Nak Souvenier best?

girl tudung yang boleh main.

NAH.. AMBIK NI..

tq wiki.

Dalam Islamtudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."
Darjah pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat.
  • Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
  • Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
  • Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya di Dunia Barat, terdapat larangan untuk memakai tudung di tempat-tempat tertentu.
Fesyen dan jenis tudung juga berbeza-beza mengikut adab setempat:
  • Burqa menutup seluruh badan manakala niqab menutup seluruh kepada.
  • Tudung labuh atau mini telekung.
  • Tudung bersegi seperti tudung bawal.
  • Tudung sarung atau tudung mini.
  • Selendang.
  • Skarf

1 comments:

Rozuan Ismail said...

niat asal untuk menutup aurat.tak kiralah tudung jenis apa. jsanji menepati syariat islam,berfesyen tidak salah,asalkan mengikut batas islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...