Nak Souvenier best?

Cakap Senang la kan.. Obesiti.

~Mari cegah obesiti... Cakap Senang la kan.. nak buatnya.. tak sesenang mana..


Ibu bapa Islam perlu mengajar anak-anak berhubung pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang seperti diajar agama kita. Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik untuk kita ikuti berkaitan cara dan adab makanan seperti makan sewaktu lapar dan berhenti sebelum kenyang, makanan seimbang dan sebagainya. Cara mengunyah makanan, menjilat jari selepas makan serta memastikan makanan dihabiskan keseluruhannya tanpa bersisa juga diberi penekanan.

Rasulullah juga menekankan aspek halal dari segi hakiki dan cara makanan diperoleh serta makanan yang bersih sebagaimana maksud hadisnya: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. Peri pentingnya kebersihan dan kesihatan itu, sehingga ia dihubungkan dengan keimanan. Dalam ayat 172 surah al-Baqarah Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Makanlah daripada benda yang baik (halal) yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar kamu hanya beribadat kepada-Nya.” Sememangnya saintis Barat juga mengakui haiwan yang disembelih mengikut cara Islam lebih sihat dan bersih untuk dimakan berbanding diproses dengan kaedah lain. Begitu juga orang Yahudi. Mereka mengambil berat soal penjagaan makanan kerana mementingkan kualiti masyarakat mereka, dan ia hanya mampu diperoleh sekiranya setiap anggota masyarakatnya menjaga pemakanan. Mereka sangat bersistem dalam soal makanan ini dan tidak merokok.

Dalam ayat di atas, dikaitkan juga makanan yang baik itu dengan syukur dan ibadat kepada Allah. Ini kerana sebagai hamba, manusia yang menerima nikmat makanan lazat, rumah tangga yang aman dan kesihatan yang baik, sepatutnya mengucapkan syukur kepada Allah yang mengurniakan segala-galanya. Nikmat kesihatan itu sebenarnya sangat besar kerana dengan tubuh badan yang sihat itulah kita mampu mencari rezeki, beribadat kepada-Nya dengan selesa dan sempurna serta melakukan pelbagai perkara.

3 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

semangat perlu kuat...

kemei said...

sesungguhnya makan mengikut cara nabi adalah yg terbaik......kn?

Anonymous said...

curry shoes
off white hoodie
yeezy 350
jordan 1
off white

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...