Nak Souvenier best?

Harga Baru RON95.

Semalam kat media dengar tajuk ni.. Ingatkan betul-betul dah naik harga.. Rupanya masih dalam perbincangan dan bakal diumumkan masa terdekat ni kan..

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil).
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.
"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat daripada RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95.
Ismail Sabri berkata, kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.

6 comments:

atty's said...

harap jgn lah naik bnyk sgt.sian kami

Mommy Fara said...

adehhh!

ArELeEz said...

bila la gaji nak naik? tsk3..

Kakzakie said...

Kakak confirm mesti naik punya. Dah tak boleh tanggung lagi la tu...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

naek itu perkara biase...

c-tea said...

hem.apa kerajaan ni.adoi.abes selama ni kite duk bayar cukai pintu.cukai jalan, cukai tanah, cukai pendapatan.untuk apa?mana pergi semua duit tu?kenapa tak turunkan gaji penjawat kerajaan yang duk goyang kaki kat ofic tu..

kenapa tak jadi macam singapura.turunkan gaji menteri-menteri untuk tampung ekonomi negara.adoi.teruklah macam ni.kami yang kerja swasta ni rasa terbeban la.lainlah kerja kerajaan, tak kerja pun gaji masuk.siap naik lagi tu tiap tahun sampai 2-3 kali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...