunakan kad kredit untuk menanggung perbelanjaan harian,” katanya pada sidang media mingguan PKR semalam.

Selain itu, Azmin mendakwa harga kereta di Malaysia menjadi mahal disebabkan tiga jenis cukai, iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

“Kereta di bawah 1,500cc akan dikenakan sekurang-kurangnya 70 peratus cukai jika dipasang di Malaysia, iaitu 60 peratus untuk cukai eksais dan 10 peratus untuk cukai jualan, manakala cukai 100 peratus untuk kereta import, iaitu 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan.

“Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil dijual pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan,” katanya.

Azmin mendakwa harga rumah semakin meningkat menjadi bebanan kepada rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan keluarga muda.

Dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta, menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil,” katanya.

~Kalau le banyak duit macam Hosni Mubarak yang dikatakan ada harta berbillion tu best kan.. Takde la hidup dikelilingi hutang dan Along.. Menabunglah.. menabungla.. Mari menabung.. Baca ni kat Sinar Harian..

Sini Ada Hantu?..


SATU lembaga penunggang kuda (dalam bulatan) berada di sebatang jalan raya dekat Dataran Tahrir di Kaherah pada Khamis lalu.


KAHERAH - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.

Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.

Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.

Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.

Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.

Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.

Imej misteri itu juga boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi

~dari Kosmo. WA.

Seramai 6,179 rakyat Malaysia / Mesir.

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Seramai 6,179 rakyat Malaysia telah berjaya dikeluarkan dari beberapa bandar di Mesir ke Jeddah menerusi Ops Piramid sehingga pukul 8 malam hari Ahad.

Pegawai Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan Mejar Marina Harun memberitahu Bernama daripada jumlah itu, seramai 2,404 dikeluarkan menerusi tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia, 2,150 oleh tiga pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dan 1,625 orang menerusi dua pesawat AirAsia.

Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir ke Jeddah di Arab Saudi.

-- BERNAMA

~Sama mendoakan yang terbaik dan tahniah buat yang bekerja keras dalam misi ini.. Bukan sesuatu yang mudah..

Keadaan Di Mesir.

Sudah beberapa hari pergolakan berlaku di sana. Ye pergolakan di Mesir.. Bukannya huru hara biasa, tetapi rusuhan yang melibatkan melayangnya nyawa.

Baru selesai membaca di sini.. Apalah Nasib Warga Kita Di Mesir. Terima Kasih kerana sudi berkongsi maklumat. Elok juga cadangan dari Khairy Jamaluddin. Dan internet pun dah dipotong oleh Kerajaan Mesir.. Semoga warga kita yang berada di sana selamat.. Sama mendoakan..

Lepas ni nak meneruskan lagi perjalanan membaca berita pergolakan di Mesir ni.. Kenapa sampai begitu sekali.. Teringin nak tahu... Atau ada sesiapa yang boleh bagi link maklumat yang terkini.. Atau ada saudaranya berada di sana dan bercerita tentang pergolakan di Mesir itu?..

credit to Abhamz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...