~Ya, begitulah tajuk yang baru sahaja dibaca. Kejadian TANAH RUNTUH YANG MENIMPA RUMAH ANAK YATIM HULU LANGAT ni memang benar-benar mengejutkan. Baca tadi kat blog CikguDahliadotcom. Semoga mereka semua tabah menghadapi bencana ini. Samalah memanjatkan doa yang terbaik buat mangsa kejadian. Khabarnya bencana itu berlaku kira-kira jam dua lebih tadi.. Apa kita tengah buat masa tu ye?.. Apapun.. mari ikuti berita di media nanti.
Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
- hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
- Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
- gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
- letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
- gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
- berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
- Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
- pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.
3 comments:
gile kesian kot dekat anak-anak yatim dekat situ...
sedihnye....anak2 yatim lak tue,skrg dh jmp 9 org,ermm,moga yg lain selamat ditemui..
sgt sedih...
Post a Comment