Nak kongsi dengan kawan-kawan kat sini tentang kisah episod Mantera Anjasmoro pada hari ini. Permulaan episod kali ini mengimbas kembali kisah- kisah episod lalu secara ringkas.
-zahid dimasukkan ke hospital kerana ususnya rosak tanpa diketahui punca sebenar penyakitnya oleh doktor.
-Sabrina pergi ke salon milik Ramona, namun sebenarnya kedai atau salon itu tidak pernah wujud. Malah, mereka yang lalu lalang disitu pun menafikan kewujudan salon Ramona tersebut.
-Sabrina telah bertemu Ramona dan enggan menjadi pengikut Ramona tetapi Ramona telah merasuknya.
-Kalam telah bertemu Ratu Anjasmosro yang menghalang perjalanannya.
-Zahid dibenarkan pulang setelah sesuatu kisah ngeri berlaku di hospital itu.
- ibubapa Zahid mencarinya di hospital namun telah dibawa keluar oleh Sabrina.
-Lalu mereka ke rumah Sabrina tetapi tiada sesiapapun di sana. Mereka tidak dapat mencari Zahid.
-Rupanya Zahid telah dibawa ke rumah terpencil oleh Sabrina yang tadi. Kemudian Ramona menyatakan bahawa keturunan Sabrina yang terdahulu telah membuat perjanjian dengan Ratu Anjasmoro itu bahawa setiap anak perempuan sulung akan dikorbankan untuk Ratu Anjasmoro.Akhirnya Sabrina dibawa pergi oleh makhluk-makhluk Ratu Anjasmoro itu.
Dah.. THE END.
> Suka tengok cerita ni sebab sangat kagum dengan keadaan rumah milik Sabrina yang sangat mewah, besar dan cantik. Tengok daun pintu rumahnya.. Mak aii.. Macam pintu dewan Konvokesyen gitu ye tak.. Kalaule dapat tinggal dalam Astana sebegitu.. Bertuahla ye..
6 comments:
terlepas episod last sbb tgk forum perdana tadi.. Isu Virus sok sek sok sek.. Isu best. Harus sbg blogger tgk.
tapi tak paham apa jadi kat si zahid tu..huhu
cerita yang gagal dan tergantung...jalan cerita yang bagus tapi tak semua orang mampu menghayati pengakhiran yang terlalu banyak tanda tanya?apa jadi dengan family mereka?apa jadi dengan zahid?apa jadi dengan ramona?apa jadi dengan sabrina?tapi saya masih berpendapat mesti ada Mantera Anjasmoro 2....yang bakal menjawab semua persoalan tersebut.
sepatutnya citer dia abiskanlah..mummypun suka tgk dr awl lagi..tapi ending sangat hampeh
geram btl tengok ending citer ni,sy punyala follow dari mula2 dulu, tgk2 endingnye hampeh btl.kalau tau xyah tengok pun xpe..
sayang ending tak best~~
Post a Comment